Waktu Teja buka mata, terasa hangat tubuh Lisa yang mengerekot dalam pelukannya. Teja merenung wajah Lisa yang keletihan. Masih lena. Gementar Teja merapatkan bibirnya mengucup lembut dahi Lisa sambil mengemaskan lagi dakapannya. Ahh! Air matanya mengalir lagi. Terasa bahagia yang selalu diimpikannya kini dekat dengan hatinya. Dari tadi malam degup jantungnya berdetak laju. Berdebar seperti dulu-dulu bila Lisa dekat dengannya. Teja senyum bahagia. Ditenungnya lama wajah Lisa. Entah kenapa, sudah ada dalam dakapan juga masih rindu. Hailah jiwa..
Teja memberanikan jemarinya menyentuh wajah Lisa. Mengelus perlahan keningnya...hidungnya...pipinya... dan... Debaran jantung Teja makin melaju. Ditenungnya bibir Lisa lama. Terasa ingin dikucupnya. Apa rasanya mungkin?
PAP!!
Tapak tangan Lisa penuh menekup wajah Teja.
'Hahahaha' Teja tertawa kecil. Mata buntang Lisa merenung seakan memberi amaran.
'Awak nak buat apa tadi?' Lisa berisyarat perlahan.
'Nothing'. Balas Teja menggeleng sambil meleraikan pelukannya. Wajahnya sudah merona merah. Macamana Lisa perasan ni. Haishhh!
'Kenapa tak mahu peluk lagi?' Lisa seakan merajuk. Muncungnya dipanjangkan sedikit. Dahinya berkerut. Cepat-cepat Teja merangkulnya kembali. Hah! Teja senyum melebar lagi.
Lisa mencuit lengan Teja agar melihatnya kembali. Lisa berisyarat tangan.
'Saya kan dah ada kat sini...kenapa nangis lagi...?' Lisa merenung mata Teja.
CUPP!!
Satu kucupan curi-curi singgah laju di bibir Lisa. Cuma satu saat bertaut. Terkejut Lisa dibuatnya. Jantungnya berdegup kencang. Baru nak reda sikit daripada malam semalam. Sudah.. Teja buat dia tak keruan lagi. Teja juga agak terkejut dengan tindakannya tadi. Matanya bulat merenung Lisa. Menanti reaksi Lisa.
PEKK!! Satu tamparan laju hinggap ke pipi Teja. Lagilah Teja terkesima. Mengusap-ngusap pipinya lalu berpaling membelakangkan Lisa dan menghadap dinding. Terasa malu pula Lisa menolaknya sebegitu. 'Bodohnye...' detik hati Teja.
'Damn..apesal aku tampar dia pulak..' Lisa merapatkan tubuhnya dengan Teja lalu mengucup pantas pipi Teja. Ahh terkejut lagi Teja. Bila nak habis terkejut ni.
Teja dengan pantas berpaling dan menindih tubuh Lisa. Mata mereka bertaut. Masing-masing cuba mengawal lajunya jantung yang berdetak. Teja makin merapat wajahnya pada Lisa. Jemarinya gementar menyentuh pipi dingin Lisa. Perlahan, Teja mengucup lembut bibir bawah Lisa kemudian melepaskannya perlahan. Manis. Terasa laju dan hangat nafas Lisa yang terhambur ke wajah Teja. Teja mengemaskan tindihannya, meramas rambut Lisa dan bibirnya bertaut kembali. Lisa membalas ciuman Teja. Dadanya berombak laju bila Teja mula mengucup lehernya pula. Lisa kelelahan dalam belaian Teja.
Teja berhenti lantas merenung gementar wajah Lisa. Oh lajunya degup jantung Lisa. Terasa bila telapak tangan Teja diletakan sebentar di dada Lisa. Teja megalihkan tubuhnya dan berbaring semula mengadap Lisa yang masih kaku. Cramp ke ape?
Teja mencuit lembut bahu Lisa dan berisyarat tangan.
'Lisa, awak OK? Saya minta maaf' Teja elus lembut wajah Lisa yang sedikit pucat.
Lisa cuma mengangguk kecil. Tubuhnya digerakkan merapati Teja. Kepalanya dibenamkan didada Teja. Teja cuma erat merangkul Lisa kembali.
