::39 Nyawaku::

667 52 19
                                    


"Sayang, tadi ni gambar apa..?" Lisa memandang Teja cuba mengingat. Di tangannya ada 2 keping puzzle yang masih belum bertempat.

Teja memandang Lisa cuba memahami pertanyaan Lisa. Alat bantuan mendengarnya sudah pun di pasang. Masih lagi dalam fasa-fasa Teja cuba menyesuaikan diri. Kadangkala jadi serabut dan bising. Dan itu buat Teja sakit kepala. Iyelah, kadang-kadang detik jam di dinding pun dapat didengarnya. Paling jengkel kadang-kadang, bila alat mendengar sudah dicabut pun, seakan-akan terdengar bunyi degupan jantung sendiri. 

Sebenarnya, bagi orang normal, bunyi-bunyi yang terhasil daripada alat bantuan ini amatlah perlahan. Dan ada yang langsung tak dengar apa-apa. Teknologi khas dalam alat bantuan mendengar cuma dapat dinikmati oleh orang yang tak dapat mendengar. Gelombang bunyi orang normal tak sama dengan yang ada masalah pendengaran. Jadi alat pendengaran ini akan menukar gelombang yang tidak kedengaran ini agar boleh didengari. Cerita macam konsep dolphin. Cuma gelombang tinggi sahaja yang boleh didengari.

Apa-apa pun, betul kata Dr Izza, otak dan tubuh Teja masih belum biasa dengan perubahan itu.

Tapi yang paling indah adalah bila Teja dapat mendengar suara Lisa. Terasa lunaknya sampai ke hati. Lembut sangat. Manja. Buat Teja makin sasau dengan Lisa. 

"Emm.. gambar air....terjun.." Teja cuba ucapkan perlahan-lahan sambil berisyarat.

Lisa senyum manis pada Teja. Dikucup perlahan pipi Teja. Hari ini nampak Lisa makin ceria. Turut gembira dengan perubahan yang berlaku pada Teja.

"Sorry sayang, apa soalan baby tadi..?" Lisa terkelip-kelip. Tubuhnya disandarkan di dada Teja.

"Oh.. baby tanye, sayang dah cium baby belum hari ni..?" Ujar Teja satu-persatu. Dia menahan senyum gatalnya.

"Iye ke?Er..." Lisa kerut dahi menoleh kepalanya.

Belum sempat Lisa sambung ayat seterusnya, Teja kucup hangat bibir Lisa. Pelukannya dieratkan. 

Lisa senyum manja. Teja kucup perlahan pula pipi Lisa.

"Jom sambung siapkan ni.." Ajak Teja.

Lisa senyum dan angguk-angguk perlahan.

Bermain puzzle salah satu terapi. Banyak lagi permainan untuk merangsang minda, contohnya word puzzle dan bingo. Permainan mudah yang juga boleh dimainkan bersama penjaga pesakit Alzhemieir. Ada juga apps -apps telefon mudah alih yang disarankan untuk pesakit; contohnya Fit Brain Trainer dan Lumosity. Setiap hari sekurang-kurangnya satu permainan ini, Teja perlu pastikan Lisa bermain. Dan selalunya Teja akan ikut main sekali, sebab permainan ini bagus juga untuk bukan pesakit Alzhemeir.

Teja asingkan semua keping-keping puzzle yang sepatutnya disusun dibahagian paling tepi. Nanti diberikan semua pada Lisa untuk disusun. Teja perasan, Lisa jadi stress kalau cuba menyusun puzzle daripada bahagian tengah. Dan nanti, Lisa cepat hilang fokus dan bertukar mood. Namanya juga terapi, yang penting adalah positive progress. Bukan perlumbaan cepat atau lambatnya puzzle dapat disiapkan. 

