Seperti biasa Arri akan tunggu di depan rumah Hakimi untuk menjemput Alyah untuk hantar ke taska ibunya. Kelibat Hakimi keluar dari pintu rumahnya. Ringkas sahaja pakaiannya. Dia terpana melihat wajah tenang Arri. Wajah itu semenjak beberapa hari ini sentiasa berlegar di ruang mindanya. Wajah yang cukup tenang. Nampak dari wajah tersebut keikhlasan terpancar.
Hakimi –
‘Benarkah lelaki ini mencintai aku sepenuh hati? Kalau ya, kenapa dia lakukan perkara yang rasanya tidak wajar dalam hubungan aku dengan dia? Aku perlu ajar dia. Dia ingat dia siapa?’Hakimi akui, Arri mempunyai daya tarikan yang cukup lain daripada mana-mana orang yang pernah dia jumpa. Mungkin tingkah lakunya yang tenang dalam apa jua keadaan. Ataupun, sememangnya, setiap kali melihat senyuman Arri, dia sendiri rasa tenang. Seperti hendak menilai setiap ukuran bibir yang cukup padanya telah menewaskan nafsunya. Namun, dia tetap dengan pendiriannya, Arri ada muslihatnya sendiri, buktinya, pada Hakimi, Arri menyembunyikan perkara paling penting dalam hidup dia sebelum ini. Itulah Hakimi, seorang lelaki yang ego. Terlalu ego ok.
Hakimi : “Apa kau buat kat depan rumah aku?” kasar suaranya.
Arri cuba beri senyuman yang ikhlas. Dia nak keadaan menjadi terkawal dan mungkin dia perlu ambil masa untuk menceritakan segalanya. Padanya, memori Hakimi bersama Qistina itu lebih penting berbanding kisah hubungan dia bersama Hakimi. Dia dah berjanji pada dirinya.
Alyah : “Baba Arri dah sampai. Yea-yea!”
Hakimi : “Alyah masuk dalam kereta sayang. Hari ni papa hantar sayang pergi taska Nek Bu”Hakimi mendukung anaknya masuk ke dalam kereta mini coopernya. Sayang benar Hakimi dengan kereta comelnya. Padahal, di banglo mewah ini terdapat beberapa kereta lebih mewah lagi, termasuk lah sebuah kereta Ferrari 458 yang baru setahun lepas arwah papa Hakimi beli.
Hakimi : “Yang kau tercegat depan pagar rumah aku ni kenapa? Alihkan lah kereta buruk kau tu. Kau tak reti malu eh, Manager company, tapi pakai kereta cikai macam tu?”
Arri tersentap dengan jerkahan Hakimi. Makan dalam betul ayat dia. Puiii~
Hakimi : “Mulai sekarang kau tak payah nak sibuk-sibuk datang rumah aku. Aku boleh hantar Alyah sendiri”
Hakimi mula menghidupkan enjin kereta dan membuka pintu pagar rumah. Arri hanya tersenyum kelat. Itu sahaja yang dia mampu untuk membalas segala kata-kata Hakimi untuk setakat ini.
Maya Delisya Calling...
Maya : “Assalamualaikum...”
Arri : “Waalaikumussalam sayang... pagi-pagi dah call?”
Maya : “Alaaa... nak tunggu dia yang call, memang tak lah kan. By the way, just nak bagitahu something!”Suara Maya agak tegas. Arri berdehem. Dalam hati, agak suspen. Apa yang dia nak bagitahu? Putus? Come on! Ni lah perempuan pertama yang berjaya menawan hati Arri.
Maya : “I... rindu... U” hanya dalam bisikan. Perlahan.
Arri tersenyum. Sesungguhnya dia juga merindukan gadis itu. Sumpah lega.
Arri : “Suspen je U ni kan. Hehehe. I pun rindukan U”
Maya : “U ambil lah masa sikit, cuti, then datang KL”
Arri : “Datang KL? Haha. KL tu pun bukan ada apa”
Maya : “Tu jelah jawapannya, nak tunggu I balik JB jugak, kalau macam tu I pun boleh jawab, JB tu pun bukan ada apa. Asyik dengan CS U tu je. Kerja pun kat bangunan CS, nak tengok wayang CS, nak makan CS. Memang dah jadi rumah kedua lah...” bebel Maya, walaupun tegas, tapi Arri tahu Maya tak ambil ia sebagai suatu yang serious.Interkom berbunyi...
“Encik Arri...” suara Gina (setiausaha Arri).
Arri : “Ya saya?”
Gina : “Tuan Syed Amir hendak berjumpa. Encik Arri sibuk ke?”
Arri : “Tidak. Gina, suruh dia masuk ya”Sambung perbualan dengan Maya.
Arri : “Sayang, boleh kita sambung malam nanti?”
Maya : “That’s ok, I pun dah nak start kelas. Sorry ganggu U. Love U muchuk”Arri segera mematikan talian. Uncle Syed Amir juga sudah memasuki bilik bersama mungkin pembantunya. Boleh lah tahan rupa. Apa? Cuci mata pun salah ke?
S. Amir : “Maaf Arri, uncle tadi lunch di CS, and ada juga meeting dengan someone di sana. Terlanjur tu, uncle singgah la kejap. Tadi pagi, Hakimi ada call uncle, dia kata yang dia sudah bersedia untuk mendengar wasiat arwah papa dia. Esok, di pejabat uncle, Arri perlu juga hadir untuk mendengar wasiat”
Arri : “Eh, uncle... saya rasa saya tak terlibat kot. Apa pula kata Hakimi nanti”
S. Amir : “Secara langsung atau tidak. Arri wajib hadir. Unlce harap Arri bagi kerjasama kepada uncle. Selain itu, Dato’ Hisham adik kepada Dato’ Seri Khalid juga akan hadir esok”Arri hanya diam. Tak tahu apa yang perlu di katakan.
Arri : “Are U sure about this uncle?”
S. Amir : “Yes, I am”
Arri : “Apa penerimaan Dato’ Hisham, and terutamanya... Hakimi?”
S. Amir : “Insya-Allah tiada apa yang berlaku, uncle tahu Arri dah banyak membantu keluarga kawan rapat uncle iaitu arwah Uncle Khalid, dan mungkin ini cara arwah untuk membalas jasa Arri...”Arri hanya tunduk. Tidak tahu untuk berkata apa pun.

ANDA SEDANG MEMBACA
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...