::31 Si Kaca Mata Nerd

578 51 79
                                    

Imbas kembali

Suasana kaunter pendaftaran pelajar telah mula dipenuhi dengan para pelajar dan ibu bapa. Tetapi tidaklah begitu sesak, memandangkan usia para pelajar yang mendaftar juga telah dewasa dan bukanlah pertama kali mendaftar sebagai pelajar universiti. Maklumlah, pelajar pascasiswazah. Jadi, kebanyakkannya datang sendiri. Hampir separuh yang datang juga bukan orang tempatan Malaysia. Pelajar-pelajar antarabangsa. Lisa ditugaskan membantu urusan pendaftaran memandangkan staf universiti sedia ada tidak mencukupi. Tambahan pula, elaun dan makanan disediakan untuk 2 hari bertugas. Bila lagi nak ambil peluang dan cari pengalaman.

" Teja Suria binti Yusuf" Lisa memanggil. Wau, klasiknya nama. Bisik Lisa dalam hati.  Dihadapannya sekeping borang yang lengkap sekeping gambar berwarna berukuran passport. Lisa membaca sekilas isi borang itu sebelum mengangkat wajahnya menghadap gadis bernama Teja yang mula mengambil tempat duduk dihadapannya.  Lisa terkesima seketika bila matanya bertentang dengan mata Teja. 

Dengan rambut pendek separas leher dan kaca mata ala-ala nerd berbingkai hitam benar-benar mendebarkan jantung Lisa saat itu. Ditambah lagi dengan lontaran senyum manis Teja yang nampak begitu sopan sekali. Cair. Ya ampun, berdebar.

Teja melambai-lambai Lisa beberapa kali sebelum Lisa tersedar dan nampak gementar.

"Oh. sorry-sorry." Lisa membaca semula borang ditangannya.

Name:

Teja Suria binti Yusuf

Programme:

Master of Engineering (Software)

Education Background:

Bachelor of Science- Computer Engineering, Texas A&M University

CPA: 3.65/4.00


"Boleh bagi kad matrix?" Ucap Lisa tanpa memandang wajah Teja. Tiada tindak balas. Rupanya Teja sedang membalas pesanan di telefon bimbitnya. Lisa mengeluh.


'Haishh... orang cakap dengan dia boleh pulak main telefon..' Lisa merungut dalam hati. Lisa ketuk meja beberapa kali barulah Teja angkat muka.

"Nak kad matrik boleh..?" Lisa cuba menuturkan dengan sopan. Teja berkerut dahi sedikit sebelum angguk-angguk dan menyerahkan kad matriknya.

Lisa scan barcode yang terdapat pada kad matrik dan keluarlah no bilik kolej dan beberapa dokumen lain dalam sistem pendaftaran. Kesemuanya dicetak dan diberikan kepada Teja untuk simpanan.

"Dah buat medical check-up kan? Nanti awak kena hantar sendiri borang dan x-ray ke klinik universiti. Kepilkan sekali surat ni" Lisa memberi penerangan ringkas. Teja kerut dahi dan angguk-angguk lagi.

"Ini kunci bilik kolej. Kolej awak jauh juga ni. Awak ada kenderaan?"

Teja geleng-geleng.

"Ok. nanti dekat bawah ni ada shuttle bas. Awak boleh naik bas tu percuma." Lisa menerangkan lagi. Terasa pelik pula rasanya bila Teja cuma angguk dan geleng-geleng begitu. Mahal sangat ke suara tu? Harap muka je cute. Sombong.

"Ada soalan?Semua ok?" Lisa bertanya sebagai penutup kepada penerangannya tadi.

Teja geleng-geleng sambil membuat isyarat 'OK'. 

"Ok. Itu sahaja." Lisa agak kecewa. Teja bangun dan anggukkan kepalanya lagi pada Lisa tanda terima kasih. Lisa senyum sedikit.

Lisa meneruskan tugasnya di kaunter terakhir bagi pendaftaran pelajar. Ternyata bilangan pelajar semakin berkurangan bila hampir-hampir jam 3 petang. Kaunter hanya akan ditutup pada jam 4.00petang. Lisa menyusun borang-borang dan checklist pendaftaran ke dalam fail. Diteliti semula borang Teja:

Name:

Teja Suria binti Yusuf

Programme:

Master of Engineering (Software)

Education Background:

Bachelor of Science- Computer Engineering, Texas A&M University

CPA: 3.65/4.00

Date of Birth:

27/4/1988

Identity card number:

880427-10-5242

Address:

Sungai Buloh, Selangor

Contact number:

0198765645

Disability (if any):

Deaf


Terbeliak mata Lisa membaca perkataan 'deaf'. Terasa bersalah menyelubungi kerana prasangkanya tadi. Lisa istighfar dalam hati. Dia menghela nafas panjang. Iphone dikeluarkan dan no telefon Teja disalin pantas. Lisa tekad mahu minta maaf nanti.

----

Teja membuka matanya yang masih berat. Mengantuk sungguh lepas makan tengahari tadi. Ada pesanan yang masuk di iphonenya. Muncul nombor yang tidak dikenalinya. Teja malas-malas membuka:

'Salam Teja. Saya Melisa yang assist awak di kaunter pendaftaran tadi. Macamana semua? Ok ke? Kalau ada masalah apa-apa atau perlu bantuan boleh wassap saya. '

Wau! Teja rasa kagum. 'Bagusnya customer service macam ni..' 

'Wassalam Cik Melisa. Semua dah selesai tadi. Saya dah ada di kolej pun. Selesa. Terima kasih'-Teja balas sopan.

'Alhamdulillah..panggil saya Lisa je. Saya pun student juga.'-Lisa

'Oh..ok2.. Lisa je.. Terima kasih sekali lagi' - Teja

'Kalau awak tak letih, jam 6.00 nanti kita boleh jalan kaki keliling kampus. Saya boleh tunjuk kawasan sekitar'- Lisa mempelawa.

'Eh boleh ke? Kalau tak menyusahkan, saya teringin juga' -Teja teruja. Bagus juga ada pemandu pelancong. 

'Ok. kita jumpa nanti. Saya ambil awak di kolej.' Lisa menamatkan perbualan.

Lisa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Jarinya yang gatal ajak Teja jalan kaki keliling kampus. Kasut sukan entah campak mana. Lisa bingkas bangun mencari. Menyesal juga. Kenapalah tak ajak makan malam je tadi. Padan muka.

---

Terima kasih semua pembaca yang masih setia dengan JSSI. Saya tenangkan semua dengan kisah-kisah imbas kembali Lisa dan Teja terlebih dahulu. Moga terhibur.


Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now