Lisa mengenakan solekan ringkas pada wajahnya. Bibirnya dioleskan pelembab bibir berwarna merah jambu lembut. Minyak wangi disemburkan pada beberapa tempat ditubuhnya. Segar sekali. Sesekali matanya melihat jam di tangan. Masih ada satu jam lagi. Lisa merapikan rambut lurusnya dan diikat rapi. Kaca mata hitam dipakai.
"Wow!! Sejak bila aku nampak cool macam ni? hahahah"Lisa bermonolog sendiri. Dia segera mencapai kunci kereta dan menuruni tangga hotel.
---
Teja menunggu satu beg sahaja lagi yang masih belum muncul. Itu adalah perkara yang paling tidak digemarinya. Menunggu bagasi sambil merenung kosong beg-beg bukan miliknya yang bergerak berpusing diatas mesin tuntutan bagasi. Dia terus mencapai beg terakhirnya yang bertag hijau. Setelah dipastikan, Teja terus menyorong troli menuju ke pintu keluar yang berjarak anggran 2km berjalan kaki. Walaupun hatinya teruja tetapi menyorong 3 bagasi yang penuh begitu melelahkan.
Teja kembali bersemangat bila melihat papan tanda keluar yang terakhir menuju ke checkpoint yang terakhir. Matanya melilau mencari satu-satunya wajah yang paling dirinduinya. Sambil menolak troli beg bagasi, matanya memerhati orang-orang sekeliling yang mempamerkan sepanduk nama individu atau syarikat. Juga tidak kelihatan di mata Teja. Dia berhenti pada satu sudut. Punggungnga dilabuhkan. Segera dia mencapai telefonnya. Mencari wireless yang mungkin boleh diakses disekitar terminal KLIA. Sedang asyik Teja berusaha, tiba-tiba bahunya disapa lembut. Teja mengangkat wajahnya. Tertegun seketika. Kedua-duanya mengukirkan senyuman.
Segera Teja bangun dan memeluk tubuh itu seeratnya. Lama. Tersedar yang dia berada di Malaysia, Teja meleraikan pelukan . Wajahnya berseri dengan senyuman yang tak mampu di kawal.
'Sorry baby..Saya terlupa yang awak secantik ni..' Teja berisyarat malu-malu sambil garu-garu kepala.
'Ha?Sayang ni...', Lisa tertawa malu. Tak sangka itu ayat pertama Teja. Mereka berdua berpandangan mata sebentar. Lisa memeluk kembali erat tubuh Teja. Belum hilang rindu. Malam itu Teja memakai sweater hoodie milik Lisa. Teja meleraikan pelukan.
'Jom. Saya lapar ni..' Teja mengadu.
'Oh! Haha.. ok2 sorry .. jom kita terus ke kereta', Lisa mengajak sambil menbantu Teja menyorong troli bagasi. Teja senyum melebar.
Badan yang tadinya letih, hilang serta merta bila kekasih hati didepan mata.
---Lisa membuka pintu bilik hotel dan menjemput Teja masuk. Bagasi Teja diletakkan di suatu sudut. Cepat2 Lisa berlari mendapatkan sesuatu.
Teja cuma memerhati hairan. Tidak lama selepas itu, Lisa datang dengan membawa sejambak ros merah yang dibalut cantik.
'Ha...baby.. kenapa macamni....' Teja terharu bila Lisa malu-malu menyerahkan jambangan bunga. Teja terus memeluk tubuh Lisa erat. Kikucupnya pipi Lisa semahunya. Tidak sangka kalau Lisa seromantis itu.
Teja menghidu bau harum ros dan kemudiannya diletakkan atas katil.
Teja mendapatkan kembali wajah Lisa. Dahi bertemu dahi. Teja pejamkan matanya. Mahu menikmati susana tenang begitu. Dielusnya lembut bibir Lisa. Mata mereka bertentangan. Teja seakan meminta izin Lisa. Dikucupnya perlahan bawah bibir Lisa. Terasa remangnya seluruh tubuh bergetar. Lisa hilang nafas menahan lajunya degupan jantung. Ditolaknya perlahan tubuh Teja. Lisa cuba bernafas tenang. Teja mengelus wajah Lisa.
'Baby ok...?' Teja risau. Mungkin tindakannya tiba-tiba. Tetapi dia terlalu rindukan Lisa.
'Ok..' Lisa angguk-angguk. Wajahnya ditundukkan daripada merenung mata teja. Perlahan -lahan Lisa membuka zip sweater hoodie Teja. Sweater yang sudah ditanggalkan diletakkn di atas katil. Yang tinggal hanya t-shirt berwarna putih membaluti tubuh Teja. Teja cuma membiarkan.
'Sayang..boleh baby buka yang ni...?' Ujar Lisa manja sambil menarik-narik t-shirt Teja.
'Haip.. no..' Teja genggam erat jemari Lisa. Dia merangkul erat tubuh Lisa lantas mengucup leher Lisa hingga keduanya rebah di atas katil. Tubuh teja menindih Lisa. Hangat.
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...