Teja mengenakan sweat pant dengan jersi sukan tanpa lengan berwarna biru. Memandangkan cuaca masih panas petang itu, topi SUPREME berwarna hitam digayakan juga. Teja menunggu di lobi kolej. Kata Lisa nanti dia sampai dalam 5 minit. Teja duduk di bangku yang disediakan sambil membaca berita semasa melalui telefonnya.
"Hai" Lisa menepuk bahu Teja daripada belakang. Teja terus berdiri menghadap Lisa yang cuma paras bahunya.
Sekali lagi untuk hari itu Lisa terkesima dengan senyuman Teja. Nampaknya jantung tak beri kerjasama. Berdegup kencang lagi dibuatnya. Wahai jantung jangan malukan tuan ok.
'OMG tingginya dia.' Terkelip-kelip Lisa memandang Teja sambil dongak sedikit kepala. Tak biasa mata Lisa lihat objek secomel itu. Bukan senang nak jumpa dalam kampus ni.
Teja cuit bahu Lisa, minta dia melihat telefon bimbit. Ada pesanan yang dikirim.
'Lisa, saya pakai macam ni ok kan? sopan kan?'- Teja
Lisa memerhati Teja dari atas ke bawah. Aduh syaitonn!!.. kenapa berdegup laju betul jantung ni. Lisa mengalihkan pandangannya semula mendongak menghadap Teja.
"Ok je. Sopan" Ucap Lisa angguk-angguk sambil menunjukkkan ibu jari tanda OK. Teja senyum lega.
Teja hantar pesanan lagi. Jadi letih juga komunikasi begitu.
'Maaf, saya ada masalah pendengaran dan bercakap. Sorry kalau awak tak selesa' -Teja
Wajah Lisa berubah sedikit, teringat kembali niatnya yang mahu meminta maaf.
"Ok je. Saya ok" Balas Lisa sambil beri isyarat OK seperti Teja sebelum ini.
Dalam kepala Lisa sudah ada tempat-tempat yang bakal dilawati petang ini. Tapi Lisa juga tidak pasti cara dia mahu bersembang dengan selesa bersama Teja. Tanpa menunggu lagi, Lisa terus menarik tangan kiri Teja agar mengikutnya keluar daripada lobi kolej.
Eh. Terkejut Teja dengan tindakan Lisa. Dia cuma menurut dan membiarkan Lisa. Beberapa ketika berjalan Lisa garu-garu kepala dan melepaskan tangan Teja. Aduh awkward pulak. Lisa senyum segan dengan Teja. Perlu ke dia tarik tangan Teja begitu tadi. Lisa melepaskan nafas.
" Emm.. saya nak minta maaf pasal siang tadi" -Lisa bersuara.
Teja yang masih berjalan memberhentikan langkahnya. Dia memandang bibir Lisa betul-betul sambil menyuruh Lisa ulangi kata-kata tadi. Jarak 3 kaki agak rapat juga kan dengan wajah Lisa. Ahh sudah!! Merah pula wajah Lisa. Dup dap.. DUP DAP!
"Err.. saya minta maaf siang tadi. Sorry saya tak peka dengan keadaan awak.." Lisa ucap perlahan-lahan.
Teja gelak kecil sambil buat isyarat OK lagi.
Mereka meneruskan perjalanan. Mata Teja tak lepas daripada memandang Lisa yang rancak bercerita itu ini. Bermula daripada tempat makan paling sedap dan murah, kedai fotostate abang sedekah dan reban arnab yang selalu hilang arnabnya. Terhibur Teja dengan keramahan Lisa. Lega rasanya, sampai di tempat baru, dan terus berjumpa dengan kawan baru.
Sedar tak sedar hampir 3km mereka menapak keliling kampus. Lisa memandang Teja sekilas. Masih anggun seperti awal tadi. Dia pula yang berpeluh satu badan dengan muka memerah menahan panas petang. Jam hampir 6.30petang, tetapi cuaca masih panas.
Teja mencuit bahu Lisa, mengajaknya berhenti seketika duduk di pondok kayu di tepi tasik.
'Ok?' Teja merujuk pada Lisa yang nampak letih.
"Hmm ok2.. panas.." Lisa buat gaya panas. Teja senyum terhibur. Teja tercari-cari sesuatu di poket seluarnya. Ah! jumpa.
Sapu tangan dikeluarkan dan diberikan pada Lisa.
"Ha? Untuk saya?"-terharu Lisa.
Teja angguk-angguk. Sambil tunjuk wajah Lisa yang berpeluh.
Segan juga Lisa bile sistem rembesan peluhnya berfungsi dengan jayanya petang itu. Itulah akibat jarang bersenam. Jalan sikit dah rasa letih macam maraton. Teja memerhati kawasan sekeliling tasik yang mendamaikan. Ada juga angin petang yang bertiup perlahan. Berapa luas agaknya kawasan kampus ni.
Setelah beberapa ketika Lisa ajak Teja berjalan kembali. Teja menahan bahu Lisa perlahan. Topi Supremenya ditanggalkan dan di pakaikan di kepala Lisa.
krik..
krik..
krik..
krik..
Lisa terkaku. Tidak pasti kalau jantungnya masih berdegup. Melampau.
'Panas. Muka awak merah dah tu..' Teja membuat isyarat menunjuk wajah Lisa.
---
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...