::18 MeiLi?::

531 43 3
                                    

Dari tadi Mei Yee masih tenang memandu. Sesekali dahinya berkerut bila cahaya lampu kereta menerjah mata. Lisa disebelahnya leka dengan iphonnya sejak dari tadi. Tersenyum-senyum. Takkanlah baca surat khabar macamtu. Mesti mesej dengan tunang. Dah pujuk la tu.

"Eh amoi.. senyum2 kenapa? Sembangla dengan I ni.." Mei Yee bersuara

"Hahah.. U la dari tadi senyap je.." balas Lisa

"Really? I'm driving lah..." 

"Ok.. what should I say? The awkward moment dekat restaurant tadi? Bukan U ke yang should break the silence. I'm still feeling awkward tau." Lisa buat muka sambil geleng-geleng.

"Ohhh... damnn.. U ni Lisa.. memang takde tapis-tapis kan.. tanye direct macam tu kat I" Mei Yee memalingkan wajahnya yang terasa malu.

"Sebab I tapis la, I diam dari tadi... so..? sapa tadi tu yang jeling menakutkan dekat I?" Lisa mengorek. Dia menoleh ke arah Mei Yee minta jawapan.

"Emm.. nobody la..." Mei Yee cuba mengelak. Malas dia mahu buka mulut. Dia takut orang prejudis. Matanya masih memandang kehadapan walapupun jantungnya sudah berdetak laju. Tak sangka, Jess yang entah dari mana muncul dihadapannya.

" Takkanlah U tak kenal. Better you cakap. Dia dah ganggu emosi I tau" tambah Lisa.

" Ok je sengeh2 I tengok.." laju balas Mei Yee. Dan laju juga Lisa mencubit lengan Mei Yee.

"Aduh2.. uishh. seriously??" Mei Yee mengaduh. Menggosok-gosok lengannya yang memerah.

"Padan muka" Lisa jelir lidah.

" Macamni perangai bos I.. I kene mc ni esok..lebam ni.." Mei Yee berdrama.

"Eh.. seriuslah.. siapa tadi tu..? I promise.. no judging."Lisa menukar nada suaranya. Lebih serius.

Serba salah Mei Yee dibuatnya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan perlahan.

"Emm.. kawan lama je tu.." senyum nipis dilemparkan buat Lisa.

Lisa hanya diam menganalisa sambil tubuhnya menghadap Mei Yee yang nampak tenang memandu.

"Sorry.. oklah.. kalau U tak nak share takpe. Nanti bila2 kalau dah ready bagitahulah.." Lisa sendiri kagum dengan dirinya yang bertimbangrasa sebegitu. Terpengaruh dengan Teja mungkin yang selalu tenang dan tidak memaksa.

Mei Yee menoleh pada Lisa, " Thanks."

Suasana jadi sepi lagi. Kereta agak banyak malam itu. Kelisa merah itu melepasi beberapa gedung membeli belah. Masing-masing melayan perasaan.

"She's my girlfriend"

Lisa menoleh Mei Yee agak kaget. "Sorry..?"

"Ya.my girlfriend " Mei Yee masih fokus pandang kehadapan. Lisa terdiam seketika. Tidak pasti apa reaksi yang patut dipamerkan. 

"I'm sorry. I shouldn't say that" Mei Yee pantas membalas. Wajahnya serba salah dan awkward.

"No.no.no.. please.. don't sorry.. I .. I just need to process. That's all." Lisa melepaskan nafas. Memang dia tidak menyangka Mei Yee akan membuat pengakuan sebegitu. 

"Are U ok..? Lisa?"

"Ya. Ya. I'm fine.. good." Lisa masih kelu dengan kata-kata.

"Its ok if U wanna judge me. I'm used to." Ada nada kecewa pada Mei Yee. Pandangannya dialaihkan sebentar ke luar tingkap.

Lisa jadi serba salah dibuatnya. Dia mencuit bahu Mei Yee. Dan gadis itu menoleh sedikit.

"Hey. You are so brave. Just make sure U pujuk Jess nanti." Lisa senyum lembut. 

Mei Yee terkesima dengan reaksi Lisa. Tapi hatinya lega.

Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now