Mikhail masuk ke bilik Arri dengan kasar. Menghempas pintu dengan sekuat hati. Sungguh geram dengan Arri yang entah kenapa dia amat benci dengan musuhnya tu. Atau sebenarnya dia cemburu dengan insan yang bernama Arri, yang sentiasa membuat muka tenang. Kenapa dengan wajah tenang tu? Ya, mampu membuat semua orang tertarik, dan yang paling dia marah, harta yang sepatutnya bapa dia dapat, diwariskan kepada Arri yang langsung tiada kaitan dengan arwah pakciknya.
Mikhail : “Kau memang nak cari pasal dengan aku ke apa?”
Arri : “Kau boleh beradab sikit tak, masuk bilik aku main sergah...”
Mikhail : “Eh, aku peduli apa! Ni sekarang. Kenapa usul aku kau tolak? Kau sengaja nak sabotaj aku kan depan Dato’ Fendi?”
Arri : “Mikhail, dengar sini... bapak kau hanya ada saham 20% dalam syarikat ni. Dan kuasa besar adalah milik Hakimi. Siapa kau nak pertikai keputusan CEO dalam syarikat ni? Well, hello! Yang ada saham syarikat pun bapak kau. Bukan kau. Kau jangan pikir kau boleh buat kepala dekat syarikat yang bukan milik kau. Lagipun, kau cuba baca balik report kau. Kenapa? Kau nak senang untung, kau boleh tipu Dato’ Fendi? Come on. Aku tak akan biarkan kau buruk kan nama Syarikat Julung Sedia ni. Kau paham? Better kau berambus”
Mikhail : “Hoi GAY. Eh, kau sedar diri kau sebelum nak bercakap dengan aku. Kau dapat 20% saham syarikat ni pun sebab ihsan daripada pakcik aku. Oleh sebab kau lelaki simpanan Hakimi. Jijik doe aku dengan kau ni!”Arri menahan kesabaran. Kalau nak di ikutkan hati, mahu je dia buka silat. Baru tahu si Mikhail ni, langit tu tinggi ke rendah.
Arri : “So, ada apa-apa lagi yang kau nak cakap? Kalau tak kau boleh lah keluar. Atau nak ke aku bagi report kau tu pada Hakimi? Cukup bagus aku tak terus hantar pada Hakimi. Kalau tak, kau dengan bapak kau ranap, hancur, lunyai dalam syarikat ni”
Mikhail : “Kurang ajar..”Mikhail cuba untuk menumbuk muka Arri. Namun, Arri lebih tangkas. Ilmunya dalam seni silat masih lagi kukuh dalam nadinya. Terus menepis tangan Mikhail sekuat hati. Ya, cukup untuk membuat tangan Mikhail rasa bisanya.
Mikhail : “Kau tunggu Arri...”
Mikhail segera keluar dari bilik Arri. Again, menghempas pintu bilik Arri. Nak roboh pintu tu. Eleh, lembik la tu. Baru kena tepis da lari. Puiii...
Hairudean : “Hei U, ok tak?”
Hairudean mengintai dari luar. Hanya kepala dia je nampak dari balik pintu.
Arri : “Ok je. Mamat tu boleh tahan sutun nya”
Hairudean mula melangkah masuk.
Hairudean : “I ingat U dah patah-patah kan je mamat tu tadi. Dengar sampai luar kot korang bergaduh. Dah macam wrestling dengar tadi..”
Teringat Hairudean, bagaimana Arri membelasah lawannya dulu di UiTM dalam pertandingan akhir silat di kampus tersebut. Dah macam betul-betul nazak orang tu dikerjakan. Arri merupakan salah seorang yang cukup hebat dalam bersilat. Walaupun dulu Hairudean tak lah kenal dia secara rapat. Maklum lah, Hairudean merupaka MPP bagi fakulti perakaunan. Dulu, ada juga sifat bangga diri. Kerek sikit lah. Tapi, ada dengar juga nama Arri di sebut-sebut oleh rakan-rakan dia waktu di kampus. Tentang Arri digilai oleh beberapa perempuan pun ada. Waktu tu, Hairudean sendiri tak tahu yang Arri tu merupakan PLU juga. Sampai lah Jimmy, kawan kepada Arri dan juga orang yang tergila-gilakannya pernah bercakap pasal Arri. Dari situ baru Hairudean perhatikan Arri. Walaupun dia senior Arri, tapi selalu juga dia nampak Arri makan sorang-sorang di cafe kampus tu. Cute!
