::17 Mei Yee::

543 40 7
                                    

"Fuhh.. lega selesai semuanya.." Lisa menyelak rambutnya yang menutupi dahi.

"Ya. 1 jam je dah selesai. Ilmu apa awak pakai. Kalau bukak mulut orang percaya." Mei Yee memuji.

"Ish.. taklah.. itu semua rezeki.. jom saya belanja dinner dulu. Dekat depan tu ada restoren Chinese Muslim. Teringin pulak tekak ni.." Ajak Lisa.

"OH. Ok. boleh2.." Mei Yee menurut setuju.

Sampai sahaja direstoren mereka terus memesan Szechuan beef, Choy Sam goreng, dan sup cendawan. Untuk minuman pula, mereka memesan Ba Bao Tea.

Mei Yee membetulkan kolar kemejanya. Melipat lengan baju hingga ke bawah siku. Sesekali dia menanggalkan cermin matanya yang terasa kabur. Mei Yee belum sampai setahun lagi bekerja di Syarikat Excel Sdn Bhd. Untuk masa sekarang dia ditugaskan membantu kerja-kerja Lisa. Lulusan Pemasaran, tetapi minatnya lebih kepada lumba go-cart. Anak sulung daripada 3 beradik. Ayahnya; walaupun sudah berusia 60 tahun masih berniaga dim sum kecil-kecilan. 

Lisa selalu tak percaya yang kalau Mei Yee lulusan pemasaran. Gayanya yang bersahaja, persis model sukar ditafsirkan. Macam tersalah bidang pekerjaan.

"Eh, U kenapa cantik-cantik sangat ni?" Tanya Lisa suatu hari. Waktu itu hari cuti dan Lisa bosan. Jadi dia cari teman untuk bersarapan. Tak sangka si Mei Yee bercantik-cantik begitu.

"Eh, I tak sempat mandi lagi okayy.." ujar Mei Yee separuh berbisik.

"Ha..?? U sembur minyak wangi ke tumpahkan minyak wangi??"Lisa ketawa.

"Ishh diamlah..U lah ni rushing sangat..." Mei Yee protes. 

--

Makanan yang dipesan dihidangkan sopan oleh pelayan. Lisa dan Mei Yee menjamah dengan penuh selera. Tiba-tiba telefon Lisa bergetar. Ada panggilan.

"Hello" Suara lelaki dihujung talian.

"Ya. Ya. Haris" Lisa menjawab.

"Awak dekat mana? Jadi tak ni?"

"Saya tengah makan dengan Mei Yee. Kenape?" Jawab Lisa berkerut dahi.

"Makan? Bukan janji nak dinner sekali ke?" Haris mengawal suara dihujung talian

"Eh? Bila saya janji?" Lisa meletakkan sudunya.

"Haishhh.. awak ni. okla. kita jumpa lain kali. bye" Haris memutuskan talian.

Lisa tergamam seketika. Habis merajuk si Haris. Dia cuba ingat kembali bila dia berjanji. Segera Lisa scroll semula perbualan dengan Haris.

"Everything ok ke" Mei Yee  ambil berat.

"Ya... I think so.. sekejap ye.. I...

ohhh aduhai... macamana lupa ni....."Lisa menyandar sambil geleng-geleng kepala.

"Why..?? " Mei Yee meletakkan sudu dan garfu.

" Malam ni I janji keluar dinner dengan tunang I.. hmm" Lisa geleng-geleng lagi.

"Oh ye ke..? Eh kalau macamtu kita bungkus je la. i ok je." Mei Yee bertimbang rasa.

"Eh.. no no no.. tak payah buat apa2.. kita sambung makan" arah Lisa. Mencapai semula sudu dan garfu.

"Eh.. merajuk nanti tunang u nanti..."

"Memang dia merajuk pun. Takpe, bagi dia cool down dulu... kita makan. No worries, U jangan rasa bersalah pulak.." Lisa menyuap daging ke dalam mulut.

"Em.. ok.." Mei Yee angguk2 akur.

"Kenapa lately ni U asik lupa je..?" Mei Yee buka mulut bertanya.

"Hmm? me? hmm.. hilang fokus kot.." Balas Lisa tak serius.

"Fokus ada dekat mana?" Usik Mei Yee.

"Hahah.. entahlah..maybe fikir persiapan kahwin kot...banyak benda.." Lisa cuba berdalih.

"Oh,, ya lah..mesti banyak nak uruskan.." Mei Yee angguk-angguk.

Sedang asyik bersembang, tiba tiba ada gadis menghampiri meja mereka, bergerak dari belakang Lisa. Berubah wajah Mei Yee melihat gadis itu yang makin menghampirinya.

"Oh? you here?" Nada sinis gadis itu pada Mei Yee. Melepaskan jelingan tajam pada Lisa sebelum berlalu pergi.

Mei Yee masih terkejut. Lisa masih terpinga-pinga cuba hadam apa yang berlaku.

" Jess. Jess. Wait..." Mei Yee segera bangun mengejar gadis itu.


Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now