:: 42- Senja Jingga::

914 47 34
                                    

Teja menyepak perlahan ombak kecil yang hinggap di kakinya. Agak jauh jalannya dari hujung pantai utara ke sebelah pantai selatan. Niatnya mahu menikmati indahnya waktu senja sambil melihat matahari terbenam. Udara lembab hasil percikan pantai menyapa lembut wajah Teja. 

Sesekali dia senyum bahagia. Sesekali dia menahan lelah perasaannya. Namun pada banyak ketika dia cuma memandang kosong, menikmati angin pantai. Sesekali terasa mahu terjun ke lautan ganas. Biar dia ikut hanyut dan hilang. Mudah kan?

Namun, hatinya kembali waras bila dirasakan masih ada jemari yang merangkul lengannya. Seakan-akan berada di titik tengah pantai, pemilik jemari itu ajak berhenti berjalan dan berdiri mengadap pantai. Indah sekali warna jingga yang berserakan di ufuk barat. Pemilik jemari itu memandang Teja.

'Kalau saya di tempat awak, tak mungkin saya mampu sekuat awak...' isyarat gadis itu perlahan. Teja cuma diam memerhati. Bunyi latar deruan ombak menenangkan hatinya. Teja senyum nipis.

'Saya takkan paksa awak lagi. Terima kasih. Akhirnya awak berkongsi cerita dengan saya. Seberapa lama awak sudi saya berada di sisi awak, selama itulah saya ada', gadis itu berisyarat lagi. Teja cuma diam. Menghela nafasnya perlahan.

'Saya cuma akan kecewakan awak..'Teja mengingatkan.

'Tapi saya lebih kecewa kalau saya tak mencuba...' balas gadis itu sambil merenung dalam mata Teja.

Teja kembali menghadap sang mentari yang kian terbenam. Segala kisah-kisah lalu seakan segar terpapar dalam mindanya.

Yurisa memberanikan jemarinya bersatu dengan jemari Teja. Perlahan.

.

.

.

.

Teja mengeratkan genggaman. 

Matanya rapat terpejam.

Bayangan Lisa muncul lagi menggoda rindunya.

----

-TAMAT-


Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now