Lisa memerhati buku-buku yang tersusun rapi dihadapannya. Rak yang diperbuat daripada kayu itu masih elok seperti dulu. Boleh dilipat-lipat dan dipasang pada dinding. Terharu, Teja masih menyimpan hadiah pemberiannya dulu. Lisa bangun membelek buku-buku Teja yang kebanyakannya berkisar tentang programming, statistik dan self-help. Lisa arif benar kalau diamnya Teja itu penuh dengan sesuatu. Ensiklopedia bergerak yang pasti berfungsi bila diperlukan.
Bunyi pintu diketuk menarik perhatian Lisa. Teja terpacul di muka pintu. Lisa senyum nipis. Jujurnya, dengan segala adegan intim yang berlaku, Lisa jadi malu-malu dengan Teja. Dan dia juga perasan kalau Teja juga berusaha keras untuk beraksi tenang.
'Emm.. Sarah kata nak sambung tidur lagi. Jadi kita berdua je'. Teja berisyarat sambil berjalan perlahan menghampiri Lisa. Cadangnya, hari ini mahu bawa Lisa jalan-jalan sekitar North Carolina. Ada beberapa tempat yang agak popular dan wajib jejak kalau sampai di sini. Oh! local food di sini. Mesti cuba.
'Takpe ke kita tinggalkan Sarah?' Ujar Lisa cuba memastikan. Sebenarnya dia masih gementar berduaan dengan Teja. Teja menghela nafas perlahan. Jemari Lisa diraih lembut walau masih gementar. Masih sejuk. Lisa cuma menundukkan pandangan. Tidak pasti bagaimana harus dia bertindak balas. Teja menarik Lisa rapat ke dada. Kerana dia juga ingin mencari ketenangan dalam pelukan itu. Lisa membalas hangat pelukan Teja. Jelas dapat didengari degup jantung Teja. Pada masa yang sama Teja menyarungkan jaket sejuk pada Lisa. Membetulkan kedudukan jaket betul2 pada bahu Lisa. Lisa senyum malu diperlakukan begitu. Terasa romantik sungguh. Teja mengangkat lembut dagu Lisa.
'Terima kasih sebab cari saya. Hari ni saya nak bawa awak lihat sekitar tempat tinggal saya. Awak dah ready?' Teja berisyarat. Matanya masih merenung mata Lisa. Lisa angguk beberapa kali. Malu.
------
Cuaca diluar 5 darjah celcius. Walaupun tiada salji yang turun, ia tetap suhu yang luar biasa buat Lisa. Kerap kali Teja memeluk hangat bahu Lisa walau tanpa diminta. Hidungnya sudah mula memerah. Perjalanan ke Biltmore Estate mengambil masa hampir 45 minit dengan menaiki bas. Teja nampak arif dengan selok belok perjalanan. Mujur sebelum berangkat sempat takeaway kopi dan bagel. Lisa berselera sungguh walau dengan sarapan yang serba ringkas. Gementarnya sudah hilang sedikit. Berganti dengan teruja dan gembira. Teja juga begitu mesra melayannya disepanjang perjalanan. Menerangkan itu ini dan seperti biasa diselitkan dengan usikan-usikan dan lawak serius yang kerap kali lambat untuk Lisa memahaminya. Beberapa saat baru berderai ketawa. Dan Teja cuma geleng kepala mengusik lagi. Tapi, itulah Lisanya. Yang telah kembali menemani sepi hatinya. Sesekali Teja curi pandang Lisa yang begitu sempurna dimatanya. Rindu.
Sampai sahaja di Biltmore Estate, Lisa betul-betul terpegun melihat binaan sebesar dan seluas itu. Biltmore Estate adalah rumah (mansion) persendirian yang terbesar sekali di US. Kepunyaan Syarikat Biltmore dan memang jadi tarikan utama di sini. Di belakangnya terdapat satu kawasan taman yang sangat luas. Jadi pada kebiasannya selepas melawat Biltmore Estate, selalunya pelancong akan ke taman ini pula. Hari ini tidak begitu ramai pengunjung kerana hari bekerja. Ya, Lisa ambil cuti beberapa hari mengejar penenang jiwanya.
Dari kejauhan ternampak sekumpulan pelancong asing. Dari Korea barangkali. Seorang wanita pertengahan usia sedang menerangkan sesuatu. Kemudian bergerak betul2 dihadapan mansion. Teja menoleh seketika kumpulan tersebut. Matanya terhenti pada wanita berusia itu. Terus Teja berjalan laju menghampiri dan mencuit bahu wanita itu. Lisa cuma diam memerhati aneh tingkah laku Teja.
Wanita itu agak kaget melihat Teja tetapi menyapanya mesra.
"Teja!! What are you doing here??"Pn Mariko bersuara. Teja yang dapat membaca gerak bibir Pn Mariko, segera memanggil Lisa.
'Ini Pn Mariko. ' Teja berisyarat pada Lisa.
"Ah? Oh Ok2.. Hi Mrs Mariko. Nice to meet you. I'm Lisa" Lisa menghulur tangan walau agak kaget tiba-tiba begitu. Pn Mariko menyambut mesra.
" Nice meeting you too. Are you on holiday or visiting Teja..?" Tanya Pn Mariko lagi.
"Ya. I'm visiting Teja. "
"Ah... have a nice visit and welcome to South Carolina"
"Thank you Mrs Mariko. I really appreciate it..Are you on duty or something...?" balas Lisa pula.
"Ya. Ya. They are all NGOs from Korea. We had a meeting yesterday and all of them requested to visit Biltmore. So, here I am" Pn Mariko menjelaskan mesra. Teja angguk2 faham.
"Ahh.. both of you, have a nice visit. Excuse me..I need to catch-up with them. See you again later Ya.." Pn Mariko meminta diri.
Teja mengangguk dan melambai mesra Pn Mariko.
'Siapa Pn Mariko?' Lisa ingin tahu lanjut.
'Ibu kepada kawan saya' ringkas isyarat Teja.
'Oh. Ok' Lisa angguk perlahan.
'Sejuk?' tanya Teja. Lisa angguk perlahan. Teja meraih kembali jemari Lisa. Digosok dan ditiup perlahan memberi haba. Lisa cuma akur sambil melihat perlakuan Teja yang kemudiannya membetulkan lagi jaket yang dipakai Lisa. Teja menggeggam erat jemari Lisa dan berjalan beriringan meneruskan lawatan mereka di Biltmore Estate. Hangatnya bukan hanya di tapak tangan, tapi turut mengalir ke hati. Senyum lagi.
Di kejauhan ada sepasang mata yang memerhati kemesraan mereka. Sepasang mata milik hati yang pernah dikecewakan.
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...