Yurisa cuma tunduk memandang cawan teh yang berasap dihadapannya. Teja merenungnya semenjak dari tadi lagi. Tiba-tiba sahaja tadi angin kuat dan hujan turun mencurah. Terus Teja menarik tangan Yurisa menuju ke cafe yang berdekatan. Hari ini Teja mahu segalanya diselesaikan. Dia tidak mahu serba salah dengan Yurisa dan menyakiti gadis itu. Sudah beberapa kali handsetnya bergetar di poket seluarnya. Teja tahu kalau semuanya pesanan daripada Lisa. Namun dibiarkan terlebih dahulu. Biar selesai satu persatu.
'Minumlah teh tu. Biar panas sikit badan tu..' Teja mempelawa lembut. Yurisa cuma menurut. Molekul-molekul panas yang masuk ke kerongkongnya sedikit sebanyak menenangkan hatinya. Matanya diangkat memandang Teja. Teja perlahan mengukir senyuman. Lega hatinya Yurisa mula bertenang.
'Boleh saya cakap sesuatu..?' Teja memulakan. Yurisa angguk perlahan.
'Saya mintak maaf atas semua yang berlaku. Saya tak sempat kejar awak dan terangkan semuanya.' Teja menarik nafas.
'Yuri.. Saya hargai perasaan dan kasih sayang awak terhadap saya. Dan saya minta maaf sebab balasan saya tidak setimpal dengan semua yang awak dah beri.' Satu-satu Teja berisyarat.
'Saya faham kalau awak marah dan kecewa dengan apa yang berlaku. Awak berhak'. Teja terhenti seketika. Menarik nafas dalam-dalam. Melihat reaksi wajah Yurisa yang memandang kosong.
'Yuri... saya harap awak tak perlu rasa malu dengan semua yang berlaku. Awak tak perlu pun lari daripada saya. Kalau awak rasa tak selesa, biar saya yang jauhkan diri. Tapi saya sayangkan apa yang kita ada sekarang. Saya takkan biarkan persahabatan kita putus sebab perkara ni. Saya sayangkan awak, saya anggap Pn Mariko macam ibu saya'. Teja menghela nafas. Tidak pernah rasanya dia berisyarat panjang seperti itu. Selalunya Yurisa yang banyak bicara.
'Saya minta maaf Yuri..' Teja merayu. Merenung mata Yurisa yang bergenang lagi. Diam lama.
.
.
.
.
'OK.' Yurisa isyarat ringkas. Teja berfikir-fikir seketika. Badannya disandarkan ke kerusi.
'Apa maksud awak ok?' Teja mahukan jawapan lanjut. Yurisa menyeka air matanya dengan jemarinya. Masih sisa sedikit. Mengumpul kekuatan untuk berbicara. Beberapa ketika.
'Ok. Sekarang saya dapat bayangkan persaaan awak waktu mula-mula kita jumpa dulu. Awak datang ke sini dengan perasaan marah, kecewa, malu. Mungkin sebab cinta ditolak. Saya tak tahu. Awak terlalu berahsia dengan saya. Tapi sekarang saya dapat rasa. Sakit.' Yurisa menekan dadanya. Mencari kekuatan lagi untuk meluahkan. Suasana hening seketika.
'Saya tahu beberapa minggu ni awak bahagia... sebab orang yang awak betul-betul mahukan datang ke sini.' Yurisa isyarat satu persatu.
Perasan kalau Teja melarikan pandangannya daripada tenungan Yurisa. Berasa tidak selesa, seolah-olah sedang disoal siasat.
'Dan saya rasa... cinta awak sudah berbalas!' Makin tajam renungan Yurisa. Teja menarik nafas dalam-dalam. Bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.
'Saya kagum semuanya tentang awak Teja. Awak berani, berdikari, bijak, setia. Dan walau tanpa kata-kata pun awak selalu buat saya terpesona. Awak segalanya yang indah di mata saya, Teja.' Yurisa senyum hangat perlahan.
'Macamana awak menunggu cinta awak datang, macam tulah saya akan dapatkan apa yang saya cintai. Jangan halang saya untuk pikat hati awak'. Yurisa merenung Teja dengan wajah yang sedikit lembut daripada tadi. Matanya penuh yakin dan keazaman.
Teja menongkat kepalanya di meja. Dia tidak pasti apa yang harus dilakukannya. Jantungnya berdegup kencang.
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...