::35 Sirap Ais Selasih::

575 47 59
                                    

Imbas Kembali

Teja mengangkat tray lauk dan disusun memanjang diatas meja. Telah tersedia lima lagi tray yeng berisi buah tembikai, ulam-ulaman, ayam goreng berempah, masak lemak nangka dan ikan goreng sambal. Untuk menu air pula, sirap ais selasih jadi pilihan. Seramai 150 orang sukarelawan terlibat membersihkan SMK Dabong yang terletak di Kuala Krai. Banjir terdahsyat yang pernah melanda Kuala Krai, menenggelamkan banyak harta benda.

Sepanjang perjalanan ke SMK Dabong, satu perkara yang mungkin tidak terbayang adalah ketinggian paras air yang mencecah dedaun hujung-hujung pokok. Dapat dilihat jelas, sampai paras mana daun-daun pokok berwarna merah akibat air lumpur tanah merah. Bila tiba di sekolah pula, dapat dilihat paras air adalah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah. Cuma tinggal bumbung yang terselamat.

Bila air mulai surut, yang tinggal bukan sekadar lumpur-lumpur dan harta benda yang musnah, tetapi juga, binatang berbisa turut tersembunyi dimana-mana.

Teja membetulkan penutup hidungnya. Hampir jam 1230 tengahari. Cuaca baik dan panas waktu itu. Sesekali datang Taufik menyampaikan pesanan pada Teja. Selaku ketua koordinasi program sukarelawan ini, dia perlu memastikan segalanya berjalan lancar tanpa mengabaikan kebajikan para sukarelawan. Lagipun, hampir 3 hari mereka berkampung di sekitar Kuala Krai, dan pada hari terakhir, ada tajaan makanan daripada pihak SHELL yang turut sama menjadi rakan kolaborasi program ini. 

"Jo! Jo!" Taufik lambai kepada Jonathan yang sedang memegang cangkul. Dia berjalan laju menghampiri Taufik. 

"Yup! Kenapa?" Jonathan bertanya.

" Ni ade bekas polistrin. Kau tolong Teja bungkuskan 10 paket makanan. Ade staff SHELL nak balik la sebab ada urgent matters. Tak sempat join kita. " 

"Oh.. ok2.. considered done" Jonatan ambil seplastik polistrin dan menuju ke arah Teja yang sedang menceduk nasi untuk dibungkus nanti.

Taufik bergerak menggantikan tempat Jonatan.

"Hai. Lisa kan?" Dia menyapa gadis sebelahnya yang sedang menolak lumpur yang sudah kurang tebalnya.

"Haah" Lisa senyum sedikit. Dalam juga lumpur yang mendap di setiap bilik darjah. Lumpur perlu dikeluarkan terlebih dahulu, barulah waterjet boleh disembur untuk membersihkan kelas.

"Thanks tau support this program" Taufik mencangkul lumpur dan melemparkan ke tepi.

"Oh.. no problem. Kebetulan kawan I yang ajak and I pun tak buat apa-apa" balas Lisa membetulkan sarung tangannya.

"Oh yeke..? " Taufik senyum sedikit.

"Sape kawan you?"

"Oh. yang kat bahagian makanan tu. Teja" Lisa bersahaja.

"Ohhhh.. Teja tu kawan you?" Taufik teruja.

Lisa angguk-angguk.

"Kira dah lama la kenal Teja..?" Taufik tanya lagi.

"Emm.. dekat setahun ada.." 

"Oh macam tu.. Idea Teja tu kadang-kadang I tak terjangkau." Taufik memuji.

" Kenapa..?" Lisa kerut dahi memandang Taufik.

" Saya hampir give up jugak nak handle bende ni. Dengan dana tak ade, volunteer pun tak ramai.. Tapi Teja ni positif. Saya tak pasti, maybe dia ade magic kot.. tiba-tiba SHELL offer nak join." Taufik geleng-geleng ketika bercerita.

Lisa memandang Taufik. Turut kagum dengan ceritanya.

"Emm Teja ada jawatan ke dalam program ni..?" Lisa mahu ambil tahu.

Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)Where stories live. Discover now