Selepas menunaikan solat Maghrib, Arri masuk ke bilik Hakimi. Hakimi hanya duduk dan berbual bersama Alyah. Kelihatan dia amat kekok dengan budak tu. Syukur, dia kembali tenang. Walaupun dia seperti bingung dengan keadaan, mungkin juga ubat penenang yang diberikan kepadanya memberi kesan yang amat baik.
Arri : “Alyah, cerita lah dengan papa yang Alyah dah pandai bacaABC.”
Alyah hanya tersenyum malu.
Alyah : “Papa, bila nak balik? Alyah pun rindu mama, Baba Arri cakap, mama dah pergi jumpa Allah. Tapi mama tinggalkan Alyah dengan papa.”
Sebak mendengar kata-kata Alyah. Anak kecil yang baru masuk 4 tahun, sudah kehilangan ibunya.
Hakimi : “Arri, aku tak kenal kau. Tapi terima kasih atas semua perkara ni”.
Dia hanya memandang Alyah, tak pandang pun ke arah Arri. Arri mengharap renungan yang selalu diberikan oleh Hakimi kepadanya. Namun, ia tidak mungkin akan berlaku.
Hakimi : “Arri, kau kenal aku bila?”
Arri : “Erm... lebih kurang 5 tahun lebih.”
Hakimi : “Jadi selama itu kau kenal aku ya? Aku orang yang bagaimana Arri 5 tahun kebelakangan ni.”
Arri : “Kau rasa?” Arri cuba untuk menduga.
Hakimi : “Apa yang aku ingat, aku baru habis MBA... Lina tinggalkan aku ketika hari pernikahan kami...dan aku larikan diri ke London. Aku hanya mampu ingat setakat itu.”Ya, jadi betullah. Memori yang Hakimi lupa selama 6 tahun.
Hakimi : “Tapi yang peliknya aku rasa dah terlalu lama Lina tinggalkan aku. Aku ingat lagi, aku terlalu kecewa bila dia tinggalkan aku. Kau tahu semua ni kan?”
Arri hanya mengangguk perlahan.
Hakimi : “Lina tak pernah cari aku ke?”
Arri menggeleng pula kali ni.
Arri : “Dia tak pernah cari kau sejak dia tinggalkan kau pada hari pernikahan korang. Dia sekarang dah berkahwin dengan Datuk Hamdan.”
Hakimi : “What? Datuk Hamdan? Aku harap aku dapat lupakan terus tentang dia.” Hakimi tergelak kecil. “Apa lagi yang berlaku?”
Arri : “Kau amat kecewa pada waktu tu, kau lari dalam lebih kurang 3 bulan. Dan kembali ke Malaysia dengan diri kau yang lain.”
Hakimi : “Maksud kau?”
Arri : “Yalah, kau jadi ego. Pentingkan diri sendiri. Kau agak renggang dengan arwah papa kau waktu tu lah. Apa yang aku tahu kau dengan papa kau tak pernah renggang. Tapi semua tu berubah apabila kau jumpa seseorang..” Arri terdiam.Seseorang itu... perlu ke untuk dia mengatakan diri dia seseorang itu?
Hakimi hanya menanti apa yang hendak dikatakan oleh Arri.
Hakimi : “Qistina?”
Arri mengangguk perlahan. Sedikit tertunduk. Air mata mula bertakung. Sebak yang amat apabila segala kenangan dia bersama Hakimi hilang dari memori Hakimi.
Arri : “Ya, Qistina yang buka mata kau untuk kembali melihat erti cinta yang sebenar. Lagipun dia cintakan kau sejak sebelum kau dengan Lina lagi. Yalah, korang berdua kenal sejak kecil. Dan ini buktinya, Alyah. Dalam masa 2 bulan lepas korang berdua nikah. Alyah muncul sebagai bukti kasih sayang korang berdua.”
Arri tunduk. Tidak mahu wajah dia di tatapi oleh Hakimi. Sedikit demi sedikit, air mata yang cuba ditahan, akhirnya jatuh juga.
Hakimi : “Kenapa kau menangis?”
Arri tersentak. Cuba tergelak perlahan.
Arri : “Mungkin kenangan cinta korang berdua membuat aku pula yang emosional. Korang berdua sangat sweet. Qistina terlalu mencintai kau Hakimi”.
Hakimi : “Aku bahagia bersama dia?”
Arri : “Terlalu bahagia”Hakimi membuang pandangnya ke arah Alyah yang terlena di katilnya.
