Arri : “Kau lupa tentang Alyah?”
Hakimi : “Ahaaa. Ya Allah, macam mana aku boleh lupa! Dia ada mana sekarang?”
Arri : “Sekarang ni kau tak boleh lupa dia la, kau tu dah jadi bapak kau tahu tak. Dia ada kat rumah keluarga aku”
Hakimi : “Terima kasih lah Arri, aku tak tahu macam mana nak balas segala kebaikan kau. Aku rasa kau terlebih pula tolong aku”
Arri : “Apa kata sebulan kau rehat ni. Kau jaga Alyah, Mak Jah pun boleh bantu kau”
Hakimi : “Aku kekok lah”
Arri : “Tu anak kau Kimi...”
Hakimi : “Ok, aku try...” diam seketika. Membuang pandang ke arah kolam renang yang ada di perkarangan rumah Hakimi. “Arri... kenapa aku rasa macam aku dah kenal kau lama?”
Arri : “Memang kita dah kenal lama pun. 5 tahun lebih. Dan bukan waktu yang singkat”
Hakimi : “Aku sendiri kadang-kadang ada perasaan yang negatif tentang kau, sama ada kau ikhlas ke bantu aku semua ni. Atau kau ada niat yang lain?”Arri terlopong.
Hakimi : “Kau memang suka melopong ke apa?”
Arri menggaru kepala, masih memikir jawapan yang sesuai untuk soalan yang sebentar tadi.
Arri : “Maksud kau, aku ada niat yang lain?”
Hakimi : “Yalah, cuba kau pikir. Papa aku bagi jawatan besar pada kau hanya setahun lebih jadi P.A aku. Macam papa aku terlalu percaya kau. Selama ni jawatan manager hanya orang yang dah lama berkhidmat dengan syarikat papa aku.”
Arri : “Sebenarnya kau yang bagi jawatan tu. Lepas kau kahwin dengan arwah Qistina, ayah kau bagi jawatan Executive Director pada kau. Papa kau setahun selepas kau berkahwin dia ke London urus syarikat di sana. Hartanah di sana. By the way, adik papa kau, Dato’ Hisham dah jadi partner dalam company kita.”
Hakimi : “What??? Uncle Hisham??? Since when?”
Arri : “Sejak company dia di Thailand tu hampir bankrupt. So, papa kau cadang untuk jual, then melabur sahaja di company kita. Lagipun, papa kau sekarang lebih fokus dengan business dia dekat pelabuhan Gelang Patah and hartanah. Sekarang, semua under control. Aku dah uruskan segera. Aku minta maaf nak bagitahu, untuk sementara waktu, aku control dulu syarikat keluarga kau. Sebab apa yang kau pesan atas authority aku juga untuk handle semua projek. Even Dato’ Hashim memegang share sebanyak 20% tak ambil tugas kau. Macam arwah pesan sebelum ni, kuasa hanya diberi kepada kau, jika berlaku sebarang permasalahan boleh rujuk Qistina, and then kalau berlaku juga permasalahan, aku...”Hakimi dan Arri terdiam seketika. Arri perlu bagitahu perkara ni kerana dia rasakan satu hari Hakimi perlu tahu atas kesemua ni. Sejak Hakimi ke London atas urusan kerjanya, Arri Pengarah Pemasaran merangkap pemangku sementara jawatan Hakimi sebagai Executive Director kepada syarikat Julung Sedia Sdn Bhd.
Hakimi : “Wow, like I just said, papa memang 100 percent percaya kau.”
Arri : “Aku tak paksa kau untuk hadir ke pejabat dengan segera. Tetapi sekarang kau dah mula pulih and stabil, aku rasa memang patut kau datang ke pejabat dalam waktu terdekat. Aku tak boleh handle company tu, yalah, Dato’ Hisham juga ada share dalam syarikat kau. Aku hanya siapa, so, aku tak nak diorang pikir lain...” Arri terdiam seketika. “Termasuk kau...”Hakimi hanya diam, memandang ke arah kolam renang di hadapannya.
Hakimi : “Untuk waktu sekarang aku pikir, aku nak rehat dulu. Mungkin kau nampak aku macam cool, tapi aku still tak boleh terima kenyataan”
Giliran Arri pula terdiam. Sangkanya Hakimi dah mula menerima keadaan.
Hakimi : “Tapi... segala apa yang perlu dan membabitkan keputusan dalam company, rujuk aku ok lepas ni. Kau tak perlulah datang selalu, just bagi P.A aku untuk sampaikan kepada aku.”
Sedikit sentap. Mungkin sedikit terasa dengan kata-kata Hakimi.
Arri : “Kau tak ada P.A sejak kahwin? Kau hanya ada setiausaha jelah.”
Hakimi : “What?? Are U serious? Papa memang akan adakan jawatan personal assistant untuk semua manager kot. Tak kan aku tak ada P.A sendiri as Executive Director?”
Arri : “Kau sendiri yang tak nak sejak kahwin dengan Qistina.”
Hakimi : “Wow. Satu kejutan. Mesti aku terlalu cintakan Qistina atau aku terlalu tunduk dengan Qistina”Arri memandang wajah Hakimi. Mencari jawapan pada wajah itu.
Arri : “Kau pertikai cinta Qistina pada kau?” Sedikit kasar pertanyaan Arri.
Hakimi : “Aku tak cakap pun..”
Arri : “Habis tu, apa yang tadi kau cakap tu?”
Hakimi : “Yalah, satu perkara yang musykil pada aku. yang kau tiba-tiba macam nak marah apa hal?”
Arri : “Aku bukan marah. Aku cuma tak nak kau meragui cinta Qistina. Tu je.”
Hakimi : “Aku rasa mulai sekarang, kau kena ada gap hal personal aku. Let me handle it. Ok? Kau buat aku pening kepala, terlalu banyak benda aku kena terima, and aku tak paham dengan keadaan semua ni. Better kau balik. Aku nak masuk dulu”Arri –
‘Sumpah annoying gila mamat sekor ni. Qistina, sabar jelah dengan suami kau ni ha’Arri keluar dari rumah dengan hati yang cukup bengkek. Membebel sendiri sambil berjalan ke arah kereta. Geram. Perangai Hakimi yang dulu dah mula dah datang balik...
YOU ARE READING
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...