***
"Hey!! Good Morning lovebirds!" Sarah menyapa Teja dan Lisa yang sedang leka menyiapkan sarapan pagi di dapur. Lisa segera menoleh Sarah dan membalas sapaannya. Teja pula leka membalikkan sesuatu di kuali.
"Hey..morning Sarah. Come and join us!" Lisa mempelawa mesra sambil meletakkan 3 mug berisi kopi di kaunter dapur. Sarah mengangkat kening sambil tersenyum lebar.
"Is everything great..?" Sarah berbisik pada Lisa sambil senyum mengusik. Matanya tertumpu pada t-shirt dan seluar tidur Teja yang tersarung pada tubuh Lisa. Wajah Lisa ditundukkan malu. Menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Haishh Minah salleh ni. Transparent sungguh soalannya. Padahal bukanlah jadi apa-apa malam tadi. Ye lah, memangla ada sikit apa-apa, tapi taklah sejauh yang Sarah fikirkan.
Sarah tesenyum nakal lagi.
"Hey! Morning mate!! " Sarah menyapa Teja lagi bila Teja menoleh ke kaunter. Teja terkejut sedikit melihat Sarah yang sudah ada di situ. Teja mengangkat tangan ucap selamat pagi. Pancake dipindahkan ke dalam piring.
"Oh mate...I miss this so much. Love this smell.." Ucap Sarah penuh perasaan; gaya menghidu dan terus mencapai pancake yang masih panas. Teja senyum lebar melihat gelagat teman serumahnya. Inilah yang paling serasi dan bertimbang rasa. Yang sanggup bersabar dan belajar bahasa isyarat bila mengetahui yang Teja tidak boleh bertutur dan mendengar. Hampir dua tahun serumah. Sesekali Teja mengerling Lisa yang sedang meneguk kopi disebelahnya. Manis. Rindu.
"Oh..emm.. You know what Lisa..? She is. the best cook ever!" Puji Sarah walaupun mulutnya penuh dengan makanan. Memang tabiat orang putih begitu barangkali. Mulut penuh bercakap, lepastu hirup kopi lagi. Kalau mak bapak kat Malaysia mesti dah kena tepuk mulut.
Teja pantas memandang Lisa kehairanan. Bagaimana Sarah tahu Lisa itu namanya Lisa. Dan seolah-olah sudah mesra lagaknya. Teja kenal benar dengan Sarah yang sedikit lambat mesra dengan orang yang baru dikenalinya. Lisa berbalas tenung dengan Sarah sambil mengangkat kening. Kemudian senyum memandang Teja yang sedang merenungnya silih berganti. Kantoi.
"Oh em.. ok girls gotta hurry.. see ya!" Aduh! Sarah melepaskan diri. Tinggal Lisa senyum simpul di situ.
'Awak nak bagitahu saya apa-apa tak..?' Teja berisyarat tenang.
'Emm..pancake ni sedap..?' Balas Lisa sambil menggigit pancake perlahan-lahan.
'No..yang tu saya dah tahu.. Bagitahu lah yang saya tak tahu lagi...' Teja berisyarat lagi sambil makin mendekat dengan Lisa. Lisa menelan perlahan saki baki pancake yang masih berada di dalam mulut. Teja merenung mata Lisa menanti jawapan. Lisa menarik Teja agar duduk mengadapnya dan Teja cuma menurut.
'Saya simpan nombor telefon Sarah. Curi-curi daripada contact phone awak dulu' Isyarat Lisa berhati-hati. Dahi Teja berkerut cuba menghadam. Bila masa Lisa pandai dengan adegan haram macam ni.
'Tapi saya mula contact Sarah tahun lepas. Saya nekad nak cari awak. Dulu awak pernah cerita yang Sarah ni best friend awak dekat Texas masa study. Jadi saya cuba nasib.'
Teja menghela nafas. Gelisah melihat wajah Teja yang berkerut.
'Tapi-tapi. Awak jangan salahkan Sarah. Saya yang paksa dia beritahu awak ada dekat mana. Mula-mula dia ingatkan saya scammer. Lama baru Sarah percayakan saya. Dan kebetulan bila Sarah ambil saya semalam kat airport dia beritahu yang awak tak berapa sihat. Awak pengsan dalam bilik.' Dahi Lisa berkerut. Isyarat tangannya digerakkan satu persatu.
Teja cuma membatu.
Cuba ingat kembali apa yang berlaku.
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...