::10 Masih Rindu::

615 45 4
                                    

Lisa masih berbaring di katil. Menunggu kepulangan Teja yang daripada pagi tadi bermesyuarat dengan klien. Sebelum keluar tadi, ada Teja meningalkan beberapa risalah dan tempat-tempat menarik sekitar Ashville. Kalau-kalau Lisa bosan, bolehlah meneroka kawasan sekitar. Tapi kakinya begitu malas mahu melangkah. Terasa lama sekali menantikan Teja. Rindu? Rindu. T-shirt Teja malam tadi dipeluknya erat. Matanya terpejam rapat, menghidu bau tubuh Teja yang mungkin tersisa pada T-shirt itu. Bolehlah buat bekal hilang rindu. Hebatnya Maha Pencipta. DiciptakanNya rindu, dan cuma dengan cium bau t-shirt tuan punya badan, dah jadi penawar. Lisa senyum bahagia. 

--

Teja memerhati dengan teliti butir permintaan clientnya. Setelah sekian lama dia bergerak solo sebagai freelancer , programmer, marketing officer, semualah, dia sudah terbiasa berdikari walaupun dengan keterbatasan pertuturan dan pendengaran, kebanyakan clientnya tidak ada isu dengan kekurangan itu. Mereka amat profesional dan melayan Teja seperti orang normal yang lain. Teja sebenarnya cekap membaca gerak bibir, sebab itulah, walaupun tanpa David, si bekas rakan kongsi merangkap penterjemah isyaratnya, Teja masih boleh berjaya close deal dengan client. Kekurangan Teja, kadangkala menjadi kelebihannya. Ideanya jelas kedengaran walau tanpa suara. Ada masanya Teja akan cuba bertutur walau butirnya agak kurang jelas. Ya, semenjak dia sekolah rendah lagi, Teja sudah mula menjalani speech therapy. Tidak mengharapkan kesempurnaan, namun sekurang-kurangnya  memudahkan dia berkomunikasi dengan orang lain. Speech therapy penting untuk orang seoerti Teja mampelajari bahasa, menyebut perkataan dengan betul, kenal lebih banyak tatabahasa dan banyak lagilah. Tapi tak sampailah tahap boleh lancar bertutur macam orang normal. Tak ramai teman Teja yang tahu kalau Teja boleh bertutur sedikit. Ia jadi satu pilihan Teja sama ada selesa bertutur atau berisyarat sahaja. Tapi kebanyakan waktu, angguk dan geleng juga sudah memadai.

"I really love the concept. Its enjoyable and simple. I believe this technology will smack down the linear-conventional approach"- Mr Lance mengulas yakin.

Teja senyum dan angguk setuju. Pembentangannya menggunakan video dan graphic hologram memudahkan pemahaman ramai orang. Communication is not always about sound, but it surely must be about understanding each other.

Mr Lance menyerahkan tulisan tangan beberapa idea tambahan untuk dimasukkan dalam sebut harga Teja. Teja membaca senarai tersebut dan menyatakan persetujuannya. Kilang Mr Lance sedang dalam pengubahsuaian, dia mahu sistem pemeriksaan peralatan kilang seperti mesin, conveyer dan lain-lain peralatan diselenggara dengan baik dan sistematik. Jadi itulah tugas Teja. 

Mr Lance berjabat tangan dengan Teja dan menghantarnya ke muka pintu. 

"Let me send you."

"Nah.. Its ok. I'll fine with uber"  Teja menolak sopan. 

"No... Are you sure? You never let me ya?" Mr Lance sedikit kecewa.

Teja cuma tertawa kecil. Malas dia bikin drama dengan si Lance ni. Tidak lama, pemandu uber sampai dan Teja meneruskan pulang kepada Lisanya.

----

Pintu bilik hotel dikuak Teja, terjengah2 dia mencari Lisa dari muka pintu sambil melepaskan kasutnya. Kotnya dibuka dan disangkutkan ke belakang pintu. Bilik hotel nampak kemas. Ini mesti kerja Lisa. Dari jarak 5meter sudah nampak susuk tubuh Lisa di atas katil. Tertidur mungkin. Teja perlahan merapati buah hatinya. Ditenungnya lagi wajah yang membuatnya tenang. Lisa masih memeluk erat t-shirt yang dipakai Teja malam tadi. Teja jadi hangat dalam hati. Terasa kasih sayang Lisa mengalir ke setiap sarafnya saat itu. Disentuhnya perlahan lengan Lisa. Lisa perlahan buka mata. Baru perasan yang dia masih memegang t-shirt Teja. Aduh! Terasa malu pula.

Teja senyum manis.

'Awak tunggu saya?' Tanya Teja. Lisa bangun dan duduk di birai katil menghadap Teja yang melutut dihadapannya.

Lisa angguk kecil sambil menyelak rambutnya ke belakang.

'Boleh tak, sy nak peluk awak?Saya rasa rindu' wajah Lisa nampak sayu.

'Ya. sure sayang' bisik Teja dalam hati sambil perlahan merangkul tubuh Lisa. Yang paling dirindukannya juga hari ini. Menikmati harumnya tubuh itu. Teja usap lembut belakang Lisa. Dia dapat rasa kalau Lisa agak emosi waktu itu. Sesekali Teja kucup lembut pipi Lisa sambil mengeratkan pelukannya. Lisa membenamkan wajahnya pada leher Teja. Mencari-cari bau tubuh Teja yang dirindukannya sepanjang hari. Lisa kucup lembut leher Teja.  Rambut Teja yang separas leher diramasnya penuh kerinduan.


Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now