Arri menghirup udara segar di tepi laut berhadapan dengan Hospital Sultanah Aminah. Ramai remaja yang lepak di sini. Bersama teman mereka. Couple katanya. Atau bersama rakan beramai-ramai. Azwan tiada di rumah. Kalau tak, dah memang ajak dia lepak sama. Katanya, dia ada urusan di KL. Ryan jika tiada Azwan di rumah, dia juga tidak akan balik ke rumah tu, ingat tak dulu kes di rumah Ryan? Seram giteww. Hahaha. Rasanya Ryan sendiri malu dengan apa yang dia buat. Tapi Arri anggap tak sengaja mungkin. Arri lebih memikirkan apa yang perlu dia lakukan untuk Hakimi. Adakah patut dia berterus terang? Atau membiarkan perkara ini berlaku dengan sendirinya? Susah pada dia sendiri untuk membuat keputusan untuk itu.
“Arri...”
Arri menoleh, sedikit terkejut. Hairudean. Lelaki ini ada pesonanya sendiri. Mungkin kerana cara pemakaian yang matang, dan tidak keterlaluan seperti PLU yang gah (katanya) membuatkan dia lebih nampak seperti lelaki maskulin. Kalau di lihat dari jauh wajah dia persis Fizo Omar. Badan pun dah kira sama. Cuma Hairudean ni nampak buff lah. juling mata kalau dia buka baju oii. Opps, bukan nak gatal haa... Simpang!
Hairudean : “I nampak kereta U dari jauh, tu yang I berhenti”
Hairudean mengambil tempat di sebelah Arri. Duduk agak rapat. Arri sendiri adakalanya kurang selesa dengan cara dia. Jarak kan sikit badannya dari Haiurdean.
Arri : “U dari mana?”
Hairudean : “Saje hang out alone. Tadi I shopping sikit kat CS sebenarnya”
Arri : “Alone? I tak berapa pasti U ni keseorangan sekarang. Yalah, tengok dari gaya U. FB U pun bukan main ramai lagi yang like and comment only for a simple status”
Hairudean : “Wah, U stalk ya FB I. Kira I ada peluang lah untuk lebih dari kawan dengan U, kan?”Arri tergelak dengan kuat. Mungkin sengaja mengambil mood sebagai bahan lawak pada dia.
Arri : “Tak adalah, I just selalu tengok U selalu update, tu yang perasan tu”
Hairudean : “I pun selalu stalk U. Album U bercuti dengan Hakimi, U dah delete? Atau private kan?”Arri terdiam dengan soalan itu. Tertunduk. Ingat dia boleh lupa seketika tentang Hakimi.
Hairudean : “I am sorry, I tak bermaksud nak buat U terasa atau sedih.. Sorry Arri..”
Arri : “Naahh, that’s ok. Sometimes, kita perlu lakukan sesuatu untuk kebahagiaan orang. Itu yang I cuba buat”
Hairudean : “Dengan mematikan semua memori indah yang membuat orang tu bahagia? Bukan ke tu kejam?”Lagi sekali Arri terdiam, ada benar kata Hairudean. Arri yakin, itu perasaan Hakimi lalui sekarang. Mungkin Hakimi sendiri rasa yang dirinya kejam. Dan adakalanya Arri sendiri rasa dirinya sendiri kejam.
Arri : “Adakah terlalu kejam hanya kerana untuk membantu permudahkan hidup dia? I tak rasa itu terlalu kejam, mengakui diri I merupakan teman dia atau pasangan dari side lelaki itu bukan cara yang terbaik. I dah berjanji dengan Qistina yang I akan buat yang terbaik untuk Hakimi dan juga Alyah. Mungkin Allah ada perancangan yang baik untuk I dan juga Hakimi. I lebih pikir tentang Alyah, iaitu anak Hakimi dan juga Alyah. Dan I juga memikirkan Hakimi yang umurnya sekarang dah 32 tahun”
Hairudean hanya merenung wajah Arri. Kalau diikutkan hatinya, nak sahaja dia bawa Arri jauh dari semua masalah ni. Nak sahaja dia mempertahankan Arri. Cinta mungkin yang di pendam untuk Arri ini hanya Tuhan sahaj tahu
Hairudean : “I tak pernah jumpa seseorang macam U Arri. Kalau lah I diberi keizinan untuk peluang bersama U, I akan cuba sehabis baik”
Arri : “Pandai gila U berlawak kan. Emmm, dah lewat ni, I nak balik lah. Esok ada meeting awal pagi”Arri dah mula berdiri. Tapi Hairudean segera mencapai tangan Arri.
