Arri segera pulang ke rumah dari Senai Airport, hantar Maya untuk pulang ke KL, Maya berasal dari JB juga. Parents dia ada di Skudai tapi mengajar di UPM Serdang. Takut terlewat pula untuk dinner bersama Hairudean. Sebenarnya Hairudean merupakan rakan kolej dia ketika belajar di UiTM Segamat. Tidak lah berapa rapat, tapi akibat dia di terima bekerja di Julung Sedia, mereka berdua mula rapat. Pada awalnya, Hakimi kurang selesa dengan keadaan itu, yalah, sedikit cemburu (katanya). Namun, Hakimi mula menerima Hairudean sebagai kawan lepak kadang-kadang. Jika Arri tiada teman untuk hang-out, Hairudean juga lah yang teman. Tapi wajib atas keizinan Hakimi. Tapi, itu semua dah berlalu. Sekarang ingatan Hakimi tentang Arri sudah hilang. Malah rasa cinta Hakimi kepada Arri juga hilang. Arri adakalanya sedih, adakalanya juga dia mahu memberitahu siapa diri dia kepada Hakimi. Tapi bila dipikirkan balik, mungkin ada hikmahnya. Dan sudah tiba masa untuk dia dan Hakimi berubah. Selama ini pun Arri dan Hakimi sudah berubah. Cuma hanya ada rasa cinta mereka berdua. Arri relakan perkara ini berlaku. Dia tahu Allah itu Maha Adil. Maha Tahu. Dia mahu Hakimi pulih seperti biasa, dan Arri akan ajar dia menemui cinta baru, di samping itu mengingatkan kembali kisah cinta Hakimi bersama arwah Qistina. Tidak lupa juga, Alyah.Arri : “Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...”
Arri : “Eh, Ryan...bila kau datang?”Ryan. Ingat tak? Ryan dan Azwan merupakan pasangan sejak 4 tahun yang lalu.
Ryan : “Tadi petang. Kau dari mana?”
Arri : “Hantar Maya ke Senai Airport. Azwan mana?”
Ryan : “Mandi kot. Kejap lagi kitorang nak keluar dinner. Kau nak ikut?”
Arri : “Tak lah kot. Aku nak keluar makan juga.”
Ryan : “Dengan Hakimi? Dia ok? Aku nak jenguk dia, kau tak kasi pula. Azwan ada cerita pasal kau dengan dia. Harap kau bersabar lah ye. Aku yakin, dia akan pulih semula ingatan dia. Korang berdua akan jadi pasangan yang sweet semula. Hehehe.”
Arri : “Aku tak harap apa-apa pun Ryan. Aku serahkan semua kepada Allah. Aku bukan nak keluar dengan Hakimi. Dengan Dean..”Azwan keluar dari biliknya.
Azwan : “Dean? Ish, dia tu pandang kau macam lain macam je Ri. Serious, ituari kita kan ada dinner sama. Dean tu pandang kau macam dia suka kat kau”
Arri : “Jelous lah tu. Apa lah kau ni, dulu si Dean tu tak ada nya pandang aku. Jimmy si buah hati kau dulu yang HOT tu pun dia tak layan. Maklum lah, Dean kan double HOT kat kampus kita”
Azwan : “Eleh, biasa je aku tengok. Kau jaga-jaga Ri. Aku ingatkan aje”
Arri : “Baiklah bang oi. Aku nak mandi dulu. Aku maybe dinner kat Anis Sup Utara kat Bazar Karat tu je kot. Korang?”
Ryan : “Still belum pikir lagi. Ada orang tu katanya nak belanja makan seafood”Arri hanya tersenyum melihat mereka berdua. Jarang dapat lihat PLU couple yang bahagia dan saling melengkapi seperti mereka berdua.
Zaiful Hakimi Calling...
Hakimi : “Hello... Arri!”
Arri : “Assalamualaikum...”Arri –
‘Salam pun tak bagi. Ada ke patut? Eh, dia tahu ke aku nak keluar dengan Dean tanpa dia? Eh, lupa, sekarang apa yang dia kesah kalau aku keluar dengan sesiapa pun’...Arri melepaskan keluhan.
Hakimi : “Asal mengeluh? Tak suka aku call ke? Ri, aku lapar lah”
Arri : “Eh, Mak Jah mana?”
Hakimi : “Petang tadi dia balik ke Kuala Lumpur, anak dia ambil. Katanya, dia pening kepala sejak semalam. Jadi, aku suruh anak dia ambil je. Dah lama sangat dia kerja di sini. Jadi, aku suruh dia rehat je lah. Lagipun, papa aku dah tak ada. Dia nak jaga aku, aku rasa tak perlu lah kot”
Arri : “Habis tu Alyah?”
Hakimi : “Aku ok je jaga dia sorang. Aku pun tengah cuti lagi kan”
Arri : “Bagus lah macam tu”
Hakimi : “Ri, aku lapar lah...”
Arri : “Lah, pergi lah keluar makan”
Hakimi : “Kau ni, masih marah lagi ke? Alaaa... kalau aku kata aku fobia naik kereta kau mesti gelak kan?”
YOU ARE READING
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...