::15-Entah::

500 38 6
                                    

Lisa melihat iphone nya beberapa kali. Masih lagi tiada balasan daripada Teja. Waktu perbezaan sebanyak 13jam memang menyukarkan hubungan jarak jauh. Walaupun adanya teknologi, tapi tak mungkin dapat mengubah masa. Sesesali Lisa melihat sekeliling orang-orang yang lalu lalang di situ. Dia juga menunggu Haris datang. Katanya rindu, lama dah tak jumpa. Lisa cuma menurut, tidak mahu nampak terlalu jelas yang dia sudah tidak ada hati dengan Haris. Sejak dari dulu pun hatinya tidak untuk Haris, cuma kali ini dia lebih kuat dengan adanya Teja. Perasaannya bulat. 

"Assalamualaikum. Sorry lambat. Kene tahan polis kejap tadi." Haris menarik bangku dan duduk. Dia melepaskan lelah.

"Wassalam.. Eh kenapa? Lesen mati?" 

"Hmmm... sakit hati saya. Awak ingat tak Dani?"

"Dani....Dani yang pernah tolong awak masa tayar pancit tu ke?" Lisa cuba mengingat

"Ha.. betulla tu.. Danilah yang tahan saya tadi."

"Eh..? Dia polis? bukan dia belajar mekanikal ke dulu..?"

"Itulah kisahnya tadi... Dia masih ingat moto saya tu, kenelah tahan ke tepi.. ingatkan apa.. ajak sembang kejap..." Haris menjelaskan.

"Ha..ha..macamana boleh jadi polis pulak Dani tu..." Lisa macam tak percaya.

" Masa belajar dulu memang dia ikut training yang persatuan ... polis tu kan.. apelah namanya tak ingat... dulu memang dia cakap kerjaya backup je polis ni..Dia kirim salam kat awak."

"Lame ke sembang? Sampai nama saya terbabit sekali..hahah" Lisa ingin tahu.

" Panas hati saya, ada hati nak try awak lagi. Nasibla polis.." Haris menyedut teh ais yang baru sampai dihadapannya. Cemburu.

"Alah.. Dani tu suka bergurau kan..janganlah ambil hati.." Lisa cuba beli jiwa Haris.

"Hmm.. takdelah, hormatlah sikit perasaan kawan, bukan dia tak tahu awak tu dah ada ikatan dengan saya.. Banyak benda lain lagi boleh bergurau.." Haris masih tak puas hati.

"haha.. dahlah tu. Emm Teja kirim salam pada awak. " Lisa ubah topik. 

"Oh, waalaikumsalam.. eh lupa saya. Awak sihat? Makin cantik balik daripada US ni.." Haris memuji.

"Eleh awak ni.. memangla.. cuaca sejuk je.. cerahlah sikit kulit ni.."

"Haha.. alah, puji pun tak terima. Teja apa cerita? Tak mahu balik ke?"

"Dia macam biasalah sibuk dengan company dan freelance. Memang ada perancangan nak balik, tapi bila tu tak pasti lagi.." ada sedikit nada kecewa pada suara Lisa.

"Alhamdulillah.. hebatlah Teja tu. Sorang-sorang, senyap-senyap pun berjaya macamtu sekali. Awak rasa dia dah jutawan ke..?" Haris cuba korek rahsia.

"Jutawan.. tak pastilah. Tapi masalah kewangan tu takdelah nampak. Entahlah kalau-kalau dia tak cerita kat saya" Haris angguk-angguk mendengar. Haris menyedut lagi teh aisnya. Masih menunggu murtabak singapura siap.

"Awak, saya tanya sikit" Haris bernada serius.

"Em. Kenapa?" Lisa cuba mengawal jantungnya yang tiba-tiba berdebar. 

"Kenapa Teja tiba-tiba ke US ye dulu..?" dahi Haris berkerut.

Lisa membetulkan duduknya. Menarik nafas menenangkan diri. Dia tidak pasti jawapan terbaik yang patut diberikan pada Haris.

" Yang tu, memang sebelum ni dia ada beritahu nak cuba pengalaman dekat luar. Saya pun tak jangka dia pergi jauh ke US tu.." Lisa cuba sebaiknya.

"Oh.. macamtu..peliklah.. dia pergi dulu pun senyap-senyap je tak bagitahu kawan-kawan.. kitorang sampai buat kesimpulan yang Teja putus cinta. Sebab tu lari macam tu je.." Haris meneruskan bicara.

Lisa dengar satu-persatu. Hatinya terjentik juga dengan khabar angin sebegitu. Wajahnya cuba beraksi biasa.

"Teja tu.. benda-benda peribadi susah nak kongsi.. adalah sebabnya tu. Yang penting dia dah berjaya sekarang" Lisa cuba tamatkan topik. Murtabak dikongsi bersama Haris.

"Yela. Betullah tu. Kawan-kawan tumpang bangga. Eh awak. Minggu depan, mama dengan ayah nak jumpa ibu boleh ke? "

"Ha? Ada hal apa?" Lisa berkerut.

" Ada hal nak bincang pasal kahwin kita la. Mama dengan Ayah tu, excited sangat.." Haris tersengeh-sengeh.

Lisa tarik nafas dalam-dalam. Rasa bersalahnya makin dalam. Dia tidak adil pada Haris.


Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now