Lisa membaca pesanan Teja berulang-ulang kali. Rupanya bukan dia sahaja yang didatangi perasaan aneh bila bersama Teja. Dia jadi begitu clingy kalau ada Teja. Mesti mahu pegang lenganlah, tepuk bahulah, duduk rapat2lah, pukul2 manja la. Sampaikan Teja ugut nak mengadu dekat talian Nur sebab hari-hari kena domestic violence. Tapi Teja pun sudi kalau Lisa domestic violence dengannya. Eh.. apelah macam ni.
Satu hari Haris menegur tingkah Lisa.
"Awak ni dengan Teja janganlah kasar-kasar macam tu..mentang-mentangla dia tak balas.." Haris menyedut sirap ais. Cuaca musim panas.
"Ala.. Teja ok je.." Lisa tersenyum sendiri bila mengenangkan wajah Teja yang menahan sakit.
"Hmm.. buatlah dekat saya. Saya kuat tau." Haris mengangkat keningnya. Lisa cuma tergelak kecil.
"Cakap je la awak jealous...Mane boleh sentuh2 pun.." Lisa mengingatkan Haris. Haris senyum kelat. Haris tahu kalau dia bukan pilihan Lisa. Tapi Haris masih berusaha memenangi hati Lisa
"Eh, Teja tu classmate saya dulu tau. Apa barang saya nak jealous." Haris menjaga ego.
"Hahah.. yela.. yela.. takkanlah nak bandingkan awak dengan Teja pulak ye..." Lisa beralah.
---
Dengan Teja, Lisa rasa nyaman dan selamat. Teja juga jadi terlalu protective kalau dengan Lisa. Teja boleh jadi kuat bebel kalau ada benda-benda yang tak kena dimatanya. Masuk kereta lambat kunci pintu, masuk kedai tinggalkan kereta dengan enjin masih hidup, isi minyak tak matikan enjin. Semuanya nampak bahaya di mata Teja. Memang bahaya pun.
Dan setiap kali kena bebel, Lisa cuma muncung. Dah.. Teja pulak yang perlu pujuk Lisa lagi. Itu buat Lisa makin manja dengan Teja. Selesa. Rasa sayang. Tiap hari mesti akan ada mesej perbualan berderet-deret. Padahal, bukanlah tak jumpa di rumah sewa nanti. Tapi itulah Teja dan Lisa.
Rupanya semua itu menyuburkan bibit-bibit perasaan yang Lisa sendiri susah untuk fahami. Dan pada kebanyakan waktu, Lisa cuma biarkan perasan keliru itu. Tapi apa-apa pun perasaan itu, dia cuma mahu Teja ada dekat dengannya.
Dan mungkin oleh kerana dia tidak mahu melayan perasaan keliru itu, dia dan Teja terpisah. Teja yang dulu secara tidak langsung mengaku pada Lisa. Suatu hari, waktu makan aiskrim McD.
'Lisa, saya ada benda nak beritahu ni' Teja nampak gementar sedikit.
'Hm? Ape dia?' Lisa masih fokus dengan aiskrim vanilanya.
'Emm.. Saya sayang awak tau'
'Ha? Sorry, lagi sekali.' Lisa cuba fokus pada isyarat tangan Teja.
'Saya cakap saya sayang awak' Teja ulang.
'Oh.. Ye..ye..saya tahu. Nasib baik awak sayang saya. Kalau tak saya belasah awak' balas Lisa sambil menunjukkan penumbuk. Teja cuma tersenyum kelat. Luahan perasannya seakan terbantut.
Lisa sendiri tidak pasti, reaksi yang harus diberi. Patutkah hatinya rasa berbunga-bunga? Tapi mungkin Teja sayang sekadar kawan? Lisa cuma anggap biasa ucapan Teja. Walaupun jantungnya berdebar laju.
Tidak mahu melayan perasaan berlebih-lebihan. Dia juga sudah bertunang dengan Haris atas permintaan keluarga. Lisa juga tidak berdaya membantah. Dan bila Lisa sedar perasaanya lebih ke arah Teja, dia berusaha untuk mengenali Haris lebih lagi. Mungkin sebab terlalu rapat dengan Teja, maka muncul perasaaan begitu. Mungkin kalau ada Haris, rasa itu akan pudar sedikit demi sedikit. Mungkin. Tapi Teja begitu menarik di hatinya, lebih daripada Haris. Dan sekian lama Lisa cuba nafikan, perasaannya tetap sama begitu.
Lisa yakin yang Teja banyak berkecil hati dengannya. Tapi Teja seperti biasa akan pendamkan semuanya. Bukan sesuatu yang mudah mengucapkan cinta dengan teman baik sendiri. Sejantina. Paling mudah adalah dengan memendam dan mengundur diri. Perjuangannya meletihkan. Waktu Lisa sedar, dia tak mampu kehilangan Teja, semuanya sudah terlambat.
'Awak nak ke mana..? Kenapa..?' Soal Lisa pada Teja yang masih diam dari tadi.
'Saya tak pasti kedudukan saya dekat hati awak macamana...' Teja berisyarat sambil menyeka air mata.
'Please.. jangan pergi...' Lisa merayu lagi.
'Awak cakap awak sayangkan saya, tapi kenapa tingalkan saya..' Air mata Lisa berjujuran. Cuba mengawalnya dalam keramaian orang-orang yang berada di airport. Ada beberapa pasang mata yang melihat adegan tersebut.
Teja cuma menggeleng. Tekadnya kuat. Langkahnya diperkemas laju menuju balai berlepas.
Lisa cuma tertegun di situ.
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Ficción históricaSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...