30

5.3K 191 31
                                    

Sorry sebab penamat dia tergantung, tapi jangan risau sambungan dia ada dekat buku seterusnya....

Arri hanya bersiap ala kadar untuk dinner tahun ini. Tak ada mood sangat nak bergaya sakan. Sekadar memakai kemeja lengan panjang bercorak bunga halus dan kecil seperti gaya retro serba putih dan hitam bagi corak bunga tu. Dan juga seluar slack slim fit jenama Padini. Sebenarnya baju ni dia beli di City Square je. Padankan dengan bow tie berwarna hitam. Kasut Hermes miliknya di sarung. Sekali sekala je sebenarnya dia menyarung kasut yang berjenama tu. Belek dirinya di cermin yang cukup memaparkan dirinya dari hujung kepala hingga ke bawah kaki. Last, dia memakai cermin mata berbingkai besar miliknya. Ya, kalau dilihat cermin mata tu kebiasaannya di pakai oleh golongan ‘skema’, tapi dia lebih selesa memakai cermin mata berbingkai besar itu. Nampak sesuai dengan wajahnya. Ok. Done!

Dia hanya parking keretanya di kawasan VIP yang telah di khaskan. Maklum lah kan, Board of Director dalam syarikat yang cukup gah di Malaysia. And of course ada share sebanyak 20%. Well, bukan lah atas hasil pelaburan nya. Tapi dah tu amanat yang telah diberikan oleh arwah Dato’ Seri Khalid. Dia harus ambil nya juga. Dan untuk menghormati keputusan Hakimi yang bersetuju atas wasiat tersebut. Macam drama kan? Hahahaha. Tapi yang tak boleh blah, ada dua kereta mewah. Satu kereta Ferrari milik Hakimi. Dan lagi satu kereta BMW milik Dato’ Hashim, di tengah-tengah nya kereta Saga milik Arri. Peduli apanya kan...

Arri melangkah ke dewan makan di Hotel Thistle, mewah hiasannya. Maklum lah hotel 5 bintang. Bunyi piano yang mengalunkan irama jazz pada malam itu menimbulkan suasana yang cukup vogue. Sekali macam penuh dewan tu. Arri bergegas ke meja VIP, di situ ada beberapa muka yang cukup di kenali. Of course, Dato’ Hisham, anaknya Mikhail yang sentiasa membuat muka annoying, Head of Managers bagi setiap kilang seluruh negara. Tak kan lah nak kenalkan satu-satu kot. Semput. Dan juga CEO yang paling kacak yang pernah ada dalam sejarah company satu dunia, Hakimi. AND? Danny. Ish, perlu nak sebut nama dia. Puiiii~

Arri menjeling seketika ke arah meja sebelahnya, di situ ada beberapa Manager bagi setiap department. And of course Hairudean juga ada di situ. Dia kelihatan cukup hebat malam ni. Ya, Hairudean juga merupakan lelaki yang cukup pandai bergaya. Siapa peminat Fizo Omar, confirm akan minat Hairudean juga. Sangat tampan, tapi masih belum menandingi wajah sempurna Hakimi.

Majlis bermula dengan baik. Ucapan. Kemudian ucapan. Hakimi pun bagi ucapan. Entah apa-apa lagi ucapan. Perut sumpah lapar. Dan at last! Dinner time. Sumpah gelojoh Arri dibuatnya. Hahaha.

Persembahan oleh penyanyi jemputan yang sangat membosankan. Dan yang paling tak boleh blah, Hakimi langsung tak menegurnya walaupun berada di meja yang sama. Arri macam tunggul kayu je kat situ. Yalah, mungkin Danny nampak gah malam ni kan, so bangga lah duduk di meja VIP and makan bersama pasangannya (Hakimi). Ergh~. Dengan fashion yang semestinya sangat mewah. Suit Calvin Klein kot. Entah dari mana dia dapat. Pinjam kot. Tak pun Hakimi sponsour...

Hairudean : “Arri, tahun ni U tak nyanyi pula. Biasanya, U nyanyi satu atau dua lagu”

Terkejut Arri. Hairudean menegurnya. Entah bila dia galih kerusi. Berhampiran dengannya. Hakimi hanya memandang Arri. Arri jadi gugup.

Arri : “Ish... tak nak lah...”
Hakimi : “Apa kata U nyanyi Arri...”

Arri tergamam. Ok, dia tak tahu nak jawab apa.

Danny : “Dia segan lah kot...”

What? Itu satu cabaran ke apa. No way, itu memang nak mencabar. Well, we will see...

