Arri memandang wajah seorang wanita yang duduk sambil memegang menu makanan di Secret Recipe, City Square. Berjalan ke arah wanita itu.
Arri : “Assalamualaikum...”
“Waailakumussalam...” wanita tu hanya muncungkan bibirnya. Maya, sedap namanya.
Maya : “It’s about 1 hour, I ronda alone kat CS, and then dah lapar sangat I terus jelah ke sini”
Arri : “I’m sorry Maya. Meeting I tadi habis lewat pula. Ok, sebagai tebus balik silap I, I belanja hari ni”Maya hanya terus muncung. Arri segera mencuit hidung putih milik Maya.
Arri : “Hiisy, buruk gila buat muka macam tu.”
Maya : “Errrkk, apa ni cuit-cuit hidung orang. Hahaha. Saje je nak merajuk dengan U, buruk eh I merajuk?”
Arri : “A’ah”Maya hanya menjelirkan lidahnya. Sambil membetulkan tudungnya. Maya, wanita tu bertudung, sopan, tapi pandai bergaya. Gaya penampilan ala-ala Yuna. Dan kerana itu Arri rasa bertuah mempunyai ‘girlfriend’ seperti Maya. Lecturer pulak tu.
Maya : “U, macam mana Hakimi?”
Arri hanya mengangkat bahu. Sengaja untuk tidak memikirkan lelaki itu. Mungkin masih berkecil hati dengan sikap lelaki tu.
Maya : “I tak suka tau, bila bercakap dengan orang, hanya bahu je yang bergerak”
Arri : “Ok, sorry-sorry. Order please” sambil tangannya memanggil waiter.Selesai order.
Arri : “He’s fine. Kenapa U?”
Maya : “No lah. Ibu U ada cerita yang U kinda stress sekarang. I hope U ok”
Arri : “I’m ok lah sayang. Jangan risau, niat I ikhlas buat semua ni. Lagipun, sekarang dia tiada sesiapa kot. Adik kepada arwah ayah dia pun langsung tak jenguk dia. Tanya khabar pun tak ok. Ni pun meeting, dia cari gaduh dengan I”
Maya : “Sabar jelah U..apa pun I bangga ada BF macam U. Dah lah handsome, hati manyak baik maa.”Arri hanya tergelak. Rasa bebanan yang ada hilang tiba-tiba. Syukur dia jumpa seorang wanita yang cukup baik. Dan dia harap inilah jodohnya yang terbaik.
YOU ARE READING
KITA 2
Lãng mạnArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...