Selesai membaca surah Yassin. Tiba-tiba hatinya terlalu rindu pada arwah Qistina, sahabatnya tu. Entah Hakimi ingat atau tidak arwah isterinya. Kadang-kadang ada juga terpikir untuk berbual dengan Hakimi pasal Qistina, tapi masa tidak mengizinkannya. Adakalanya dia rasa bersalah kerana tidak bercerita banyak pasal arwah Qistina. Hakimi sendiri tidak bertanya pada dirinya. Tapi, Hakimi ada letak gambar arwah isterinya bersama Alyah di meja pejabatnya. Arri tahu, Hakimi yang dia kenal, tidak banyak meluahkan rasa sayangnya pada Qistina. Cukup dengan layanan yang diberi. Selama ni pun Arri sentiasa membimbing Hakimi untuk lebih mencintai isterinya berbanding Arri sendiri.
Arri terlalu rindukan Hakimi yang ceria bersamanya. Hakimi yang tidak pernah jemu memberikan dia ketenangan. Hakimi yang mencintainya dengan sempurna. Hakimi yang sentiasa memandangnya dengan penuh keikhlasan. Entah kenapa dia terlalu mengharap yang masa boleh berundur semula.
Azwan : “Boleh aku masuk?”
Arri : “Eh, terkejut aku. Masuk lah Wan. Kau ni, macam tak biasa pulak”
Azwan : “Aku tengok kau dari tadi termenung kat tikar sejadah. Dari tadi sebenarnya aku tengok kau”Arri hanya memberikan senyuman pada Azwan. Tak tahu nak kata apa.
Azwan : “Kau rindu Hakimi?”
Arri hanya diam. Tak menjawab.
Azwan : “Arri, aku cukup kenal kau beb. Aku tak tahu nak cakap macam mana memandangkan kau selalu buat keputusan yang semua orang tak boleh nak buat. Tapi selalunya ia betul. Dulu kau pernah buat keputusan untuk tinggalkan Hakimi dalam waktu yang dia memang perlukan kau. Walaupun pada aku, ia tak patut, tapi kau lebih tahu. Now, kau juga macam buang segala kenangan kau dengan Hakimi. Aku tak rasa ia betul. Tapi macam apa yang aku cakap, kau lebih tahu. Kau kuat Arri. Aku sangat kagum dengan kau. mungkin aku sekarang dengan Ryan, tapi kalau dulu aku tackle kau betul-betul, aku rasa aku manusia yang paling bahagia”
Arri : “Apa yang kau cakap ni Wan. Ish!”
Azwan : “Laaa... aku cakap benda betul apa. Haha. Tapi aku dah kira happy juga jadi kawan baik kau. Cuma, aku tak suka bila tengok kau macam ni beb. Aku tak boleh”
Arri : “Beb, apa yang aku buat ni, betul ke?”
Azwan : “Kau rasa?”
Arri : “Entah laaa...”
Azwan : “Kau jadi diri kau. Aku yakin, apa yang kau buat mesti dengan niat betul”
Arri : “Aku rindu dia...” Arri mula rasa sebak. Sakit dada. Menahan sebak adakalanya membuat dada sakit.Azwan cuba menarik perlahan lengan Arri. Memeluk.
Azwan : “Kau kena kuat Arri, aku yakin kau lebih kuat daripada apa yang aku tahu...”
Azwan keluar dari bilik Arri. Masuk ke biliknya sendiri, melihat Ryan yang sibuk dengan lappynya.
Ryan : “Dah habis borak dengan Arri?”
Azwan tidak menjawab. Dia merebahkan badannya ke katil. Masih memikirkan keadaan Arri.
Ryan : “I dengar tadi perbualan U dengan dia”
Azwan : “Apa maksud U?”
Ryan : “U masih sukakan dia lagi ke?”Ryan memandang Azwan. Wajahnya selamba, tiada tanda marah.
Azwan : “Hahaha. Apa yang U pikirkan ni?”
Ryan : “Tak delah, I cuma tanya. U macam ambil berat sangat pasal dia”
Azwan : “Salah ke I ambil berat pasal dia? Dia perlukan kita sekarang untuk beri sokongan”
Ryan : “I tahu. Sorry, agak cemburu sebenarnya. Hehe”
Azwan : “U, I sayang U. Walaupun kita berdua TOP. Hahaha. Tapi, I rasa bertuah ada U. Susah nak cari yang berkualiti sekarang”
Ryan : “So, jangan cuba-cuba pulak nak gatal dengan orang lain”
Azwan : “Hahahaha. Ok, promise! Tapi U pun kena janji juga lah”
Ryan : “Ya sayang. Just U in my heart. Sikit je boleh malam ni?”
Azwan : “Ok, try me. Tengok siapa yang kalah”
Ryan : “I tahu lah U pandai silat. Tapi badan I lagi besar dari U. Cuba mengalah sekali-sekala”
Azwan : “Habis tu, U tak nak mengalah jugak?”
Ryan : “Alaaa... sikit je, please!!”
Azwan : “No way!”
Ryan : “Hehehe. Susah eh”Tangan Ryan segera mencapai tangan Azwan. Dan adegan seterusnya. Tak boleh la kan nak cerita. Tapi, korang paham tak apa yang diorang bualkan? Kalau tak paham, buat-buat paham lah ok. Hehehehe.
YOU ARE READING
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...