Teja memandang Lisa yang tekun menyusun. Semangatnya kuat untuk sembuh. Ya..mungkin ada harapan untuk sembuh. Mungkin. Berjuang bersama Lisa menuntut seluruh perhatian dan jiwa. Teja tidak pernah sesal memberikan semua itu. Lisa tenung lagi sekeping puzzle ditangannya. Dipusing-pusing berlahan cuba mencari warna yang sama dengan bahagian yang paling tepi. Sesekali Teja akan beri hint pada Lisa. Dan bila Lisa berjaya, satu kucupan di pipi sebagai hadiah.

Bukan calang-calang sabar menjaga orang sakit. Sebagai ingatan bersama; selagi kita belum pernah menjaga orang sakit, jangan sesekali judge penjaga yang kadang-kadang hilang sabar. Kita takkan faham fizikal dan emosi penjaga yang letih dengan kerenah orang sakit. Banyak yang dikorbankan, dan mereka (penjaga) ini tidak layak dihakimi bila sesekali mereka hilang sabar.

Lisa sentuh perlahan lengan Teja.

'Terasa nak kencing..' Lisa berisyarat.

'Ok, pergi toilet dulu. Kita siapkan kejap lagi' Teja membalas.

Lisa bangun dan berjalan perlahan menuju ke dapur. Teja cuma perhatikan belakang Lisa. Kemudian dia bangun masuk ke bilik tidur dengan niat mengambil beberapa buah fail. 

Lisa, langkahnya agak perlahan. Sampai di meja makan, Lisa terhenti seketika. Diperhatikan sekeliling yang baginya nampak sama strukturnya tetapi agak asing di matanya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan perlahan. Mencari-cari pintu yang dikenalinya. Pintu bilik paling belakang dibukanya perlahan. Kosong. Lisa tutup kembali pintu. Dia berjalan lagi. 

'Rumah ni tak besar, tapi kenapa tak jumpa tandas ni..?' Lisa sudah rasa tertekan. Ke hulu kehilir di ruangan dapur sedangkan dia sudah tidak dapat menahan lagi. Lisa berjalan lagi ke belakang dan satu lagi pintu dibukanya. Kosong lagi. Pintu yang sama.

Air mata Lisa bergenang di kelopak. Dia cuba bertenang. Ini rumahnya, mustahil dia akan  turut sesat dirumahnya sendiri. Benar-benar Lisa buntu,terasa ada bunyi dengung bising ditelinganya. Matanya dipejam rapat. Ditekup perlahan telinganya. Berharap agar bunyi bising pergi. Bila Lisa buka mata, Teja dihadapannya kaku dengan reaksi yang sukar ditafsirkan. Lisa tahu kalau seluarnya sudah habis basah. Hatinya jadi sebak betapa kejadian itu berlaku dihadapan Teja. Air matanya menderas.

"Its OK baby...." Teja ucap perlahan dan segera menghampiri Lisa. Dia juga tidak menyangka akan sampai begini sekali.

"Saya cari tandas tak jumpa..saya tak sengaja.." Ucap Lisa dalam esak.

Teja angguk-angguk menahan rasa.

"Ya.. ya baby... Sayang bersihkan ya..." Teja usap air mata Lisa. Makin deras esakan Lisa.

"Saya asyik susahkan awak...Sy susahkan awak...." Lisa tak dapat mengawal perasaannya. Tangisnya makin kuat. Segera Teja rangkul tubuh Lisa. Dipeluknya erat Lisa, mencari kekuatan; memberi kekuatan. Teja juga tersentak melihat semua yang berlaku. 

"Awak hidup saya... awak nyawa saya.. saya tahu awak kuat..." ucap Teja terputus-putus. Antara jelas dan tidak, kerana dia juga hanyut dalam esakan Lisa.

----

Sayang...,

Awak berjuang,

Saya berjuang,

Perjuangan KITA sama.

Awak lekas sembuh.

Nanti kita takluk pantai, belah awan.

Macam yang kita mimpikan.


Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now