Nasib hari ni hari Sabtu, jadi tak lah kelam kabut untuk bangun pagi. Selepas Subuh Arri terlena. Mungkin terlalu letih sebab semalam berjaga sampai pukul 2 pagi menyelesaikan kertas kerjanya yang perlu dibentangkan pada hari Isnin bersama Dato’ Fendi. Namun setelah mendengar panggilan daripada hospital bahawa Hakimi sudah sedar, Arri segera bersiap untuk mengambil Alyah di rumah ibunya dan segera ke hospital. Untuk sementara waktu ini Alyah diletakkan di rumah keluarga Arri. Keluarga arwah Qistina memang dah buang habis Hakimi. Arri ambil tindakan untuk berdiam sahaja, memandangkan dia perlu menjaga maruah dan tidak mahu kedua ibubapanya tahu akan hal ini.
Doktor Kamal : “Saya perlu berbincang dengan awak”.
Doktor Kamal menahan Arri untuk terus masuk ke bilik Hakimi. Arri hanya tergamam. Kemudian mengangguk tanda menuruti kata-kata Doktor Kamal. Memimpin Alyah juga duduk kerusi berdekatan.
Doktor Kamal : “Saya harap awak tenang selepas mendengar perkara ni, pihak kami telah mencuba sebaik mungkin, dan telah juga menghubungi pihak hospital di London atas perkara ni”.
Arri : “Can you just direct to the point?” sedikit kasar suara Arri. Mungkin tidak mahu menunggu apa yang perlu dia dengar daripada doktor Kamal.
Doktor Kamal : “Begini lah Arri, Hakimi dalam keadaan separuh hilang ingatan. Mungkin kesan dari hentakan dan kecederaan di saraf otaknya”.
Arri : “What? Doktor kata sebelum ni yang Hakimi dalam keadaan stabil? Apa ni?” Arri seperti meradang. Entah mengapa beberapa hari ni mood dia seakan-akan berubah menjadi kasar. Dia seperti bukan yang dulu dia. Mungkin terlalu memikirkan keadaan Hakimi.
Doktor Kamal : “Look Arri, you have to calm down. Keadaan tidak akan menjadi normal jika awak juga dalam keadaan tidak seimbang, Hakimi perlukan awak. Yalah, memandangkan sekarang awak dipertanggungjawabkan untuk dia. Please Arri, I know, apa yang awak alami ini sangat berat tapi awak kena kuat demi Hakimi, keadaan Hakimi memerlukan awak. Ok? Saya nak awak pikirkan keadaan Hakimi. Saya tunggu awak untuk bagi penjelasan kepada dia. By the way, ini ke Alyah? Anak Hakimi?”
Arri hanya memandang sepi pada wajah comel anak Hakimi. Air mata mula jatuh. Terlalu lemah untuk dia hadapi.“Arri kena bantu Qis!”
Tiba-tiba ada suara lembut yang bergema di minda Arri. Hatinya mula kembali tenang. Ya, dia perlu bangkit demi Qistina.
Arri : “Selama mana Hakimi lupa ingatan?”
Doktor Kamal : “Dia kata yang dia baru habis belajar master, means, 6 tahun kebelakang memori dia hilang. Awak ada ketika tu?”
Arri : “Tak. Saya kenal dia dalam lebih 5 tahun tahun lepas. Sebelum arwah Qistina dan juga Hakimi berkahwin, tapi mereka berdua sudah kenal lama. Jadi dia kenal Qistina.”
Doktor Kamal : “Tidak mengapa, keadaan ni pun tidak semestinya berkekalan. Mungkin juga dia akan pulih dan ingat balik segala memorinya. Kita tidak boleh sangkal kekuasaan Allah.”Arri hanya mengangguk perlahan.
Doktor Kamal : “Are you ready now?”
Arri mengangguk lagi. Mendokong Alyah masuk ke bilik Hakimi.
Doktor Kamal : “Hakimi...bagaimana keadaan awak?”
Hakimi seperti seorang yang bingung. Wajah dia masih lagi sempurna untuk ditatap. Indah pandangan itu. Terlalu rindu dengan mata bujur dia.
Hakimi : “Sedikit sakit kepala. Siapa mereka ni doktor?”
Doktor Kamal : “Awak tak ingat mereka langsung?”
Hakimi : “Saya macam kenal dia”. Tangan Hakimi tuju ke arah Arri. “Seperti dalam mimpi saya.”Arri hanya mengukir senyuman. Syukur. Hakimi kenal wajah dia, walaupun tidak kenal sepenuhnya. Tetapi dia rasa bersyukur kerana Allah memberi juga secebis ingatan wajahnya kepada Hakimi.
Hakimi : “Mana papa saya doktor? Dia tak melawat saya ke?”
Arri tergamam. Ya, dia terlupa yang arwah Dato’ Seri Khalid juga pergi meninggalkan Hakimi. Arri mula menurunkan Alyah dari dokongannya. Memimpin Alyah ke kerusi berdekatan Hakimi. Kemudian duduk dan memangku Alyah.
Alyah : “Papa”
Suara lembut Alyah memanggil Hakimi. Walaupun tiada reaksi daripada Alyah, tetapi cukup dengan panggilan itu membuat Arri sebak.
Arri –
‘I have to be strong! Come on Arri. Do it for Qistina!’Hakimi : “Dia panggil saya papa?”.
Arri : “Yes, sebab awak bapa dia.”Hakimi tergamam. Keadaan dia amat bingung.
Arri : “Saya harap awak kuat dan tabah atas apa yang saya akan cerita pada awak ni. Saya, Aidil Arriansyah, Pengurus Pemasaran di Julung Sedia, dan merupakan.. (Arri berhenti seketika).. dan merupakan kawan baik awak”.
Ya, Arri perlu katakan mereka hanya kawan baik. Mulai sekarang dia hanya kawan baik Hakimi. Dan garisan itu perlu kekal selamanya. Sebenarnya, Arri lebih memikirkan reaksi Hakimi dan penerimaannya selepas ini.
Arri : “Hakimi, awak telah kemalangan di London. Dan bersama awak ada bapa awak iaitu Dato’ Seri Khalid dan juga isteri awak Qistina. Mereka berdua tidak berjaya diselamatkan, dan hanya awak yang terselamat.”
Hakimi seperti terkejut. Dia mula tidak tenang.
Hakimi : “Tak, tak mungkin!! Tak!! INI SEMUA MIMPI !!! Kau perlu kata kan ini semua mimpi!!”
Hakimi menjadi agresif. Arri mula berdiri, cuba untuk memegang lengan Hakimi, namun di tepis dengan kuat.
Doktor Kamal : “Arri, awak boleh tunggu di luar sebentar.”
Arri hanya diam memandang keadaan Hakimi yang seperti orang yang buntu. Menurut sahaja kata Doktor Kamal, Arri memimpin tangan Alyah keluar dari bilik itu. Bergegas ke toilet berdekatan. Dan melepaskan segala tangisan di situ. Dia terlalu lemah. Alyah di biarkan, seakan lupa yang budak kecil itu bersama dia
YOU ARE READING
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...