Teja memerhati teliti perkara-perkara yang ditulis Lisa di atas kertas A4 putih. Mereka duduk berpelukan di sofa. Sesekali Teja merenung televisyen yang masih terpasang. Setengah jam yang lalu, Lisa menariknya di sofa itu. Ada perkara yang mahu dibincangnya. Dan kini setelah setengah jam Lisa masih leka dengan tulisan-tulisan pada kertas. Teja kucup pantas pipi Lisa. Lisa menoleh berkerut dahi.
'Tadi kata ada nak bincang. Pasal apa?' Teja isyarat perlahan.
"Bila? Tadi ada cakap?"Lisa memandang Teja hairan.
Teja angguk-angguk. 'Ada..'. Pelukannya dieratkan sedikit.
"Hmm.. ada ye.. sorryla sayang.. saya kan Alzheimer. Lupa lagi" Lisa tergelak-gelak.
Teja senyum lucu. Sempat lagi Lisa bergurau.
"OH!!! Baru ingat sayang!" Lisa menepuk nepuk lengan Teja.
Teja buat muka tertanya-tanya.
"Ni ha..." Lisa tunjuk atas kertas A4 tadi.
'Nak buat apa dengan senarai ni baby..?' Teja perhati satu persatu.
"Ini senarai harta dan hutang saya.. harta tak banyak.. hutang banyak.. hehehe" Mereka berdua tertawa lucu.
"Myvi ni, masih ada hutang. Tapi tinggal sikit dah. Nanti bila dah habis bayar, sayang ambikla kereta ni" ucap Lisa. Teja tarik nafas. Dihembusnya perlahan. Tidak mahu menampakkan moodnya yang berubah dengan kata-kata Lisa.
'Sayang tak selesa drive, public transport, grab ada.. saya ok je..'Teja menolak.
"Nanti kalau ada emergency kan senang.. ada jugak kereta.." Lisa membantah.
'Ala.. kalau emergency panggillah ambulans..bomba, polis ke...' Teja berdalih.
Lisa cuma diam dengan jawapan Teja. Merajuk. Air matanya mengalir perlahan.
'Baby.. kenapa menangis ni..' Teja usap pipi Lisa. Rasa bersalah menyelubungi. Teja menyalahkan dirinya. Patutnya di iyakan sahaja kata-kata Lisa. Bukan dibantah.
"Mentang-mentanglah bukan kereta idaman awak... tak sudi nak terima..free pun tak mahu.." Lisa jauh hati.
'No baby.. bukan macam tu... ' Teja kehilangan idea.
'Ha.. apa kata hadiahkan pada Aiman. Dia dah ada lesen kan. Bolehla kalau nak bawa adik-adik dan ibu ke mana-mana. Duduk kampung kene ada kereta, kalau ada hal mustahak senang ibu nanti' Teja beri cadangan bernas.
"Ha.. bijak-bijak..Ok. Saya maafkan sayang." Lisa positif. Teja lega. Emosi Lisa kerap tak menentu. Janganlah cari pasal. Susah nanti nak redakan.
"Ok, seterusnya.. insuran kesihatan. Sayang.. dalam ni ada saving sekali tau. Ini nombor telefon ejen saya dekat belakang kad kesihatan ni saya dah tampal siap-siap. Apa-apa jadi pada saya nanti, saving/duit pampasan dalam ni tolong serahkan pada ibu ye..."Lisa merenung mata Teja yang tenang. Teja cuma angguk perlahan. Lisa kucup perlahan pipi Teja. Suasana sepi seketika.
.
.
.
"...Saya takda apa-apa nak beri pada sayang...cuma beri beban je.." Lisa tarik lembut tangan Teja ke dadanya. Teja pantas menutup mulut Lisa dengan jari telunjuknya.
'Tu.. hati tu dah beri semua pada saya... Dah terlebih cukup dah...' Teja peluk erat bahu Lisa. Mata Lisa berkaca.
.
.
"... sementara saya masih ingat ni.. saya nak beritahu...
...tak ada orang lain dalam hati saya setiap saat selain awak... Saya tak pernah cintakan orang lain selain awak. Teja, saya cintakan awak sampai akhir hayat saya. Sayang..." Lisa kucup lembut jemari Teja. Teja kehilangan kata-kata lagi. Dia cuma angguk-angguk dengan mata yang sudah berkaca.
----
Imbas kembali
Lisa melangkah longlai usai perjumpaan ketiganya dengan Dr Kamal. Setelah MRI minggu yang lalu, hari ini Dr Kamal mengkhabarkan yang Lisa positif Alzheimer. Teja memeluk erat bahu Lisa sambil mengiringinya berjalan menuju ke bangku di taman kecil kawasan hospital. Kanak-kanak yang riang berlari tidak sedikitpun menarik perhatian mereka berdua. Lisa duduk rapat-rapat dengan Teja. Macam-macam hal menerjah benaknya. Lisa menarik nafas dalam-dalam. Kedua-dua tangannya menekup muka. Bahunya terhinggut menahan tangis yang tetap mahu menerjah. Teja jadi tidak keruan melihat Lisa begitu. Lantas dia melutut mengahadap Lisa mahu memujuknya. Ditariknya lembut kedua-dua tangan yang menutupi wajah Lisa. Lisa mengelap sisa air mata di wajah.
" Saya akan susahkan awak nanti sayang... Saya tak kisah kalau awak nak tinggalkan saya.." Pandangannya dilontarkan ke tempat lain. Lisa tidak berani menatap wajah Teja. Air matanya deras mengalir.
Teja geleng-geleng. Sebak. Di tarik perlahan wajah Lisa menghadapnya.
'Cinta.. kita lawan bende ni sama-sama ye...' Teja mengelap sisa air mata Lisa pada wajah.
'..Melisa Ardani...
Saya cintakan awak, sepenuh hati saya...' Teja isyarat satu persatu.
'Dalam bahagia atau duka, sihat atau sakit.. saya janji...awak keutamaan saya.
I'm here.. and I stay..'
---
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...