::23 Berat::

512 42 1
                                    

Teja cuma diam duduk di kerusi rotan berkusyen di ruang tamu rumah ibu Lisa di kampung. Jantungnya berdebar-debar kerisauan dengan segala yang telah terjadi malam semalam. Lisa tekad mahu pulang ke kampung bertemu orang tuanya. Biar pahit macamanapun, biarlah berita itu keluar daripada mulut Lisa. Bukan orang lain. Awal-awal pagi lagi mereka sudah sampai. Padahal malam semalam Lisa menangis sampai tertidur.

Teja menghela nafas berat sambil melontarkan pandangannya ke luar jendela. Rumah kampung yang menghadap laut lepas begitu tenang sekali dengan tiupan bayu pantai. Sesekali Teja melihat telefon bimbitnya. Banyak emel dan mesej berderet yang perlu dibalas. Dia tak kuasa. Fikirannya, keutamaannya waktu itu hanyalah untuk Lisa.

Sudah hampir setengah jam Lisa berada dalam bilik ibunya. Sukarnya perjalanan cinta dia dan Lisa. Teja meraupi wajahnya. Sebesar mana rasa bersalah Lisa, lagi besar rasa bersalah Teja. Kerana dia memberi harapan pada Lisa, dan Lisa jadi bertindak senekad ini. Patutkah Teja rasa gembira dengan semua ini? Lisa akan jadi miliknya. Sepenuhnya. Tapi bukan semudah itu. Ini episod cinta luar biasa. Dan kalau Lisa nekad seperti ini, Teja perlu bertanggungjawab memastikan kebahagiaan Lisa.

--------

"Along dah fikir masak-masak?" Ibu mengesat sisa air mata yang tumpah.

"Ya ibu.." Lisa masih menundukkan wajahnya.

"Along..Haris tu lelaki yang baik-baik, dari keturunan yang baik-baik...Along tak menyesal..?" Ibu cuba memujuk. Lisa cuma diam. Goyah dengan pertanyaan ibunya.

"Perkahwinan bukan cuma sebab cinta Along... Cinta boleh dipupuk. Perkahwinan itu lebih daripada memerlukan adanya cinta..." ibu menasihati tenang. Lisa mengangkat wajah memandang ibunya.

Entah bagaimana dia harus menjelaskan pada ibunya yang dia tidak tertarik dengan lelaki. Dan Lisa juga sebenarnya dihimpit dengan pelbagai perasaan. Dia faham benar maksud ibunya. Dan Lisa takut kalau dia kalah dengan pujukan ibunya.

"Ibu kecewa dengan Along...?" Lisa menduga. Ibu menghela nafas panjang.

"Along.... banyak dah along korbankan untuk ibu dan adik-adik... Along anak yang taat...Tapi ibu tak mahu Along menyesal sebab menolak Haris..." Ibu usap lembut rambut Lisa. 

"Along ambil sepenuh tanggungjawab atas keputusan Along, ibu. Along cuma harap ibu dapat restu keputusan Along ni...Along minta maaf, banyak susahkan ibu..." Lisa teresak lagi di peha ibunya. Ibu mengusap lembut kepala Lisa. Cuba mencari redha dalam hatinya sendiri.

---------

Teja memandu tenang senja itu menuju ke Kuala Lumpur. Sesekali dia menoleh Lisa yang tertidur Lena di sebelah menghadap Teja. Sebelah tangannya berada di peha Teja. Dengan sebelah tangan, Teja membetulkan sweaternya yang jadi selimut di tubuh Lisa. Diraih lembut jemari Lisa lalu digenggam perlahan, hangat. Sayu hati Teja melihat Lisa sebegitu sedih. Saat itu, ingin sekali Teja merangkul erat Lisa. Biar segala beban berpindah padanya.

'Saya akan cinta dan sayang awak sampai bila-bila Lisa. Saya takkan sia-siakan hidup awak. Saya akan jaga awak. Bahagiakan awak. Saya janji takkan sakitkan awak..' Teja azam kuat-kuat dalam hati.

Teja kucup lembut jemari Lisa. Pemanduannya fokus kembali. 

Teja susur kekiri memasuki RnR, kemudian mencari parkir dibawah rimbunan pepohon. Teja meregangkan badannya. Menoleh ke arah Lisa yang masih belum sedar. Perlahan Teja kucup lembut dahi Lisa. Lama. Terasa panas. Tapak tangan Teja pula menyentuh dahi Lisa.

'Awak demam ni...' ujar Teja dalam hati. Teja menepuk lembut jemari Lisa. Mengucupnya beberapa kali. Itulah caranya dia mengejutkan Lisa. Perlahan Lisa buka mata. Menyentuh kepalanya yang terasa berat.

'Sayang... dah sampai ke?' Lisa berisyarat. Menggosok matanya beberapa kali.

'Belum baby...  ' Teja membalas. Wajahnya cuma sejengkal dengan wajah Lisa.

'Sayang letih drive ye..? Sayang lapar...?' Lisa menyentuh wajah Teja lembut.

'Sayang ok.. Baby tu... demam, badan panas...' Teja sentuh lagi dahi Lisa.

'Hm? Sikit je ni sayang.. ' Lisa membetulkan duduknya. Meregangkan badannya sedikit.

'Kita dinner dulu, lepastu baby kena makan ubat ye...' Teja berisyarat lagi.

Lisa senyum simpul sambil angguk perlahan. Malu bila Teja ambil berat begitu.

Teja menarik lembut wajah Lisa. Mengucup lembut pipi kanan Lisa. Penuh Kasih.


Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now