Arri –
‘Ya Allah, hati ini terlalu sayu. Namun, aku harus lakukan ini kerana-Mu ya Tuhan. Qistina, aku janji akan membawa cinta kau, dan bantu Hakimi untuk dia bahagia di samping Alyah’.Hakimi : “Parents Qistina tak datang tengok aku selama ni?”
Arri kembali mencari idea untuk mencari jawapan yang terbaik untuk soalan ini.
Arri : “Mereka ada krisis sedikit dengan kau. Dan aku yakin mereka masih belum terima pemergian arwah Qistina. Aku rasa lebih baik kau rehatkan dulu minda kau dan tak perlu pikir pasal mereka.”
Ya, itulah yang terbaik untuk setakat ini. Arri masih mencari jalan untuk menyelesaikan konflik ini.
Hakimi : “Mereka pentingkan diri sendiri. Aku pun kehilangan orang yang paling aku sayang. Now, aku tiada sesiapa. Mereka pula seperti tu. Apa mereka tak pikir hati orang lain, atau hati aku? Aku tiada sesiapa sekarang!” dalam nada yang agak keras. Walaupun ia perlahan.
Arri : “Tak. Kau ada Alyah. Dan kau perlu tahu, ada seseorang yang akan pastikan kau bahagia dan bukan keseorangan.”
Hakimi : “No, kau tak paham. Kau bukan aku. Malah aku tak pernah kenal kau, kau tak perlu nak tenangkan aku macam tu sekali. Shit!”Arri mengangguk lemah.
Hakimi : “Kau balik lah. Aku nak berseorangan. Bawa balik Alyah sekali.”
Arri : “Ni anak kau weh, kau hanya kata macam tu? What?”
Hakimi : “Aku rasa Tuhan dah beri aku cukup banyak dugaan. Kenapa aku perlu lalui semua benda ni?”
Arri : “Kau tak boleh kata gitu Hakimi, kau kena lawan. Allah Maha Tahu apa yang DIA beri kat kau. Kau perlu percaya DIA.”
Hakimi : “Stop it!! Kau berambus sebelum aku jadi gila di sini!! Kau tak ada kaitan dalam hidup aku. Kau siapa?”Arri mula ambil pendekatan untuk berdiam.
Arri -
‘Aku perlu tenang untuk menghadapi perkara ini. Aku dah janji dengan Qistina.’Arri kemudiannya pulang bersama Alyah. Syukur, Alyah seorang budak yang tabah. Dalam usianya hanya menjangkau 4 tahun, dia sudah menghadapi dugaan yang cukup besar.
Arri : “Alyah.. baba Arri janji akan bantu papa Alyah. Mama Alyah mahukan ini. Alyah, sekurangnya baba Arri akan bagi kekuatan yang ada untuk Alyah dan papa Alyah. Qistina, Arri janji untuk Qis.”
Arri mengucup perlahan pipi gebu yang comel. Kemudian menyelimuti tubuh anak kecil itu. Lena sungguh dia tidur. Sejak dari katil Hakimi tadi di hospital. Walaupun bukanlah zuriat dia, tetapi sayangnya kepada Alyah terlalu dalam. Bagai anak sendiri.
Ibu : “Arri, jom minum dulu. Makan malam sekali sini”
Arri : “Arri tidur sini sekali kot bu. Esok macam malas nak ke office.”
Ayah : “Kamu ni ayah tengok sekarang macam banyak masalah, kami ada Arri kalau nak cerita apa-apa.”
Arri kemudian diam.
Ibu : “Ibu tak nak Arri seperti ni. Ibu sayang anak ibu. Ibu yakin anak ibu sangat kuat orangnya.”
Arri : “Terima kasih ibu. Arri ok je. Cuma Arri pikir dengan keadaan Alyah dan Hakimi. Arri tak tahu bagaimana perlu Arri tolong.”
Ibu : “Jangan lah risau, Alyah pun ibu tengok dia tak ada masalah duduk dengan ibu. Kami pun dah anggap dia macam cucu kami Arri. Arri patut cepat kahwin. Ibu pun nak ada cucu.”
Arri : “Ish ibu ni, ke situ pula.”
Ayah : “Jangan risau lah Arri. Kamu buat apa yang kamu rasa mampu untuk tolong mereka. Kami sentiasa sokong kamu.”Arri kembali senyum. Ya, syukur ada kedua ibu bapanya yang sentiasa memahami kesusahannya.
YOU ARE READING
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...