::12 Ikan Kod::

607 38 18
                                    

Teja asyik dengan pertanyaan seorang kanak-kanak sekitar usia 9 tahun yang juga tidak dapat mendengar. Tangkas berbahasa isyarat tentang perihal ikan yang boleh hidup di dalam air tetapi mati bila didarat. Pemerhatian kanak-kanak sebesar itu memang amat menakjubkan. Berupaya menerangkan konsep insang dan oksigen, membuat pertanyaannya lebih kompleks. Namun, gadis ayu dihadapannya itu tetap sabar menjawab dan menerangkan satu persatu. Lepas satu soalan, yang lain pula mengangkat tangan untuk bertanya. Hari ini, Teja membantu Yurisa menangani 10 pelajar kelainan upaya belajar tentang alam semulajadi. Mereka dibawa ke satu batang anak sungai yang terkenal dengan populasi ikan kod. Airnya jernih dan sejuk. Berbatu-batu namun masih sesuai dan selamat dengan kanak-kanak. 

Bermula dengan jungle tracking, aprisiasi sungai dan ikan kod, dan yang terakhir melepaskan anak-anak ikan kod ke dalam sungai. Ini adalah pembelajaran berkenaan alam sekitar yang sebenarnya memupuk perasaan sayangkan alam sekitar diusia kanak-kanak lagi. Sungai diterangkan kepentingannya buat ikan kod dan manusia. Begitu juga manfaat secara langsung ikan kod sebagai satu sumber makanan dan sumber pendapatan kepada segelintir penduduk di sini. Jadi diharapkan dimasa akan datang, jika mereka berhasrat mengotorkan sungai, mereka akan sedar bahawa tindakan itu akhirnya akan memusnahkan manusia.

Teja dan Yurisa hampir setahun menjadi ahli WWF yang aktif di kejiranan mereka. Mereka kerap melibatkan diri terutamanya jika terdapat peserta kelainan upaya pendengaran. Dan ini adalah salah satu kegemaran Teja. Berkongsi ilmu dan tenaga dengan masyarakat. Boleh dikatakan Teja juga sukarelawan separuh masa WWF. Lain pula dengan cerita Yurisa. Niat pada awalnya cuma ingin mengisi masa lapang. Melepaskan kesibukan kerjanya sebagai agen hartanah. Tetapi, bila sudah lama menjadi sukarelawan, jatuh cinta pula dengan perasaan puas dapat membantu masyarakat agar lebih peka terhadap alam sekitar. Pertemuan dengan Teja juga sesuatu yang tidak dijangkakan. Tetapi itu bagaikan satu rahmat baginya. Namun kini, setelah apa yang terjadi dia tidak pasti apa perkara lain yang akan berlaku.

Kanak-kanak yang sedari tadi memerhatikan Teja masuk ke dalam sungai mula mempamerkan reaksi teruja masing-masing bila Teja membuka ikatan plastik lutsinar yang terkandung anak-anak ikan kod. Yurisa menanyakan soalan dan sesiapa yang boleh menjawab dengan tepat, akan jadi yang pertama melepaskan ikan-ikan kod tersebut. Kanak-kanak sudah melompat-lompat tidak sabar. Sesekali Yurisa memandang Teja dan memberikan isyarat berhati-hati. Walaupun, sudah banyak kali aktiviti seumpama ini mereka kendalikan, namun malang tak pernah berbau. Teja angguk dan senyum. Sedikit lega hatinya. Takut Yurisa perang dingin dengannya lagi. Sejak daripada peristiwa luahan perasaan, Yurisa mahupun Teja tidak pernah mengungkit hal itu lagi.

Seorang kanak-kanak bernama Sam berjaya menjawab dengan betul. Teja memimpin tangan Sam masuk bersama-sama kedalam sungai. Teja menyuruh Sam menadah tangan, dan dengan perlahan seekor anak ikan kod dicurahkan ke tapak tangan Sam. Teruja Sam melihat anak-anak ikan tersebut, dan ada beberapa rakan Sam yang sudah mula menyentuh perlahan ikan tersebut. 

'Sam, do you want to name it?' Teja berisyarat dengan Sam yang masih teruja. Cepat-cepat dia mengangguk dengan pertanyaan Teja.

"Ya..! Izz..it gurlll... orr bouy?" Susah payah Sam menyebut. Teja dan Yurisa tertawa. Susah juga nak jawab.

'Its a Fish. Just name it as you wish' Teja berisyarat.

"Ok.. roberrrt.." Rakan-rakan yang lain juga angguk setuju. 

Teja memegang dua belah tangan Sam perlahan-lahan direndahkan separas air sungai. Robert kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Kanak-kanak yang lain bertepuk tangan teruja. Ini satu pengalaman  baru buat mereka. Tiba masanya untuk membawa sembilan lagi kanak-kanak masuk ke dalam air. Mujur ada 3 lagi sukarelawan yang membantu. Bila tiba giliran Yurisa, Teja merendahkan sedikit bahunya, dia tahu kalau Yurisa masih rasa gayat kalau masuk ke dalam air. Perlahan-lahan Yurisa berpaut pada lengan Teja. Bila berdirinya sudah stabil, barulah pautannya dilepaskan. Namun seperti pada waktu-waktu lain, Teja tetap berdiri di sisi Yurisa. Dan debar Yurisa masih tetap sama.

Setiap kanak-kanak dicurahkan 2 ke 3 ekor anak ikan kod. Makin teruja bila ada anak-anak ikan yang berlegar-legar di sekitar kaki. Masing-masing mempamerkan wajah gembira dan puas dengan aktiviti hari ini.

----

'Hey, can I walk you?' Teja menegur Yurisa yang sedang melipat seluarnya yang basah tadi masuk ke dalam beg.

Diam. Tiada balasan.

Ini bukan petanda baik.






Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now