26

3.4K 157 1
                                    

Selepas bangun solat Subuh, Arri terus ke dapur. Melihat bahan untuk di buat sarapan pagi. Sebenarnya dia cuba untuk bersemangat hari ni. Yang pastinya, bila dia melihat cermin, matanya dah seperti burung hantu. Mungkin terlebih nangis. Dia sendiri terkejut bila melihat cermin kat bilik air. Menyumpah seranah bila dia melihat dirinya seperti itu. Sure Azwan akan membebel.

Sotong. Fish ball. Steak crab. Cukup lah bahan tu untuk dibuat Nasi Goreng Seafood.

Azwan : “Bau dia... Pehh!! Ni yang aku sayang kau ni”

Tangan Azwan memeluk erat pinggang Arri.

Arri : “Hish, kau dah lah belum mandi. Ada hati nak peluk aku. Bau badan kau tu patut kau urus”
Azwan : “Bau badan aku lagi best ok dari bau badan Hakimi”

Arri tersentak. Baru dia cuba untuk melupakan seketika tentang Hakimi. Azwan sebut pula nama dia. Adui!

Azwan : “Wait on sec. Apa kena dengan mata kau?”
Arri : “Haa... tak ada apa-apa pun”

Arri cuba menepis tangan Azwan.

Azwan : “Ryan, tengok mata Arri ni kejap”
Ryan : “Kenapa ni sayang?”
Azwan : “Tengok ni kejap mata Arri. Ni kesan apa?”
Ryan : “Sembam. Menangis lah ni”
Azwan : “100% sure?”
Ryan : “Yup. 100% pasti!”
Azwan : “Ni yang aku nak mengamuk ni Arri. Kau sembunyi apa kali ni masalah kau?”

Arri hanya diam. Dia hanya menyediakan pinggan dan cawan untuk sarapan pagi bersama Azwan dan Ryan.

Azwan : “Answer my question Arri!”
Ryan : “Sayang, jangan lah push sangat dia macam tu. Mesti ada something yang dia rasa nak sembunyikan”
Azwan : “No! Tak boleh macam tu. Pandang aku Arri bila aku cakap!”
Arri : “U guys mandi dulu ok. Aku nak turun sekejap buang sampah. Nanti dah naik pastikan korang dah siap atas meja. Kita makan sama-sama ok”
Azwan : “Tengok tu!”
Ryan : “Dah lah tu... U paksa pun tak guna kan”

Azwan hanya melangkah ke dalam bilik. Arri hanya tersenyum melihat gelagat Azwan. Syukur, masih ada sahabat yang masih mengambil berat pasal dirinya.

Pagi tu Arri banyak membazirkan masanya dengan berfacebook. Rasa nak keluar tengok wayang di City Square. Hairudean? Tiba-tiba teringat pula pada nama tu. Segera menaip namanya di Facebook. Profilenya terpampang.

Status terbarunya...

‘Bosan duduk rumah, nak tengok wayang tapi tiada siapa nak teman’ 5 minutes ago.

Itupun dah berapa banyak yang like dan komen. ‘Jom date’ ‘boleh I temankan U’. Yang tak boleh blah, ‘I nak bersama U satu hari ni, boleh?’ Popular lah katakan. Memang tak dinafikan Hairudean merupakan lelaki yang diminati ramai orang, tak kira lelaki (PLU) atau perempuan. Pernah juga dia dengar cerita buruk pasal Hairudean. Ada scandal ramai lah. Anak ikan mak datin lah. Ada Datuk yang bela lah. Macam-macam lagi lah. Tapi pada Arri, dia tak nampak pula Hairudean seperti apa yang dikatakan oleh orang-orang FB terutama PLU-PLU lah. Biasalah, hidup dalam komuniti GAY. Memang yang popular akan sentiasa ada di FB PLU-PLU yang lain. Paham tak ni? Ok, cuba pikirkan mana-mana senarai friend korang di FB yang HOT, POPULAR, and of course PLU. Sure, diorang tu akan ada juga di FB mana-mana PLU yang lain kan? Sama juga lah dengan Hairudean ni. Dah memang dia popular. Nak buat macam mana. Kalau Hakimi pula, sejak Hakimi dah berkahwin, dia ada buat recycle segala yang ada dalam Fb-nya. Mana-mana friend yang over PLU-nya, dia delete. Mana-mana page atau link yang dia like berunsurkan PLU pun dia block. Mungkin nak kurangkan segala aktiviti PLU ni. Atau mungkin sebab Arri sendiri yang suruh. Jaga laki oi. Haha. Bagus sebenarnya cara ni, mungkin boleh bantu kita untuk tidak expose dalam dunia PLU ni. Arri memang dari dulu tak tonjolkan diri dalam dunia PLU, untuk apa? Ya, kalau ada orang lain kata dia hipokrit. Dia sendiri akui yang dia memang hipokrit. Tapi bukankah itu lebih baik daripada kita menunjuk? Teringat pula dengan rakannya yang bernama Jimmy. Mana-mana je keluar mesti ada yang tegur. Kadang-kadang Arri sendiri malu keluar dengan dia. pernah ditanya sama ada dia tu BF kepada Jimmy atau tidak. Eeeee, simpang nak ada BF macam tu. Bukan lah sebab lembutnya tu, tu dah memang diri dia lembutnya, tapi yelah, OVER-ACTING. PLU sememangnya ada sifat menonjol yang sangat hebat. What the???

KITA 2Where stories live. Discover now