Arri : “Inna Lillah wa inna ilaihi raji‘un.”
Suara tangisan Aunty Zubaidah kedengaran amat kuat. Arri hanya terduduk di lantai, dan tersandar lemah di dinding luar wad ICU. Dia tidak mampu nak mengalunkan nada tangisannya, hanya air mata sahaja yang mengalir. 3 jam lepas, ketika Arri masih dalam perjalanan Dato’ Seri Khalid sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tidak sempat untuk mendengar suaranya kali terakhir. Dan Qistina juga menghembuskan nafasnya yang terakhir baru tadi. Lemah segala badan. Arri tidak mampu berpikir lagi.
Masih lagi terngiang amanat yang terakhir dari Qistina. Walaupun ia dalam mimpi tapi ia seakan-akan benar.
Arri –
‘Qistina, Arri janji, Arri akan bantu Hakimi dalam apa jua keadaan, tak kira diri Arri juga tergadai, Arri akan bantu demi Qistina! Arri janji!’Perlahan-lahan Arri bangkit dari tempat dia duduk. Cuba menghampiri katil arwah Qistina. Katilnya berselirat dengan wayar. Keadaan kepalanya yang teruk akibat hentakan yang kuat. Doktor juga tak mampu untuk berbuat apa, kerana keadaan Qistina amat parah.
“Kau jangan dekat dengan adik aku!”
Azham, abang kepada Qistina. Tegas suaranya. Sambil tangannya kasar menolak Arri. Hampir tersungkur.
Aunty Zu : “Zham...apa ni?”
Tan Sri Hamid (bapa Qistina) cuba untuk mencapai lengan Arri dari tersungkur.
Azham : “Mama, papa. Kalau nak tahu ni lah manusia yang selama ni menjadi penghalang cinta Qistina dan juga Hakimi!”
Aunty Zu : “Apa yang Zham cuba cakap ni?”
Azham : “Kalau mama nak tahu lelaki ni merupakan lelaki simpanan Hakimi. Ya, mereka menjalinkan hubungan songsang. Sebelum Qis dengan Hakimi berkahwin lagi.”
T.S Hamid : “Astaghfirullah, Zham...tak baik fitnah orang.”
Azham : “Papa, you have to listen first! Zham baca sendiri dalam diary Qis yang Arri ni merupakan cinta Hakimi, dan kerana lelaki ini juga lah Hakimi berkahwin dengan adik Zham. Kau tahu tak Arri, kau tu menjijikkan! Kau jadi penghalang cinta adik aku dengan suaminya! Kau ni manusia jenis apa? Selama ni aku berdiam diri sebab menghormati adik aku. Tapi hari ni adik aku dah pergi. Aku salahkan ini pada kau. Sebab adik aku tak bahagia dalam perkahwinannya hanya kerana ada manusia macam kau!”Semua terdiam di situ. Aunty Zubaidah terduduk lemah. Tan Sri Hamid hanya beristighfar panjang. Ya, mereka mesti percaya akan kata-kata anaknya. Arri hanya tertunduk.
Azham : “Mulai sekarang, keluarga aku dengan keluarga Hakimi NOTHING! Tiada apa-apa kaitan lagi. Kau urus keluarga mereka. Dan pastikan Hakimi tidak akan mencari kami lagi!”
Arri tidak mampu melawan pandangan mereka. Dia hanya mampu tunduk dan berjalan keluar dari bilik ICU itu. Sempat juga menjeling ke arah Qistina. Namun Arri berjanji atas nama Qistina dia akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu Hakimi dalam dugaan ini.
Arri –
‘Arri janji Qis!’

ANDA SEDANG MEMBACA
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...