Seharian Arri hanya duduk di dalam bilik. Tak keluar. Seharian juga dia tidak bekerja. Walaupun esoknya cuti, namun, kepalanya terlalu berat untuk memikirkan keadaan. Hakimi. Ya, lelaki itu telah mengecewakannya. Berkali-kali juga dia cuba menenangkan perasaan. Tapi , semakin dia mencuba, semakin kuat esakannya. Seperti tak jemu matanya untuk mencurahkan air mata. Sukar untuk dia menerima pengakuan Hakimi. Lelaki yang dia cintai itu kini bersama lelaki lain. Lelaki yang dah berjanji dengan dia bahawa dia adalah lelaki terakhir. Ya, janji itu juga Arri pegang sehingga kini. Dan tidak akan pernah berubah. Semuanya sudah berakhir sekarang.
Mengimbau kembali kenangan 5 tahun yang lepas, ketika dia masih baru lagi bersama Hakimi, ketika itu juga ada dugaan dalam hubungan mereka, namun Hakimi tetap sentiasa bersamanya, cinta yang begitu sempurna padanya...
Hakimi : “Arri, saya cintakan awak sepenuh hati saya. Awak tahu tidak, awak ni lain dari mana-mana orang yang pernah saya jumpa. Sifat awak membuatkan saya sentiasa rindukan awak, walaupun kejap tak jumpa, sure tak tahan rindu. Saya nak awak sentiasa ada di sisi saya. Saya terlalu mencintai awak. Arriansyah... sudi atau tidak, untuk menjadi lelaki yang terakhir dalam hidup saya, susah senang kita bersama, dan apa jua keadaan, kita sentiasa akan kekal bersama... dan yang penting, bantu saya keluar juga dari hidup yang salah ni... saya janji akan bimbing awak juga. Dan insyaAllah, saya janji... awak dan saya akan berubah... tetapi kita tetap akan bersama kan?”
Arri hanya mampu menangis semahu-mahunya di pelukan Hakimi. Indah setiap perkataan yang di luahkan oleh Hakimi.
Arri : “Saya janji, susah senang kita bersama, dan yang penting... awak adalah lelaki terakhir dalam hidup saya, saya janji!”
Arri teringat kembali detik ketika Hakimi hendak bernikah dengan Qistina. Jujur, hatinya amat berat untuk merelakan. Bukan apa, dia sudah berazam... jika Hakimi dah berkahwin, dia tidak akan pernah minta untuk mengadakan hubungan sex bersama. Ketika itu juga, dia nampak betapa Hakimi mencintainya. Ya, Hakimi terlalu mencintainya. Cinta yang Hakimi beri terlalu sempurna. Again, sempurna!
Hakimi : “Awak... saya takut awak tinggalkan saya lepas ni. Saya tak nak kehilangan awak lagi. Saya tak rasa apa yang saya buat ni betul” teringat lagi ketika di hari pernikahan Hakimi bersama Qistina. “Awak... ada masa lagi untuk kita betulkan balik, saya tak kisah kalau orang cakap saya gay, saya hanya nak hidup bersama awak je...”
Hakimi merayu dengan suara yang tersekat-sekat. Matanya sembam. Mungkin menahan air matanya daripada jatuh.
Arri : “Shhhhtttt... saya dah jani dengan awak. Saya tak akan tinggalkan awak. Dan ingat Allah, awak... kita hidup perlu ada pegangan. Saya janji saya akan bantu awak, dan awak juga perlu bantu saya, ok?”
Hakimi : “Hati saya hanya ada awak... tolong Arri! Tolong! Jangan lagi pergi dari hidup saya...”Arri segera cium bibir Hakimi. Lembut bibirnya. Terlalu lama. Seperti tiada penghujung. Tapi, akhirnya dia lepaskan juga bibir itu.
Di masjid, sebelum acara pernikahan Hakimi dan Qistina berlangsung...
Qistina : “Arri, hanya awak je mampu bantu saya... tolong jangan lari lagi dari hidup Hakimi... saya janji akan buat yang terbaik untuk cinta awak. Dan awak telah pun buat yang terbaik untuk cinta saya. Di masjid ni juga saya doakan awak akan jumpa wanita yang terbaik untuk diri awak..”
Dan kata-kata itu juga masih lagi terngiang-ngiang di minda Arri. Sampai sekarang, segala memori yang indah itu masih segar dalam ingatannya. Macam ia berlaku semalam. Baru seketika dia merasakan bahagia. Dan muncul pula dugaan yang amat perit ini.
Arri : “Qis, kenapa Qis tinggalkan Arri untuk semua ini? Qis, Arri perlukan Qis untuk Hakimi. Apa yang perlu Arri buat sekarang? Buntu. Berat sungguh Arri nak terima semua ni”
Arri membiarkan dirinya berbicara sendiri. Air mata yang dari tadi tidak pernah putus untuk mengalir. Membiarkan dirinya terbaring lemah di atas tikar sejadah. Lepas sahaja isyak, dia membacakan Surah Yassin untuk disedekahkan kepada arwah Qistina. Rindu pada sahabatnya tu. Mungkin dia rasa Hakimi semakin jauh daripada arwah isterinya. Atau pun hatinya cukup sedih mengenangkan Hakimi, dan dia sendiri tak berjaya melaksanakan janji dia kepada Qistina. Dia sendiri tak pasti sebenarnya, Qistina mahukan kebahagiaan Hakimi, dalam apa jua cara sekalipun. Hakimi pilih jalan ni untuk kehidupannya. Mungkin terlalu kecewa dengan pilihan Hakimi. Ya, Arri amat kecewa. Penat dia memikirkan segala kerumitan itu. Dan akhirnya dia terlena di tikar sejadah itu.
YOU ARE READING
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...