HARI - HARI SEBELUM KEDATANGAN LISA
'Tapi kenapa awak tak boleh terima saya?' Yurisa berisyarat satu persatu. Padu. Dalam hatinya begitu membuku dengan kasih dan sayang buat Teja. Tetapi bila diluahkan, bulat-bulat ditolaknya. Tanpa tempoh percubaan. Tak Adil! Gadis Jepun itu menyeka air matanya yang deras mengalir.
Melihat Teja yang masih berdiri kaku dihadapannya. Mungkin bukan masa yang sesuai bagi Yurisa meluahkan rasa. Waktu puncak dan kritikal tatkala Teja mengejar tarikh akhir penghantaran projeknya kepada klien. Ahh! Tapi perasaan..manakan boleh ditahan-tahan.
Teja menghela nafas berat. Dia sedar cara Yurisa melayannya istimewa, namun Teja juga tidak mampu menolak segala kebaikan Yurisa. Dan untuk menerima lebih daripada itu.. hatinya belum ikhlas untuk membalas semula. Cintanya masih terantai di suatu tempat yang lain. Yang dia sendiri tidak pasti tetapi masih berharap dan membiarkan kekecewaan beraja di hati. Ahh!! Teja, kau sangat complicated!
Teja menolak rambutnya yang terjuntai menutupi dahi ke belakang. Mencari-cari ayat terbaik untuk menenangkan penolakan ini.
'Yuri...Maafkan saya. Yuri..awak terlalu baik. Saya sayang dan peduli semua pasal diri awak.....'
'Awak belum lepaskan atau awak tak mahu lepaskan?!' Yurisa memotong. Bulat matanya sayu berkaca merenung Teja. Yurisa tahu kalau kesetiaan Teja itu sukar digugah.
Teja tertunduk lagi. Tajam benar kata-kata Yurisa.
Dia tidak suka menyakiti Yurisa. Oh Yurisa! ramai lagi yang lebih baik . Kenapa yang cengkung bisu ini juga yang dipilih. Monolog Teja dalam hati. Dia buntu. Nafas Teja melaju. Mencari kekuatan untuk berdiri.
'Tak apalah. Awak siapkanlah urusan awak. Maaf saya ganggu' Yurisa memberi isyarat akhir sebelum berlalu pergi meninggalkan Teja. Pintu bilik terhempas sedikit. Teja terduduk dikerusinya. Berpinar pandangan mata. Tangan kanannya menekan-nekan dadanya yang berdegup laju. Namun tak seirama dengan nafas Teja. Mungkin kesan tidak cukup tidur hampir seminggu. Terasa sesak. Gelap.
*************************************************
SETAHUN YANG LALU
'Awak memang suka berlari sejak dari dulu?'
Teja membalas dengan senyuman nipis. Bajunya sudah basah dengan peluh. Hampir 10 kilometer keliling taman seluas ini. Dengan cuaca musim panas di Texas. Masih cecah 35 darjah celcius walau sudah petang. Namun Yurisa tetap setia temankannya. Tapi baru 5km Yurisa sudah surrender. Terbaring atas rumput. Teja melabuhkan punggungnya di sebelah Yurisa. Mengelap lelehan peluh yang membasahi muka.
'Awak ok?Nampak penat sangat ni..' Teja menoleh ambil peduli. Yurisa membetulkan duduknya. Rasa bahagia dalam hati bila Teja bertanya begitu. Hangat dalam hati.
'Saya rasa betis saya agak tegang. Macam ada tanda-tanda nak kejang' Yurisa berkerut dahi sambil meluruskan kakinya. Teja lantas bangun membantu. Perlahan-lahan Teja menekan betis Yurisa. Sesekali diurut ke atas dan ke bawah. Yurisa nampak lega sedikit.
'Mama jemput makan malam ni. Awak ada masa?' Yurisa memandang Teja.
'Emm..boleh. Tak susahkan mama awak ke nanti?'Teja membalas.
'Tak susah. Mama nak buat *Ika Kara kegemaran awak tu. *Soba pun ada.' Yurisa memancing selera Teja.
Nota: Ika kara= sotong goreng tepung; Soba= sejenis mee berwarna kelabu
Teja tersenyum melihat gelagat Yurisa. 'Nanti saya datang awal tolong'. Teja balas setuju.
Yurisa senyum bahagia. Bukan senang mencuri masa Teja yang terlalu padat dengan kerja. Dan selalunya kalau pakai modal 'MAMA' mesti Teja takkan menolak. Ahh!! Gadis Jepun itu cukup arif dengan Teja. Lagipun Puan Mariko kerap bertanya perihal Teja pada anak gadisnya. Bila Teja mahu datang lagi makan malam. Mungkin selesa dengan pembawakan watak Teja yang cukup mesra bila dengan Pn Mariko. Bersembang itu ini. Hal dunia. Melancong. Buku. Macam-macam. Walaupun pada hakikatnya bila bersama Yurisa, Teja tidaklah banyak bercakap(banyak berbahasa isyarat). Dan kesempatan inilah yang dinanti Yurisa untuk lebih mengetahui perihal Teja. Sebab selalunya Yurisa yang akan jadi penterjemah bahasa Jepun dan bahasa isyarat untuk kedua-duanya.
Teja menepuk-nepuk betis Yurisa tanda selesai mengurut. Tangannya segera mencapai air mineral lantas diteguknya. Terasa lega dapat berlari sejauh itu. Teja menoleh Yurisa yang leka melihat sekumpulan remaja bermain.
'Hey..Muka awak nampak makin sihat' Puji Teja.
'Hah? Dulu kenapa?' Soal Yurisa
'Dulu nampak pucat. Sekarang dah bersinar'
Yurisa senyum simpul malu. Cuba disembunyi, tapi obvious sangat senyum tu.
'Maksudnya awak puji saya cantik?'
'Awak memang cantik pun. Takde sesiapa pernah beritahu awak ke?' Teja tersenyum kecil.
Hah!! Tambah merah pipi Yurisa. Terus ditekup wajahnya. Nampak manja dia begitu.
'Kenapa awak kata saya cantik?'
'Oh?Emm..Personaliti dan sikap awak... buat awak makin cantik' Teja senyum manis sambil angguk-angguk memandang Yurisa sekilas. Perasan kalau wajah Yurisa makin memerah dengan pujian Teja.
Biasalah, perempuan kalau dipuji asyik tak mahu percaya dan terima. Asyik nak tanya betul ke tak? Sunnguh ke cantik? Tak tipu? Ye ke?
Teja memeluk dua lututnya rapat ke dada. Matanya tertumpu pada sekeliling yang meriah dan menghijau di taman itu. Sesekali dia meraupi muka bila bayangan Lisa kerap muncul di minda.Mata dipejam rapat seketika. Menarik nafas sedalamnya. Indahnya jika disebelahnya Lisa. Bergurau senda macam dulu.
Yurisa mencuit lengan Teja. Cuba menarik perhatian.
'Kenapa kerap sangat termenung?'Yurisa berisyarat. Teja membalas dengan senyuman dan lantas bangun mengibas-ngibas rumput yang terlekat pada seluarnya. Tangan dihulur pada Yurisa.
'Let's go. I can't wait to see Mrs Mariko'. Yurisa menyambut tangan Teja kemudian jalan beriringan pulang. Yurisa masih inginkan jawapan walaupun Teja memang begitu terlalu berahsia.
"Dalam riuhnya ramai, masih juga datangnya sepi".
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...