Pagi lagi Arri sudah sampai di pejabat Uncle Syed Amir. Memandangkan tadi Hairudean ajak breakfast berdekatan dengan pejabat Uncle Syed Amir, terus je lah menapak kat pejabat ni sekali. Kelihatan Dato’ Hisham bersama anaknya juga sampai di pejabat Uncle Syed Amir. Arri pula menanti Hakimi yang dari tadi masih belum muncul. Jam dah menunjukkan pukul 10 pagi.
Arri –
‘Mana pulak mamat ni. Jangan buat hal sudah. Ish, risau teramat aku ni. Uncle Syed Amir pun dah pandang aku semacam. Haish, masalah bebenor mamat ni’Kereta Ferrari 458 milik Hakimi parking betul-betul sebelah kereta Arri. Hakimi keluar dari kereta itu, Arri tidak lepas memandang pemilik kereta mewah itu. Dia sendiri yang sememangnya sudah menjangkau 5 tahun bersama Hakimi tetapi masih lagi mengagumi Hakimi, apatah lagi sesiapa yang baru nampak dia. Dengan kereta Ferrari tu lagi, of course, tersungkur, terjunam, terhumban dan semua jenis ter...lah bila melihat Hakimi.
Hakimi : “Kau pandang aku macam tu kenapa?”
Arri : “Eh, mana ada. Aku pandang kereta kau tu. Cantiknya”Hakimi tersenyum.
Hakimi –
‘Eleh, cakap jelah tengok aku. Tahu sangat. Nak dalih-dalih konon. Tahu dah aku handsome’Arri mencebik sahaja bila dia melihat Hakimi hanya senyum memerli.
Arri : “Uncle Syed Amir dah tunggu. Jom”
Hakimi : “Kau terlibat sama ke?” tanya Hakimi. Pelik.Arri hanya mengangguk perlahan. Harap Hakimi tidak pikir yang bukan-bukan terhadapnya.
Uncle Syed Amir sudah bersiap sedia untuk membentangkan wasiat arwah Dato’ Seri Khalid. Dato’ Hisham juga mengambil tempat berdekatan dengan meja Uncle Syed Amir. Tak sabar la tu.
S. Amir : “Semua dah bersedia?”
Masing-masing hanya diam. Tiada respon untuk soalan itu.
S. Amir : “Hakimi, how about U?”
Hakimi : “Can U just proceed” tegas suara Hakimi.Arri sedikit tersentak. Hakimi seperti yang dulu. Kasar tak bertempat. Agak-agak lah kot. If tak respect dengan peguam arwah papanya, at least, respect as kawan lama arwah papanya.
S. Amir : “Minta maaf. Baiklah, Dato’ Seri Khalid telah memberi saya amanat untuk membaca wasiat dan menguruskan segala hartanya. Saya harap kalian boleh memberi kerjasama kepada saya”
Diam seketika. Meneliti beberapa dokumen dihadapannya.
S. Amir : “Segala yang dimiliki oleh Dato’ Seri Khalid termasuklah hartanah yang berpusat di London, syarikat perkapalan yang berada di Johor dan juga syarikat perabot kayu, Julung Sedia semua diberi totally hak oleh Hakimi. Ladang Jati, kilang-kilang yang beroperasi di bawah syarikat Julung Sedia dibawah hak Hakimi. Namun, 20% share telah diberi kepada Dato’ Hisham berserta syarat yang Dato’ Hisham mematuhi syarat daripada Hakimi”
Uncle Syed Amir diam seketika. Minum air kosong yang disediakan di atas mejanya.
S. Amir : “20% share juga diberi kepada Aidil Arriansyah. Dan selebihnya adalah milik Hakimi”
Mikhail : “What? Arri? Mana mungkin. Arri bukan ada mana-mana pertalian darah dengan arwah?” suara Mikhail menerjah.Arri sendiri terkejut dengan perkara ini. Dia tunduk. Takut untuk bertentang mata dengan Hakimi. Takut Hakimi pikir bukan-bukan terhadap dia.
S. Amir : “Harap semua terima segalanya. Saya hanya menjalankan tugas”
Hakimi : “Kau patut berterima kasih sebab 20% telah diberi secara percuma kepada korang berdua. Kalau ikut hati aku, memang tak ada nya lah”
D. Hisham : “Hakimi, uncle bukan nak lawan kata-kata Hakimi. Cuma uncle pun ada melabur dan tanam share dalam syarikat Julung Sedia tu”
Hakimi : “Walaupun nilainya tidak sama dengan share sebenar? Kalian perlu berterima kasih dalam apa jua perkara sekalipun, tanpa belas ikhsan dari arwah papa, both of U akan rugi dengan syarikat lama korang”Dato’ Hisham kelihatan berang. Segera bangkit daripada kerusia kemudian keluar dari bilik Uncle Syed Amir, diikuti anaknya, Mikhail. Arri hanya diam. Tak berani untuk masuk campur hal keluarga mereka.
S. Amir : “Arri ada nak cakap apa-apa ke?”
Arri : “Uncle, saya rasa uncle ada silap. Saya dapat 20% share dalm Julung Sedia? Macam tak masuk akal je?”
S. Amir : “It’s true Arri, that’s why Uncle beria-ia mahu Arri hadir pada hari ni. Now, Arri one of Lembaga Pengarah (BOD) untuk syarikat Julung Sedia Sdn Bhd”
Arri : “Ni semua tak boleh uncle, tak boleh jadi...” belum habis cakap, Hakimi sudah memotong.
Hakimi : “U have to respect what my dad had gave U Arri. Kau nak pertikai apa lagi? It shows yang kau sebenarnya tak respect arwah papa dan aku!” kasar.Arri tunduk. Takut untuk melawan. Suara Hakimi dah meninggi. Dengan keadaan tadi yang agak huru-hara.
Ketika ingin menuju ke arah kereta, Hakimi menahan Arri dari memasuki keretanya.
Hakimi : “Apa yang kau pikirkan?” tangannya merentap kasar tangan Arri.
Arri : “Apa maksud kau?”
Hakimi : “APA YANG KAU SEDANG MAIN KAN SEKARANG??” suaranya cukup kuat, sehingga beberapa pejalan kaki menoleh ke arah mereka berdua.
Arri : “Enough Hakimi! Aku selama ni cukup bersabar dengan kau. Kau ingat aku nak permainkan kau? Aku tak ingin weh. Aku harap semua jadi seperti dulu. Kau ada harap? Ya, aku percaya ni semua kuasa Tuhan. Tapi dengan berprasangka dengan aku, tak membawa sebarang jawapan pun untuk kau. Aku nak kau yang dulu Hakimi. Aku nak cara hidup kita yang lama. Ia tak akan berlaku kan? Now, kita kena hadapi di hadapan kita ni sekarang. Aku cuba beri kau jawapan kalau kau tak berprasangka dengan aku. Tapi sekarang, please, don’t push me like this”Arri segera masuk ke dalam kereta dan berlalu dari situ.
Hakimi hanya tergamam. Dia memandang Arri berlalu pergi dari situ.
Hakimi : “FUCK!!!”
Hatinya terlalu marah atas sebab dirinya pun tak tahu. Dah lah setiap masa dia rindukan wajah Arri. Dia ingin luahkan tapi setiap kali tu juga dia berkata wajah tenang itu seperti menipu dia. Dia sendiri tidak tahu, kenapa dirinya terlalu memikirkan Arri. Adakah benar memang selama ni dia terlalu mencintai Arri, sehinggakan dirinya sekarang pun seperti orang yang gila memikirkan Arri.
YOU ARE READING
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...