::28 Garam::

615 47 11
                                    

Lisa menyarungkan apron pada leher Teja, kemudian diikat kemas ke belakang pinggang Teja. Teja cuma membiarkan sambil memerhatikan lambang superman (S besar) yang tercetak di depan apron. Lisa juga memakai apron, tetapi dengan gambar cerek yang berasap dicorongnya. Teja cuit bahu Lisa.

'Kenapa saya rasa macam kombinasi pelik je..' Teja membelek-belek apron yang masih baru itu.

"Apa dia sayang..?" Lisa peluk lembut bahu Teja.

'Ni. Superman. dengan Tu. Cerek. Saya tak dapat link kan mana romantiknya' Teja muka tak puas hati. Lisa tergelak manja. Lucu lihat wajah Teja sebegitu.

Memang Teja yang menyerahkan Lisa memilih corak apron couple romantis minggu yang lalu. Punyalah berjam-jam scroll di instagram, ini hasilnya.

'Ala.. janganlah muncung...' Lisa memujuk sambil memeluk leher Lisa. Lisa jarakkan sikit dirinya dengan Teja. Matanya merenung apron Teja sambil berfikir-fikir.

"Sayang, Superman ni.. sayangla... kan selalu jadi Princess charming baby...selamatkan baby dalam kesusahan..." Lisa berisyarat menjelaskan. Suasana sepi seketika.

Mata Teja tidak lekang merenung dalam mata kekasih hatinya. Bagai rasa dihiris dengan kata-kata Lisa. Benar kata Mei Yee, kalau Lisa sedar keadaan dirinya.

'Yang cerek tu kenapa..?' Teja cuba kawal perasaannya.

"Oh.. ini sempena memperingati arwah cerek sayang yang berasap tu..." Lisa menjelaskan ketawa-ketawa.

Teja geleng-geleng senyum terhibur dengan telatah Lisa. Dikucupnya sayang dahi Lisa.

"Jom sayang, kita mula masak. Nanti sayang tu menggeletar kalau lapar.. hihihi..." Usik Lisa lagi manja.

Tugas Teja seperti biasa, meyiapkan bahan-bahan basah. Hari ini, Lisa mahu memasak katanya. Sup ayam, sayur campur dan sambal cili kicap. Lisa menghiris halus bawang merah, bawang putih dan daun bawang. Bunga lawang dan kayu manis juga tidak ketinggalan. Serta, bahan guna-gunaan untuk memikat Teja, sup bunjut.

Lisa menumis bebawang dan kayu manis segala. Bila baunya sudah wangi, kentang yang dipotong 6 pula dimasukkan bersama-sama karot yang dihiris dadu tebal. Kemudian air ditambahkan secukupnya. Sudah ada rupa sup. Kemudian, sup bunjut dimasukkan. Lisa mengacau sup yang mula mengeluarkan aroma wangi. Kemudian, ayam yang sudah dipotong-potong dimasukkan pula. Lisa mengacau lagi sebelum memasukkan 3 sudu kecil garam. Periuk ditutup. 

Diruang tamu, kedengaran telefon bimbit Lisa berbunyi. Lisa bergegas ke ruang tamu. 

Sementara itu, Teja mengemaskan pinggan mangkuk yang berada di singki. Kemudian memotong kasar cili api untuk dibuat sambal kicap nanti. Teja sedang mengeluarkan blender ketika Lisa kembali semula ke dapur. Dilihatnya Lisa membuka pintu peti ais seperti mencari sesuatu. Kemudian menutupnya semula. Dibukanya pula kabinat pinggan mangkuk. Tetapi dikatupkan semula. Lisa mencapai garam pula di ruangan bahan-bahan perisa. Tudung periuk dibuka. Belum sempat Lisa bubuh garam lagi, Teja memegang lembut jemari Lisa cuba menghalang. Lisa memerhati hairan.

'Cuba baby rasa dulu, Ok tak?' Teja beri cadangan. Dadanya berdegup kencang.

"Mestilah tawar. Kan belum bubuh garam lagi" Ujar Lisa yakin sambil buat muka.

'Haishh.. cuba dengar cakap saya.. raselah dulu...' Teja pujuk lembut. 

Lisa mengalah. Dengan sudu makan, sup dihirup.

"Em! Sedap!Cukup masin."Puji Lisa. Dia memandang Teja sambil buat muka.

"Eleh... sayang dah letak kan tadi..?" Lisa menduga Teja. Teja memberikan senyuman buat Lisa. 

'Suprise!' Teja berisyarat sebelum membelakangkan Lisa. 

Air matanya sudah bergenang di kelopak. Teja sibukkan diri memasukkan cili yang dipotong tadi ke dalam blender. Air matanya tertumpah perlahan. Dikesat segera dengan lengannya. Suasana sepi seketika.

.

.

.

.

Lisa menyentuh perlahan bahu Teja. Teja masih buat sibuk dengan blendernya. Lisa tarik tubuh Teja menghadapnya. Masih tersisa air mata di wajah Teja. Lisa renung sayu wajah Teja.

'Ada cili masuk mata ke sayang....? ' Lisa menyentuh wajah Teja. Mata Lisa sedikit berkaca.

Teja angguk-angguk sedaya upaya senyum untuk Lisanya. Lisa elus lembut pipi Teja, kemudian berisyarat,

'Baby ke yang bubuh garam tadi..? Lisa merenung dalam mata Teja yang sayu. Empangan mata Teja terus pecah dengan pertanyaan itu.

Teja terus merangkul wajah Lisa. Air matanya menderas. Dia cuba berlagak kuat untuk Lisa. Tapi dia sendiri yang hancur.

Lisa mengeratkan pelukannya. Kekuatannya saat itu.





Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now