Terasa dingin mencengkam hingga ke tulang temulang. Lisa masih berbaring dalam pelukan Teja. Dia menarik selimut dan merapatkan lagi tubuhnya dengan Teja mencari kehangatan. Teja masih lena dengan memakai t-shirt putihnya semalam. Dalam jarak yang sedekat itu, Lisa renung sepuasnya wajah Teja yang tenang. Yang paling dicintainya. Yang mencuri ciuman pertamanya. Yang... malam semalam letih tertidur tanpa sempat berbuat apa-apa.
Melihat Teja begitu sahaja hati Lisa jadi berdebar. Lama-lama tenung kekasih hati, jiwa jadi sayu, ngilu. Satu tahap perasaan yang perlu dialami barulah mengerti. Sayang terlalu dalam, rindu tak keruan.
"Sayang..." Lisa memanggil perlahan. Lembut. Bukan niatnya membangunkan Teja. Cuma, perasaannya teringin menyebut sayang sebegitu. Lisa menarik nafas dan melepaskan bersama debaran didada.
"Sayang jangan pergi jauh-jauh lagi..." Lisa menuturkan sayu.
"Kalau saya sakitkan hati awak sekalipun, awak jangan tinggalkan saya..."
"Saya sayang awak sangat-sangat...."Serak suara Lisa. Wajahnya dibenamkan kembali ke dada Teja. Seakan mengerti, Teja mengeratkan pelukannya. Tidurnya masih lena.
Lisa meloloskan dirinya perlahan-lahan daripada pelukan Teja. Melihat jam yang hampir menuju ke jam 9.00 pagi. Terasa berputar sedikit suasana bila Lisa cuba berdiri. Dia duduk kembali di hujung katil. Menarik nafas sedalam-dalamnya. Mungkin lapar jadi pusing begini. Berkata Lisa dalam hati. Handphonenya dicapai.
"Woahh!! 20 missed call?" Terkejut melihat nama Mei Yee. Lisa membalas panggilan.
"Hello Lis. U kat mane..??For God Sake!!" Suara Mei Lee dihujung talian.
"Eh, I dah beritahu cuti kan...?" Lisa tak faham Mei Lee mencarinya pagi-pagi begitu.
"Ya.. I know, but u promised nak datang meeting in KL 9am kan? Sapa nak sembang dengan PETRONAS ni?" Mei Yee agak kalut.
"Oh.. shoot!!. U jangan main-main Mei.. Esok kan...?" Lisa kelam kabut mencari beg laptopnya. Oh. Ada terbuka atas meja. Segera dia membuka kalender dan beberapa dokumen.
"What's wrong with u la Lis. Mati la I macam ni.. U punye part yang penting tau." Mei Yee mengeluh dihujung talian.
"Damn.. I'm so sorry Mei.. I dah siapkan semua malam tadi. But I pun tak tahu macamana boleh lupa that meeting pagi ni." Lisa mengeluh kecewa.
"Hmm.. Ok.. emm.. U kat mana? Sempat tak nak datang?" Kedengaran seperti Mei Yee sedang memakir kenderaan.
"Lagi 5 minit pukul 9 ni..Mane sempat.." Lisa stress.
"Ok. I share with u the materials. Can u present on behalf of me then..?" Lisa mencadangkan.
Ada keluhan dihujung talian.
"Tapi takkan effortless macam you present la Lisa.." Ujar Mei Yee ragu. Kerisauan tahap tinggi.
"Tapi you masih boleh yakinkan orang lain kan..? I know.. U boleh..." Lisa meyakinkan lembut. Jemarinya pantas mengemelkan segala bahan kepada Mei Yee.
"Aiyooo.. okla okla.. I try my best. But kalau Dato' cari U nak jawab ape?" Bunyi kasut tumit Mei Yee dihujung talian.
"Cakap I cuti. Bagitahu hal keluarga." Lisa cuba tenangkan dirinya.
"Ok2.. I naik lif dulu. I received your email. Happy holiday then..."
"Thanks so much Mei..Sorry tau. Good Luck! I trust in you." Balas Lisa.
Kedua-duanya menamatkan talian. Lisa mengeluh kehairanan. Wajahnya di raupi beberapa kali. Ini kali ke berapa dia begini. Dia sendiri tidak ingat. Termenung Lisa. Dibukanya lagi handphonenya. Juga ada pesanan daripada 'Haris'.
"Haris? Siapa ni...? Lisa berkerut dahi. Haris.. haris... oh..!" Lisa berjaya mengingat.
"Salam Awak. Tengah sibuk ke tu? Malam ni jangan lupe ye. Kita ada dinner dengan ibu dan ayah." Lisa mengeluh lagi.
Terasa loya dan pening tiba-tiba. Segera dia masuk ke tandas. Segala isi perut dimuntahkan ke mangkuk tandas. Bila rasa lega, Lisa terus membersihkan mulut dan memberus gigi. Dia termenung lagi menghadap cermin. Peningnya masih ada sisa sedikit. Pintu tandas dibuka dan Teja sudah tercegat di muka pintu.
'Baby.. baby ok..?' Teja meraih jemari Lisa. Lisa membalas dengan senyuman dan mengangguk beberapa kali.
'Sayang dah puas tido..?' Mereka berjalan menuju semula ke katil.
'Saya rasa sedih sikit..' Teja menundukkan wajahnya.
'Kenapa sayang..?' Lisa memeluk pinggang Teja sambil mengelus rambut Teja.
'Saya, cari awak takde dekat sebelah saya...' Teja berisyarat satu-satu. Lisa terharu.
Lisa lantas memeluk erat tubuh Teja. Dikucupnya lembut bahu Teja.
Hatinya gusar. Tidak pasti kenapa dia begitu.
Haris itu tunangnya, dan kenapa dia bagaikan hilang punca pada banyak perkara.
Namun yang dia yakin tahu, dipelukannya adalah Teja.
Kesayangan hidupnya.
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...