::9 Momen Ini::

640 44 6
                                    

Teja mengalihkan badannya mengadap Lisa yang sedang nyenyak tidur di katil sebelah. Hari itu tiba-tiba sahaja dia perlu outstation ke Asheville. Keesokan hari dia perlu hadir satu meeting penting di situ. Jadi kebetulan Lisa masih ada, diangkutnya Lisa bersama. Sampai sahaja di hotel, Teja terus check in. Mujur bila masuk ke bilik, katil yang ada adalah berasingan. Jujurnya, jatungnya masih berdebar bukan kepalang kalau sekatil dengan Lisa. Dan dia tidak mahu mencemari Lisa dengan sesuatu yang Lisa mungkin masih belum pasti. Dan Teja sendiri tidak mahu memikirkan perkara itu, kerana dia sendiri takut.

Perasaannya masih sama seperti dulu-dulu bila merenung Lisa yang tenang dibuai lena. Badan Lisa membelakangkan Teja. Teja, Jantungnya masih sukar dikawal seperti dulu. Susuk tubuh Lisa adalah sesuatu yang amat dirindukannya. Beberapa kali dia cuba melelapkan mata, namun debarannya tidak mahu hilang. Teja keluar daripada selimut dan duduk di birai katil. Diusap-usap dadanya, minta kerjasama jantung supaya bertenang. 

Teja melepaskan nafasnya yang tidak keruan. Perlahan-lahan dia menghampiri katil Lisa. Menyelak perlahan selimut, dan baring rapat memeluk perlahan tubuh Lisa. Masih berdebar kalau-kalau Lisa menolaknya nanti. Tangannya melingkari pinggang Lisa, merapatkan erat tubuhnya dengan Lisa. Bau harum rambut Lisa menenangkan Teja. Teja merapatkan hidungnya ke leher Lisa, mencari-cari bau tubuh yang amat dirinduinya. Saat itu, dia cuma mahu menikmati hangatnya pelukan itu. 

----

Bila Lisa buka mata, terasa hangat sekali tangan yang melingkar dipinggangnya. Wajahnya terukir senyuman. Digenggam mesra tangan Teja dan ditarik rapat ke dada pula. Dikucupnya perlahan. Malam semalam dia sedikit rajuk dengan Teja, kerana sepanjang malam masih mengadap kerja-kerjanya. Sudahlah katil pun asing-asing. Takkanlah Lisa nak cakap semua tu. Tak mahu katil asing-asing, tak mahu tidur renggang-renggang. Malu la. Habis blushing merah muka semua. Senget la perasaan ni. Nak tapi malu.

Lisa mengalihkan tubuhnya mengadap Teja yang masih lena. Baju tanpa lengan yang dipakai Teja menampakkan lengannya yang sedikit berotot. Setelah sekian lama tak bertemu Teja, terasa teman baiknya itu seperti ahli sukan yang berjaya. Nampak jelas perubahan tubuh Teja. Lebih fit dan..seksi? Berbanding Teja dahulu yang sedikit gebu walaupun masih kategori berat badan normal. Tapi sekarang, dengan jaw line yang ketara, dan haritu masa Teja tukar baju ternampak perutnya  berotot. Tapi tidak dapat dipastikan berapa packsnya. Lisa jadi malu sendiri bila teringatkan perkara itu. Terasa seolah matanya mencari-cari peluang mengintai Teja. Apeni Lisa??

Suasana masih gelap lagi diluar. Tangan Teja masih dalam genggaman Lisa. Sesekali Lisa mengelus gementar kening Teja yang lebat. Sempurna sekali. Kedengaran halus dengkuran Teja. Lisa tesenyum. Comelnya bunyi tu. Teja yang sedikit tersedar, cuba membuka matanya sedikit yang masih mamai. Wajahnya terus dirapatkan ke dada Lisa. Meminta Lisa memeluknya erat. Pinggang Lisa dirangkul erat kembali. Lisa cuma kaku membiarkan. Menurut eratnya pelukan Teja. Dan dia tahu, kalau mungkin Teja dapat rasa degupan jantungnya yang mula menggila. Lisa yakin kalau wajahnya sudah mula memerah dan terasa panas. Ada kucupan lembut di dadanya. Tangan Teja pula menyelinap masuk mengusap lembut belakang Lisa. Terasa dinginnya tapak tangan Teja menjalar dibelakang badannya. Hangat hatinya. Lisa memeluk erat kepala Teja. Mengusap rambut Teja, dan akhirnya terlena kembali.


Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now