Haris merenung kosong orang ramai yang lalu lalang dihadapannya. Hatinya remuk redam dengan kejadian malam tadi. Dia tidak menyangka entah daripada mana datangnya angin, Lisa bertindak sebegitu. Ibunya, Puan Rohana tegas menghalang Haris daripada mengejar Lisa yang tiba-tiba meninggalkan majlis makan malam bersama keluarga Haris. Haris terpinga-pinga tidak mengerti.
--------
Puan Rohana menarik nafas dalam-dalam cuba menenangkan diri. Hati ibu mana tidak terguris melihat anak terunanya bakal kecewa jika mengetahui perkara yang sebenar.
"Haris. Dengar cakap ibu. Kita batalkan perkahwinan ni" Ujar Puan Rohana menahan perasaan.
"Ha? Batal? ape.. ape ni ibu? Maksud ibu macamna ni? Kenapa ibu? Kenapa dengan Lisa?" Haris tidak puas hati. Tangannya masih digenggam erat Pn Rohana. Haris diajak masuk ke dalam rumah. Duduk diruang tamu. Ayahnya juga di situ menunggu. Diam. Kakak dan adik Haris baru seketika masuk ke bilik masing-masing.
"Ayah... tolonglah.. kenapa ni..?" Haris merayu.
En. Kamal menarik nafas dalam-dalam.
"Haris. Lisa tak sesuai untuk kamu" En. Kamal bersuara tegas. Langsung tak membantu menenangkan perasaan Haris.
"Apa?? Tak sesuai???!! Bukan ayah dengan ibu ke yang tunangkan kami? Kenapa sekarang tak sesuai??" Haris meninggi suara. Agak bengang dengan jawapan ayahnya.
"Haris! Tolong jangan tinggi suara macam ni! Kita nak bincang elok-elok ni. Jangan biadap!" Pn Rohana mengingatkan Haris. Haris menundukkan wajahnya menahan rasa.
---------
"Lisa dah cuba ibu.. Lisa minta maaf. Lisa jadi pura-pura kalau Lisa teruskan. Lisa tipu Haris, ibu, ayah dan keluarga ni. Lisa rasa bersalah." Lisa menundukkan wajahnya. Gementar dia berterus terang begitu. Dia sudah bersedia kalau maki hamun yang bakal diterimanya malam ini.
"Lisa..ibu rasa Lisa nervous ni... hmm?" Pn. Rohana cuba bertindak rasional. Sesekali dia memandang suaminya yang nampak kaget dengan kata-kata Lisa.
"Ibu..ibu Lisa minta maaf.." Lisa teresak-esak menyembah di kaki Pn Rohana.
"Eh.. Lisa.. bangun. Bangun. Kenapa ni...? " Pn Rohana mengangkat bahu Lisa.
"Lisa dah cuba. Lisa tak cintakan Haris.." Tersekat-sekat suara Lisa.
"Lisa.. jangan terburu-buru.. Ibu yakin, lepas kahwin nanti semua perasaan Lisa akan berubah.." Pn Rohana memujuk.
"Betul tu Lisa... ayah dengan ibu pun tak bercinta sebelum kahwin. Semua persediaan kita dah buat kan.. tak elok Lisa buat macam ni..." Ujar En. Kamal tenang.
"Lisa tahu ayah...tapi tolonglah.. Lisa tak mahu perkahwinan ni.. tolongla ibu..." Lisa merayu.
Pn Rohana dan En Kamal berpandangan dengan wajah berkerut. Lisa itu bukannya orang lain. Sudah dianggap seperti anak sendiri. Kalau perkahwinan ini batal, adakah mereka akan kehilangan Lisa juga? Tapi rasa bersalah juga menyerang, adakah mereka terlalu memaksa Lisa dan Haris.
"Ayah.. ibu.. Lisa sanggup bayar ganti rugi sebab batalkan perkahwinan ni... "
"Lisa! Ini bukan cuma sebab duit. Ini pasal keluarga." En Kamal bernada tegas. Lisa menundukkan wajahnya.
Lisa mengesat air matanya. Dia mencapai tangan Pn Rohana dan mengucupnya dengan air mata yang masih bersisa.
"Lisa minta maaf ibu.. Lisa memalukan keluarga ni.."
Lisa bangun kemudian melutut pula dihadapan En Kamal.
"Ayah... Lisa minta maaf.." Lisa merenung mata En Kamal. Lisa tahu, kalau ibu dan ayahnya itu terlalu baik pada Lisa sekeluarga.
"Kamu dah ada orang lain ke Lisa..?" En Kamal bertanya tenang. Matanya juga masih merenung Lisa. Seego mana seorang ayah, hatinya kecewa dan sedih dengan keputusan Lisa.
Lisa menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengawal reaksi wajahnya dengan soalan yang tepat sebegitu. Sedang memproses jawapan terbaik yang patut diluahkan.
"Tak..." Lisa geleng sambil menundukkan wajahnya.
En Kamal bersandar di kerusi. Dia melepaskan nafas. Kepalanya diurut perlahan. Pn Rohana duduk merapati suaminya. Pn Rohana menyeka air matanya yang masih bersisa.
"Pergilah Lisa.. Kami minta maaf sebab memaksa Lisa..," ujar Pn Rohana dingin. Menahan kekecewaan yang teramat sangat.
"Ibu.. ibu..Lisa minta maaf.." Lisa makin teresak merayu. Memegang kaki Pn Rohana. Dia jadi takut kalau dia dibuang begitu.
"Lisa dah besar. Dah boleh buat keputusan. Lisa ikutlah mana yang terbaik" Pn Rohana menyambung lagi. Lisa teresak-esak mendengar kata-kata itu. Dia tahu ibu dan ayahnya rajuk. Tapi hatinya turut terhiris dan sedih menelan kata-kata itu.
Lisa mengesat air matanya. Dia bangun dan berlalu longlai meninggalkan banglo putih itu.
Dikejauhan, kedengaran Haris memanggil-manggil namanya.
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...