Arri : “Jom lunch sama nak? I lapar lah...”
Hairudean : “Jom...”Lepas sahaja makan di Plaza Seni berhampiran City Square, Arri dan Hairudean cuci-cuci mata kejap di City Square. Itu je lah rutin mereka berdua time lunch. Sedang berjalan, tiba-tiba Hairudean terasa loya dan nak muntah. Segera berlari ke toilet. Tak sempat nak bayar. Main terus je masuk. Sebab dah tak tahan. Akhirnya, melepaskan juga hajatnya di sinki. Namun, apa yang dilihatnya cukup mengejutkan dirinya. Muntah dia ada sedikit bercampur darah. Kepalanya serta-merta sakit. Seperti mencucuk-cucuk. Dia memejamkan mata untuk seketika. Sakit yang teramat.
Arri : “U ok tak ni?”
Hairudean melangkah kelaur dari toilet. Melihat Arri sedang menunggunya. Hairudean hanya mengangguk sebagai jawapan.
Arri : “No. U tak nampak pun macam ok. U patut buat check up Dean. I risau pulak macam ni”
Hairudean : “Esok teman I pergi hospital boleh?”Arri terdiam. Risau terhadap sahabatnya itu. Dia mengangguk, sebagai jawapan.
Arri : “Esok U ambil cuti. Kita pergi sama ok”
Keesokan paginya, Arri awal-awal lagi dah jemput Hairudean di rumahnya. At least, kalau pergi awal, dia boleh balik awal ke pejabat. Lama juga menunggu Hairudean buat check up. Pada Arri, sebagai sahabat, ada baik juga untuk dia temankan Hairudean. Selama mana dia bberkawan dengan Hairudean, tak ada pula Hairudean ambil kesempatan terhadapnya. Arri tahu yang Hairudean suka pada dia. Tapi, bagusnya Hairudean ni. Dia relakan perasaan itu. Malah, Hairudean sendiri adakalany memberi semangat untuk dia. Susah nak cari sahabat yang baik ni. Ada tu memang ada, tapi dari kalangan PLU. Jarang lah...
Arri : “Dah setel?”
Hairudean : “Dah, keputusannya dalam 2 hari lagi. So, kena datang 2 hari lagi lah”
Arri : “Kalau macam tu. Ok lah. I harap U tak ada apa-apa. Rehat ok hari ni. Nak makan dulu ke before I hantar U balik?”
Hairudean : “Tak apa lah. I rasa nak rehat je kat rumah. Ni pun dah cukup susah kan U”
Arri : “I kan kawan U. So, I tolong U ikhlas ok. Jom”Hairudean hanya senyum. Ya, hatinya betul-betul sepenuhnya mencintai Arri. Entah kenapa tiba-tiba hatinya ingin Arri sentiasa mendampinginya. Arri cukup sempurna pada dia. Cukup untuk membantunya juga dari hidup dipenuhi dengan dosa. Sayang, cinta Arri terlalu hebat untuk Hakimi. Tapi adakah patut dia merebut peluang untuk mendapat cinta dari insan semulia Arri? Ya, dia patut merebut peluang itu. Perhaps.
![](https://img.wattpad.com/cover/130617282-288-k258942.jpg)
YOU ARE READING
KITA 2
RomanceArri dan Hakimi. Hubungan yang mereka bina sudah menjangkau 5 tahun. Cinta Hakimi terhadap Arri tetap utuh dan sempurna. Cinta Arri untuk Hakimi tiada tolok bandingnya. Walaupun sudah 4 tahun lebih Hakimi mengahwini Qistina, cinta Hakimi terhadap Ar...