Teja memeluk erat Lisa dalam suasana tarian yang begitu romantis. Lampu limpah neon dan muzik instrumental Perfect-Ed Shereen kedengaran sayup-sayup mendamaikan. Lisa mengenakan lace long dress; manakala Teja dengan kemeja dan seluar putih. Sesekali Teja mengucup lembut leher Lisa. Kekasih hatinya itu nampak begitu cantik dan manja sekali malam itu. Senyuman manis dan bau harum memenuhi ruangan itu. Lisa meletakkan kepalanya di bahu Teja sambil menari perlahan mengikut alunan muzik. Lisa mengelus lembut rambut Teja. Dalam pelukan Teja pun masih lagi belum menghilangkan rindu dendam dalam hati. Sesekali terasa kalau Lisa is squeezing Teja's body. Meredakan rasa rindu. Teja mengusap lembut belakang Lisa. Dia tahu kalau gadis itu lelah dengan segala yang berlaku.
Teja menyentuh lembut wajah Lisa dengan dua tapak tangannya. Dilihat sepuasnya wajah itu. Lisa senyum malu ditenung sebegitu. Teja menarik wajah Lisa bertemu dahinya. Dikucupnya lembut mata Lisa. Dipeluk erat lagi wajah itu. Seluruh tubuh itu miliknya.
-----
Bedebuk!!! "Ah!! Aduh...." Lisa terpisat-pisat di bawah katil. Selimut dan bantal peluk ikut jatuh atas lantai. Dia meggosok-gosok matanya. Mujur katilnya tidak tinggi. Ahh.. mimpi rupanya. Lisa segera bangkit dan baring di atas katil. Iphone nya di capai. Ada mesej daripada Teja.
"Baby.. Sayang peluk baby erat-erat ye.. selamat malam manja.." -Teja .Hangatnya rasa. Lisa terasa lelah sekali dengan kejauhan ini. Ya, benar kata Teja, sesak dadanya. Air mata kerinduan mengalir lagi. Dipeluknya erat sweater hoodie Teja seerat, semampu mungkin. Lisa membalas pesanan Teja.
"Sayang.. bila nak selesai semua ni..? Sayang.... cepatla balik..." Lisa menghantar pesanan. Air matanya deras mengalir.
Ting! Ada pesanan masuk.
"Baby....baby tak ok ye ni....? Sayang ada sini baby...." Teja membalas.
Makin deras air mata Lisa bila Teja memujuk begitu. Dia terlalu rindukan Teja. Dia mahukan Teja disisinya tiap waktu. Lisa terlalu rindukan pelukan hangat Teja.
"Sayang...please... baliklah.. dah sebulan baby tunggu sayang...." Lisa merayu lagi. Lisa tahu kalau janji Teja itu 3 bulan untuk selesaikan segala urusan. Tapi rindu membuatnya gila.
"Ye baby..sayang tengah usahakan semuanya baby. Semua untuk baby. Sayang pun rindu baby sangat-sangat.... :(". Balas Teja.
Lisa peluk erat lagi sweater hoodie milik Teja. Teresak-esak perlahan. Terasa berat sekali rindu ini. Sakit.
"Baby..Baby tahan sikit ye.. Sayang janji..sayang balik cepat... " Teja memujuk lagi.
" Sayang... sayang.... sayang.....sayang..... :( ". Seakan tidak mahu berhenti esakan itu.
-----
Teja mundar mandir dari tadi. Alangkah bagus kalau pintu suka hati doraemon itu wujud. Tentu dia tidak risau separuh mati begini. Lisa perlukannya saat ini.
Sarah menegurnya. " Hey, what's happening". Dilihatnya wajah Teja yang berkerut.
'I'm not sure. Lisa seems not OK'
"Why?" Sarah melabuhkan penggungnya di sofa.
'You know my plan right?Supposed to be in 3 months, and I settle everything here' Teja menerangkan.
'Ya. You told me. Is Lisa pushing you?'
'I don't think she's pushing me.. it's... both of us really...miss each other crazily...' Teja meraupi wajahnya. Mengeluh.
'Ahh.. that is serious girl...' Sarah duduk merapati Teja. Bahu Teja dipeluknya .
'Hey. Look at me. You, are the one who decide when you should go back. You, choose the date. No matter what happens over here, you are the one that will choose when you gonna get back to your Lisa. Why are you still here? You need her. She's alone there. ' Sarah berceramah.
'Whatever it cost, if you think she's worth, go and get her. Not the fuc**** shit 3 months girl. Its too long...' Sambung Sarah lagi. Teja sudah bergenang air mata. Rindu membuatnya lemah begini.
'Hey.. You are my best friend. I saw how you suffered wanting Lisa a long time ago. It kills me girl. The time is now. Not another 3 months..' Sarah memeluk erat bahu Teja, memberi kekuatan. Sahabat baiknya itu. Ya... makhluk paling sabar sedunia. Tapi dia hampir gila kerana Lisa.
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...