::25 Hilang::

524 39 2
                                    

Jam sudah menunjukkan jam 5.30 petang. Mei Yee berjalan melewati pejabat Lisa yang masih terbuka pintunya.

"Hai. Tak balik lagi?" Tegur Mei Yee

"Hai.. coming in. Duduk kejap" Ajak Lisa. Matanya masih tertumpu pada skrin laptop.

"U tengah prepare untuk esok ke?" Mei Yee menjengah skrin laptop Lisa.

"Haah. Almost done. I nak bagi u copy ni. Thumbdrive ada?" Pinta Lisa.

Mei Yee menyerahkan thumbdrive yang diseluk dari kocek seluarnya.

" You ni memang makin efisyen buat kerja ye? Apa rahsia makin happy dan bersemangat ni? "

"Hahah.. mengarut la you ni. I takut terlupa, sebab tu bagi u copy. " Lisa memindahkan file ke thumdrive Mei Yee.

"Lupa-lupa pun, idea you tip top... I nak kene belajar banyak dengan U ni" puji Mei Yee.

"Memangla. Sebab tu U jadi assistant I.." Lisa menaip sesuatu sambil menunggu thumbdrive selesai menerima fail.

"Yala.. yala.. Rumah ok?"

"oK."

"Eh lupa la nak tanya.. your housemate tu memang orang KL ke?"

"Ha? Kenapa? U kenal semua orang KL ke?" Lisa berkerut dahi. Berdebar pula bila Mei Yee bertanya begitu.

"Taklah.. maksud I.. tak pernah terserempak di KL ni..." Ujar Mei Yee

"Wahh... dahsyat la U Mei..tapi logik pun.. U dari kecik sampai dah kerja ni memang dekat KL kan...?"

"Itulah maksud I tadi.."

"Emm.. tak.. dia baru je balik Malaysia.." Lisa menjawab. Matanya sengaja masih di skrin laptop.

"Oh.. macam tu.. U memang rapatla dengan dia...? Mei Yee ajak sembang.

" Satu Universiti dulu..." Lisa cuba mengawal reaksinya. 

"Oh...Dia kerja apa kat KL ni..?" tanya Mei Yee lagi. Annoying pula rasa Lisa disoal jawab begitu.

"U ni kenapa tiba-tiba banyak tanya?" Lisa buat muka.

"Taklah.. saja ambil tahu U kawan dengan siapa, housemate U siapa.. I kan assistant U...." Mei Yee tenang membetulkan duduknya.

"Hmm..lagi nak tahu pasal apa?" Perli Lisa. Cemburu juga Mei Yee  bertanyakan pasal Teja begitu.

Mei Yee mengeluh melepaskan nafas.

"Yelah2.. esok-esok I tanya lagi...Dah sudah ke pindah file?" Mei Yee menjengah lagi laptop Lisa.

" Kejap2... U kenapa nak cepat2..? Ada date ek?" giliran Lisa pula bertanya tersengeh-sengeh.

"Mana ada...." Ujar Mei perlahan mengawal intonasi.

"Siapa nama dia...ala.. Jess..Jessica kan?" Lisa mengusik lagi.

Wajah Mei Yee yang putih nampak memerah sedikit. Dia ketawa kecil diusik begitu.

"Hish U ni Lisa..tak payahlah macamtu..." Mei Yee membetulkan duduknya yang sudah mula gelisah.

"Hhaha.. comel la U ni... tengok ... dah merah pipi.." Lisa berderai ketawa.

Mei Yee menahan senyumnya sambil geleng-geleng kepala.

"Nah. Dah siap." Dengan sisa tawa yang masih ada thumbdrive Mei Yee dikembalikan.

" Stop it Lisa.." Mei Yee menjegilkan matanya.

"Ok... ok... sorry la.. Hmm.. bila U nak introduce pada I?" Lisa sambung ketawa lagi. Makin merah wajah Mei Yee diusik sebegitu.

" Ishhh.. dahla. I tak mahu kawan dengan U seminggu" Mei Yee bergurau. Sambil beredar keluar daripada pejabat Lisa. Lisa tersenyum sendiri. Dia melihat jam di dinding yang menunjukkan hampir jam 6.00 petang. Dia cepat-cepat mengemas laptop dan fail-fail yang hendak dibawa pulang.

Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now