Hairudean : “Sudi tak kalau U bagi peluang pada I untuk U terima cinta I?”
Arri terkaku mendengar soalan daripada Hairudean. Dia sendiri tak sangka soalan seperti itu yang Hairudean ajukan kepada dia.
Arri : “Perasaan cinta tu memang susah nak dijelaskan. Tapi Dean, I minta maaf, jangan sesekali mengharap cinta daripada I, cinta I pada lelaki adalah yang terakhir untuk Hakimi. Tak kan berubah sampai bila-bila pun”
Hairudean hanya mampu tersenyum. Walaupun hatinya ada sedikit rasa terkilan, namun dia sendiri rasa kagum dengan nilai cinta yang diberi oleh Arri untuk Hakimi. Sungguh bertuah Hakimi memiliki insan yang bernama Arri.
Arri : “And lagipun, I rasa kalau I jadi ehemm U lah kan, mesti ramai yang kecewa, mungkin I akan dipukul beramai-ramai. Mana tahu kan, yalah, I tengok kat FB U, ada yang sampai gaduh berebut U. Untunglah HOT. U deserve better than me Dean”
Hairudean tersenyum. Pada dia, Arri sentiasa menjaga hati orang lain. Sifat merendah diri itu jugalah yang membuat Hairudean sentiasa tersenyum melihat Arri.
Sampai di rumah Arri segera memasuki bilik...
Rindunya pada Hakimi adakalanya terlalu menebal. Entah kenapa sejak beberapa hari ni hatinya terlalu memikirkan lelaki itu.
Phone nya berdering. Menandakan ada message masuk.
1 Message
From Hairudean : I am sorry. I harap U still selesa berkawan dengan I Arri.
Reply : That’s ok Dean. Jangan risau. I paham. U jangan pikir sangat. Act normal. I sentiasa akan jadi sahabat U, dunia akhirat ok”
Arri cuba untuk melelapkan mata dan membiarkan message berbalas daripada Hairudean. Tiba-tiba deringan phonenya menunjukkan seseorang call.
Arri : “Siapa lah pulak call tengah-tengah malam ni”
Arri mencapai phonenya. Sangkanya Hairudean sengaja call dia kerana tidak membalas message lelaki itu. Namun sangkaannya salah sama sekali.
1 Missed Call
ZAIFUL HAKIMI
Arri –
‘Nak call balik atau tak nak? Kenapa pula Kimi call aku malam-malam ni? Mesti something urgent. Pasal Alyah ke? Atau dia ada masalah?’Calling Zaiful Hakimi...
Arri : “Assalamulaikum... kau ada call aku?”
Hakimi : “A’ah... aku pun lupa aku nak cakap apa tadi. Sorry ganggu. Bye”Geram gila siak! Arri menjelirkan lidahnya pada phonenya sendiri. Deringan phone berbunyi lagi.
Zaiful Hakimi Calling...
Arri : “Dah ingat apa yang kau nak cakap?”
Hakimi : “Dah... eh, berapa ha nombor McD delivery”
Arri : “Bukan kau selalu call ke?”
Hakimi : “Mana kau tahu? Alaaa.. aku tak save, sekarang aku lupa. Kau jangan lah kejam sangat dengan aku”
Arri : “Kejam dengan kau lah ye? Cepat salin!”
Hakimi : “Hummmm...”
Arri : “1300-13-1300”
Hakimi : “Thanks Arri”
Arri : “Sama-sama. Jangan selalu makan lewat malam. Badan tu dah naik. 6 pax macam dah nak jadi 1 pax”
Hakimi : “Hello... aku kat rumah still work-out ok”
Arri : “Yalah tu... Alyah dah tidur?”
Hakimi : “Dah. Awal dia tidur hari ni”
Arri : “Rindu kat dia”
Hakimi : “Emm, dekat papa dia?”
Arri : “Haaa?”
Hakimi : “Eh, tak ada apa-apa. Selamat malam”Tutt tutt tutt...
Arri : “Dah kenapa mamat ni”
Arri melelapkan mata. Sambil bibir mengukir senyuman. Sekurangnya, terubat juga rindu dia kepada Hakimi.
YOU ARE READING
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...