Arri : “Tiba-tiba ada mood pula nak nyanyi kan. Excuse me...”

Arri melangkah ke stage, bukan lah stage yang besar, hanya menempatkan piano yang besar. Dan kerusi untuk penyanyi duduk dan mengalunkan suara. Hakimi tidak lepas memandang Arri. Dia sendiri kurang pasti sama ada Arri betul ke dengan apa yang dia buat nya.

Hakimi : “Dean, betul ke Arri selalu nyanyi time dinner company?”
Hairudean : “Selalu sangat tuan. Suara dia power kot, Tuan mesti terpesona dengar suara dia. mungkin boleh kembalikan memori Tuan bila dengar dia...”

Danny hanya diam. Sumpah seranah dia untuk Arri berbakul-bakul. Dia tahu Arri memang berbakat, dia pernah pergi party yang dianjurkan oleh Hakimi. Dan of course dia akan datang, walaupun teguran dia kepada Hakimi hanya dibalas oleh senyuman biasa. Suara Hakimi memang memukau, mamat-mamat TOP yang ada di party tu pun puji dengan alunan yang indah yang dinyanyikan oleh Arri. Ya, Arri sangat memukau mata-mata lelaki yang TOP, wajah polos, sangat tenang, tak bersalah... wajah seperti itu memang tak mampu mamat-mamat jambu seperti Danny sendiri nak lawan. Cis....

Arri membisik perlahan kepada pemain piano untuk memberitahu lagu yang dia rasa nak nyanyi pada malam ni. mungkin lari sikit tema jazz nya tu. Tapi, bersesuaian dengan kisah hidup dia. Perhaps.

Wish You Were Here, piano version...

Ya, dia memerlukan Hakimi seperti dulu. Tiba-tiba hatinya sebak. Tapi, segera dia menutup matanya bagi menghalang daripada air matanya jatuh dan terus menghayati alunan piano yang mengiringi suaranya.

[Verse 1:]
I can be tough
I can be strong
But with you
It's not like that at all
There's a girl
That gives a shit
Behind this wall
You just walked through it

[Pre-Chorus:]
And I remember all those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

[Chorus:]
Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
Near, near, near
I wish you were here.

[Verse 2:]
I love
The way you are
It's who I am
Don't have to try hard
We always say
Say it like it is
And the truth
Is that I really mi-I-iss

[Pre-Chorus:]
All those crazy things you said (things you said)
You left them running through my head (through my head)
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did (things we did)
Didn't think about it, just went with it (went with it)
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

[Chorus:]
Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
Near, near, near
I wish you were here.

Tepukan gemuruh di dewan makan itu membuat dia kembali ke alam nyata. Arri senyum untuk menutup kalutnya apabila melihat Hakimi memberi pandangan yang cukup membuat dia hampir nak tersungkur.

Hairudean : “U sentiasa terbaik!”
Arri : “Thanks...”

Yang pastinya, Danny entah ke mana. Tak nampak. Baru tahu dia cabar siapa kan. Nah, ambik kau!

Hakimi dari tadi hanya pandang Arri. Arri jadi serba tak kena dengan pandangan tu. Segera bangun semula dari kerusi untuk ke toilet. Tak di jangka, Hakimi ikutnya dari belakang. Arri belagak biasa. Dia hanya membasuh tangan di sinki. Hakimi hanya mengeluarkan kotak rokok. Arri tahu yang Hakimi sekarang ada hobi yang baru. Iaitu, merokok!

Hakimi : “Kau tak bagitahu pun yang kau pandai menyanyi”
Arri : “Perlu ke aku heboh satu Malaysia yang aku ni pandai menyanyi” sedikit tergelak.
Hakimi : “Sedap suara kau. Lagu tu, ada berkaitan hidup kau ke?”
Arri : “Lagu tu lagu Avril Lavigne la. Tak ada kaitan pun hidup aku. Kalau ada pun, aku tahu kau tak kisah langsung...”

Arri melangkah untuk keluar dari toilet, tapi di halang oleh Hakimi. Hakimi sengaja mendekatkan mukanya ke muka Arri. Badan Hakimi bersentuhan dengan badan Arri dari arah depan. Entah kenapa Arri membiarkan sahaja saat itu. Ya, dia rela. Bukan rela untuk menyerah diri. Tapi terlalu rindu dengan Hakimi. Tiba-tiba, Danny masuk ke dalam toilet. Arri segera menjarakkan diri dan keluar dari toilet. Terkejut. Nasib bukan orang lain. Kalau di buatnya orang lain yang nampak, kan malu.

- TAMAT-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 01, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KITA 2Where stories live. Discover now