Teja melihat jam pada iphonenya, cecah jam 2 pagi. Ada beberapa pesanan Lisa yang masih belum dijawabnya. Sepagi ini tentu di Malaysia jam sekitar 3 petang. Dibacanya satu-persatu pesanan Lisa.
"Saya minta maaf mesej awak banyak2 kali. Emm..Saya rindu awakla :( " -1.00pm
"Mesti awak tengah nyenyak tido kan.." -1.01pm
"Esok pagi awak balaslah. Mesti awak penat" -1.02pm
Teja senyum-senyum sendiri. Hangat rasa dalam hati. Teja mengemas fail-fail dan laptop atas meja. Tubuhnya direbahkan ke atas katil sebelum membaca mesej Lisa semula.
"Emm.. saya teringin nak panggil awak sayang.. boleh ke..?"-1.30pm
"Tak kisahlah..awak setuju ke tak. Sy panggil awak sayang ok. hahah."-1.32pm
Teja tersenyum sampai telinga. Indahnya dipanggil sayang sebegitu. Dan Lisa masih kuasa veto seperti dahulu.
Teja segera menaip sesuatu.
"Saya pun rindukan awak...rasa sesak kat dada..awak jampi saya ape ni..."-Teja
"Sayang!!!"- Lisa
Teja tertawa kecil.
"Kenapa sayang tak tido lagi...? Mesej saya ganggu sayang ye..."-Lisa
"Saya siapkan kerja tadi...ni nak cuba lelapkan mata... terima kasih panggil saya sayang.. :).
"Kalau saya panggil awak Manje boleh?"- Teja. Tersenyum-senyum lagi. Macam tak sangka, pasal cinta dia segedik itu. Hahah.
"Manje? hahah..sayang ni ...manis sangat... emm.. tapi saya suka lagi kalau awak panggil saya Lisa..."- Lisa
" Kalau baby, boleh?"- Teja
"Hihihi..boleh!"- Lisa
Hahaha. Sila skip part ni kalau rasa loya. Dah terlambat.
"Sayang, dah lewat ni. Tidola. Esok nanti pening pulak..."- Lisa risaukan Teja.
"Ye baby.. saya tengah peluk sweater baby ni...rindu sangat.." -Teja membetulkan pembaringannya. Bantal peluk panjang diletakkan sweater Lisa. Dipeluknya erat. Entah bila dia terlelap keletihan. Beberapa mesej daripada Lisa yang diterima selepas itu, tidak sempat dibacanya.
==================
"Lisa, jam 4 ada meeting dengan client kan. Tak kemas-kemas lagi ke?" Mei Yee stafnya mengingatkan.
"Eh, bukan esok ke Mei?" Lisa membelek-belek jadualnya.
"Alamak!!" Benarlah temujanjinya pada jam 4 nanti. Lisa segera bergegas dokumen-dokumen penting di atas mejanya.
"Awak ikut saya kan Mei?"
"Ya. ya. dokumen2 lain I dah readykan" Mei Yee membantu apa yang patut.
Mereka berdua bergegas memasuki lif menuju ke kereta Lisa.
"Ish.. macamana boleh lupa meeting penting ni" Lisa mengeluh sewaktu mencari keretanya. Mei Yee berjalan beriringan di sebelah.
Lisa berhenti tiba-tiba. Matanya melilau memandang keliling tempat parking bawah tanah itu. Banyak kereta yang parking di situ. Lisa cekak pinggang sambil mengeluh.
"Kenape?" Mei Yee ikut hairan.
"Saya lupa parking kat mana" Lisa menjawab.
"Cuba bunyikan alarm kereta" Mei Yee beri cadangan.
"Aduhh.. masalahnya saya tertinggal kunci dekat ofis" Lisa geleng-geleng kepala.
"Oh ok.. emm tak sempat nak naik semula ni. Naik kereta I je la. " Mei Yee bertindak pantas. Mujur dia juga parking di kawasan itu.
Mereka segera menuju ke kereta Mei Yee dan bergegas ke tempat meeting.
"We need to call David lah.. dekat pukul 4 ni.. Maybe in 15minutes baru sampai." Lisa mencadangkan.
"Ok Lisa. I'll try my best." Naik seram bila Lisa bila Mei Yee mengeluarkan skill lumba go-cart nya. Terhuyung hayang dibuatnya.
"Ohhh mak ai Mei Yee.. saya belum ambil insuran nyawa lagi ni" Ujar Lisa dengan wajah cuak memandang kehadapan.
Mei Yee fokus pemanduannya. Entah jalan mana-mana yang dipintasnya. Mujurlah Kelisa. Boleh menyelit ke kiri ke kanan.
4:05pm- Mereka tiba di tempat kejadian.
------------
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...