::34 Kemarin::

530 67 19
                                    

Lisa telah pun meletakkan jawatannya di syarikat Excel Sdn. Bhd. Kini segala tugas-tugasnya digalas oleh Mei Yee. Sekali sekala ada juga Mei Yee datang melawatnya. Bersembang hal-hal kerja atau cuma hal-hal ringan semasa. Juga salah satu bentuk sokongan moral buat Teja yang sepenuh masa menjaga Lisa.

Mata Lisa terkelip-kelip seperti memikirkan sesuatu. Dia bersandar tenang dikerusi sofa yang empuk sambil bermain word searching. Dipandangnya gadis dihadapannya.

"Kenapa Lisa? You fikir apa?" Sapa Mei Yee sambil menghirup teh o panas buatan Teja.

"Oh.. siapa ye nama..?" Lisa merujuk pada gadis disebelah Mei Yee. Wajah gadis itu sedikit berubah, namun cuba dikawal.

"Errr..emm.. ini Jessica, kenalkan. "Ujar Mei Yee. Jessica hulur tangan bersalaman. Walaupun terasa janggal tapi Jessica turutkan juga cara Mei Yee bertindak balas dengan soalan Lisa.

"Hai Jessica. Minumlah jangan segan-segan. " Lisa ramah mempelawa. Teja yang duduk di sebelah Lisa cuma memerhatikan adegan itu sambil sesekali berlaga mata dengan Mei Yee dan Jessica mohon pengertian dengan keadaan Lisa.

" Sedap air ni, pandai you buat" Puji Jessica.

"Eh taklah.. ini Haris yang buat.." Ujar Lisa tersenyum sambil menepuk peha Teja.

Semua yang ada diruangan itu terkesima seketika. Mei Yee cuba berlaga mata dengan Teja yang mula berubah riak wajahnya. Namun Teja sedaya upaya memberikan senyuman untuk Lisa.

"You all tahu kan I dengan Haris dah bertunang..?"Lisa senyum memandang Teja disebelahnya. Teja cuma angguk perlahan. Wajahnya benar-benar berubah.

Mei Yee yang perasan dengan situasi itu segera membalas pertanyaan Lisa.

"Eh, dah lama tahulah..right Jess?" Mei Yee genggam erat jemari Jessica minta sokongan.

"Emm.. ya, ya, of course.." Jessica angguk-angguk.

"Emm Lisa, office kita ada staff baru masuk. Sekarang I ada assistant tau.." Mei Yee cuba ubah topik.

"Oh.. really..? You kerja company mane sekarang?"

"Company sama macam dulu-dulu" Mei Yee jawab tenang seakan jadi terbiasa dengan kelupaan Lisa.

"Eh, dah dekat 2 jam dah ni" Mei Yee melihat jam.

"Eh .. ye ke..? oh cepatnya masa..." balas Lisa.

" Kami kena balik dulu, ada temu janji dengan family .." tipu Mei Yee. Padahal baru 30 minit mereka sampai. Dia mahu lekas-lekas keluar daripada rumah itu. Hatinya jadi sebak lihat Teja yang cuba mengawal emosi. Dan dia dapat mengagak betapa tergurisnya hati Teja saat itu. Dan Mei Yee faham untuk berlama-lama di situ bukanlah masa yang sesuai.

Jessica dan Mei Yee bersalaman dengan Lisa sambil laga pipi. Bila sampai giliran Teja, Mei Yee peluk sedikit erat tubuh Teja. Teja cuma berikan senyuman nipis dan angguk-angguk mengerti dengan sokongan Mei Yee.

Pintu apartment ditutup Lisa bila Mei Yee dan Jessica telah masuk ke dalam lif. Teja di ruang tamu mengemaskan teko dan cawan-cawan tadi. Bagai terngiang-ngiang bila Lisa menyebut namaya sebagai Haris. Rasa ngilu hatinya. Saat yang ditakutinya telah tiba. Saat Lisa akan mula sedikit -sedikit melupakannya.

Teja cepat-cepat bawa semuanya ke dapur. Kemudian dia memberitahu Lisa yang dia turun ke taman sebentar untuk berjogging.

"Bye Haris.." Lisa melambai dari muka pintu mesra.

Pintu ditutup kembali. Perlahan. Teragak-agak.

"Sayang....."Lisa menyebut perlahan. Cuba mengingat kembali. Memorinya kerap pergi dan datang kembali.
.
.
.

.
Lisa menekup mulutnya serta-merta. Air matanya bergenang. Dia tersandar di pintu. Sedari tadi dia memanggil Teja dengan nama Haris. Lisa baru sedar betapa dia telah melukakan Teja.

---

Cinta tak mungkin berdiri sendiri tanpa kenangan. Baru tahu kalau kenangan yang hilang itu lebih memeritkan daripada hilangnya cinta. Kita jadi orang asing. Menggali kenangan bersama Lisa seolah-olah melukis diatas pasir pantai. Perasannya cukup Indah. Datanglah ombak, maka lenyaplah kenangan.

Teja tarik nafas dalam-dalam. Jauh juga lariannya petang itu. Dia duduk melepaskan lelah di bawah pohon. Angin lembut sedikit sebanyak memujuk hatinya.

Telefon bimbit di poket seluar Teja bergetar. Teja seluk lambat-lambat dan terlihat nama Lisa di skrin. Teja buka pesanan itu.

(Pesanan Author: Si dia beritahu, lagu Kemarin ni sedap didengar. Tekan play dekat video kat atas tu, dengar dan baca perenggan seterusnya ye..pakai headset tau..)

-Lisa-

'Sayang..

Mesti awak letih kan sayang..'

'Tak mau lari laju-laju sangat tau..kesian sayang penat nanti..'

Mata Teja bergenang tiap kali terima pesanan Lisa yang bernada begitu. Jemarinya menggigil menahan rasa.

Ada pesanan Lisa lagi. Teja Tekan dan dibaca satu persatu;

-Lisa-

"Sayang,

Jangan suruh aku untuk ingat,

Jangan cuba lagi untuk buat aku faham,

Biarkan aku tenang dan tahu kau bersamaku,

Kucup pipiku dan genggamlah tanganku,

Aku keliru melampaui apa yang kau bayangkan,

Aku sedih, sakit dan hilang,

Apa yang aku tahu, aku cuma perlukan kau,

Tetaplah denganku walau semua buruk yang berlaku,

Jangan kau hilang sabar,

Marah, putus asa atau menangis,

Aku tak mampu kawal cara aku menyakitimu,

Tak mungkin berubah walau aku cuba sekuatnya,

Ingatlah, yang aku perlukanmu,

Walau segala yang terbaik dalam diriku telah hilang,

Jangan pernah gagal untuk temani aku,

Cintailah aku sehingga hidupku selesai"


Teja peluk erat-erat telefon bimbitnya di dada. Air matanya sudah deras mengalir. Dadanya begitu sakit dan sesak dengan kata-kata Lisa. Dia hancur dengan semua ini. Dia takkan pernah bersedia untuk sendiri lagi.

---

Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now