::11-Perpisahan::

652 45 18
                                    

Lisa memerhatikan orang ramai yang lalu lalang dihadapannya. Duduknya masih dalam dakapan Teja yang juga dari tadi lebih banyak berdiam. Mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh Dunham. Lisa akan pulang hari ini setelah hampir seminggu bersama Teja. Mereka tiba awal pagi itu. Teja tidak mahu kalau Lisa ketinggalan penerbangan, walaupun kalau diikutkan rasa sayangnya, mahu sahaja Lisa disembunyikan dalam selimut. Biar tertinggal. Biar tak pulang.

Teja mengucup lembut kepala Lisa.

'Awak.. Awak nak makan apa-apa?' Teja berisyarat perlahan. Lisa memandangnya dengan senyum nipis.

'Tak.. awak lapar..?'Lisa bertanya pula.

'Saya ok.. saya risau awak lapar nanti. Perjalanan jauh..' Teja mengelus lembut wajah Lisa. Lisa melepaskan nafas berat.

'Temankan saya makan boleh...?' Lisa berisyarat manja.

'Boleh.. sampai bila-bila pun saya temankan..' jawab Teja romantis. 

Mereka berjalan beriringan menuju ke Costa Cafe. Lisa memesan hot green tea dan hot mocha. Teja pula mengambil roti dan donut yang terpamer di ruangan kaca bersebelahan kaunter pesanan. Masih panas-panas lagi semuanya. Selesai membayar, mereka berdua bergerak ke satu meja kosong, menghadap landasan turun naik kapal terbang. Jelas teruja wajah Lisa dengan lokasi meja kosong itu. Strategik.

'Suka?' Teja perasan dengan perubahan wajah Lisa.

'Suka' Lisa angguk2 sambil tersenyum. Kagum melihat kapal terbang yang sedang berlepas.

Teja senyum memerhatikan gelagat Lisa. Perlahan-lahan dia menghirup mocha panas yang dipesan tadi.

'Kalau ada nasi lemak sedap kan?' Teja menarik perhatian Lisa.

'Ha.ha..ha.. awak bukalah satu kedai sebelah ni..' Lisa bergurau. Teja turut tertawa dengan usikan Lisa.

'Tapi saya rindukan nasi lemak yang awak masak..' Teja buat muka manja.

'Ikutlah saya balik Malaysia. Awak nak makan ape pun saya boleh masakkan.' Lisa memujuk Teja. Wajah Teja tenang dengan pujukan Lisa itu. Dia meraih jemari Lisa. Diusapnya seketika. Pipi Lisa sedikit me-merah.

'Saya janji, saya selesaikan kerja-kerja saya kat sini dulu ye..Tapi awak tunggu saya tau...'Mata Teja mula bergenang. Lisa menundukkan matanya daripada bertentang dengan Teja. Dia tidak mahu kolam matanya juga turut pecah. Teja bangun dan duduk rapat di sebelah Lisa. Mencari kekuatan, memberi kekuatan.Dipeluknya lembut bahu Lisa.Lisa cuma diam menurut. Kepalanya dilentokkan ke bahu Teja. Jemari Teja digenggam erat. Teja meleraikan pelukan.

'Jom makan. sekejap lagi nak kena check in' Teja menghulurkan roti kepada Lisa. Lisa carik sedikit roti dan suap ke mulut Teja. Teja pula blushing. Tak jadi pasal main suap-suap pulak. Alah, bahagialah..Sesekali Teja membersihkan sedikit mulut Lisa yang comot dengan jemarinya.

Terasa bebas rasanya, walaupun sekilas ada mata yang memandang kemesraan mereka berdua. Namun cuma pandang sekali dan berlalu. 

'Kenapa orang pandang-pandang?' Lisa bersahaja.

'Coz we look so good together.' Teja pula berselorah.

"Ha.ha.ha.. sweet like sugar cane"

'Diabetis!' Tambah Teja.

Mereka berjalan perlahan ke pintu pelepasan antarabangsa. Ramai yang berpusu-pusu menyelesaikan urusan masing-masing. Teja membetulkan sweater hoodie milik Lisa. Menyemak beberapa keperluan seperti pasport dan tiket. Lisa cuma angguk menyatakan semua sudah ada. Ok.

Terasa suasana turut sepi dalam ramainya orang. Teja mencari kekuatan dalam genggaman jemari Lisa.  Lisa merapatkan tubuhnya memeluk Teja erat. Harinya pasti tiba. Hari ini airmatanya tumpah di bahu Teja. Teja menarik nafas dalam-dalam mengawal emosinya. Dia harus kuat untuk Lisa, untuk dirinya. Untuk kali terakhir. Pelukan dileraikan. Lisa menarik wajah Teja agar melihatnya. Teja masih merangkul erat pinggang Lisa.

"Sayang.." Lisa mengucapkan. Mata Teja tertumpu pada pergerakan bibir Lisa. Terkesima Teja dengan perkataan itu. Kalau boleh didengar Teja, sudah pasti perasaan hangatnya lebih lagi.

"Saya sayang awak..." Lisa ucapkan lagi satu persatu jelas dengan wajah yang memerah. Teja seakan tidak percaya dengan ucapan itu. Terkesima. Satu kucupan hinggap dipipi Teja. 

Teja senyum melebar lantas memeluk erat tubuh Lisa. 

'Awak.. boleh tak saya nak simpan sweater awak ni...?' Lisa menarik-narik sweater yang sedang dipakai Teja.

'Yang ni.?Boleh. Tapi saya nak simpan awak punya jugak' Teja meminta.

'OK' Lisa angguk dan terus bertukar sweater. Lisa tidak terus memakai sweater Teja. Cuma dipegang di tangan. Teja juga begitu. Kalau pakai takut hilang bau. Kurangla tahan bekalan rindu nanti.

Mereka berpelukan lagi sebelum Teja Melambai Lisa yang masuk menuju ke balai perlepasan.

Dia datang lagi

Dengan nuansa yang berbeza

Rayu, rajuk, berahi

Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now