IMBAS KEMBALI
Teja menyemak semula akaun projek yang dikendalikannya. Sudah 40% perbelanjaan dalam masa hampir setahun. Tempoh projek adalah selama 2 tahun. Lega hatinya. Disebabkan dana projek bukan diberi dalam bentuk wang tunai, jadi agak sukar untuk dibelanjakan. Perlu dahulukan wang sendiri dan kemudian barulah claim. Mujur Dr Azhar penyelia Teja punya peti cash, jadi dari situlah jadi wang pusingan. Jam 3petang nanti dia perlu berjumpa dengan Dr Azhar. Katanya ada projek baru masuk lagi. Pusing juga Teja jadinya. Lelah dengan pengajiannya sendiri; juga dengan pelbagai projek yang perlu diuruskan.
Telefon bimbit Teja bergetar. Ada pesanan bergambar masuk daripada Lisa.
Dah makan? Ade dekat mana? Saya nak bagi nasi lemak ni.- Lisa
Teja senyum-senyum membaca. Tiba-tiba perut jadi berkeroncong. Dibalasnya segera pesanan Lisa.
Ada di ofis lama Dr Azhar. Macam biasa.-Teja
Teja kembali mengemas fail-fail dan buku yang berselerak atas meja. Tangannya pantas membuka printer cabuk canon berwarna putih yang asyik tersangkut kertas daripada tadi. Panas hati bila senarai kerjanya harini banyak tertangguh disebabkan si printer cabuk. Teja nekad, jam 3 nanti mesti pujuk Dr Azhar sampai beli printer baru. Telefon bimbit Teja bergetar lagi.
Awak.. bukaklah pintu.. Lenguh dah ketuk..-Lisa
Hahaha..awak lupe ke saye tak dengar? Kejap. saya bukak..-Teja
Teja berjalan pantas membuka pintu yang berjarak 5 meter dibelakangnya. Tombol kuncinya dipulas. Terpacul susuk Lisa yang nampak begitu cantik dengan skirt labuh berwarna putih, digayakan dengan kemeja berwarna biru cair. Tak berkelip mata Teja memandang. Apekah??
Lisa menepuk perlahan pipi Teja dan selamba masuk ke dalam ofis dan meletakkan 2 bungkus nasi lemak di atas meja kerja Teja.
Teja pula seakan malu sendiri dan cepat-cepat menutup pintu.
'Cepatlah buatkan air. Saya lapar ni. Jom makan' Lisa memberikan arahan sambil melabuhkan punggung di kerusi.
'Awak ni.. daripada mane?' Teja mencuit bahu Lisa. Teja mencapai 2 biji mug yang tersusun di rak. Cerek putih dihidupkan suisnya.
'Daripada kolejla. Saya free sikit harini. So, masaklah nasi lemak..' Lisa berisyarat perlahan-lahan. Maklumlah masih belum mahir.
'Wahh.. awak masak?' Teja teruja.
Lisa angguk-angguk dengan wajah bangga.
'Masak pakai ape? Tak pernah nampak pun periuk, kuali dalam bilik awak..' Teja kehairanan.
'Ishh.. Adelah saya simpan tempat rahsia..itu kan barang larangan kat kolej. Nanti kene saman nanti..' Lisa menjelaskan.
Teja angguk-angguk.
'Lepastu.. cantik-cantik ni nak ke mana? ' Teja menyambung sambil tangannya pantas membuat nescafe panas.
Memerah wajah Lisa dipuji cantik sebegitu.
"Jumpa awaklah." Ucap Lisa tak sengaja. Aduhhh! Lisa cuba buat reaksi biasa, bimbang tertangkap dengan Teja. Tiba-tiba sahaja terpacul spontan jawapan sebegitu. Dadanya berdebar laju.
Teja berhenti mengacau air dan menumpukan pada gerak bibir Lisa dengan dahi berkerut.
'Awak cakap apa tadi?' Teja cuba memastikan.
"Buat nasi lemak" Lisa balas pula dengan jawapan tak logik.
'Wau.. impressive.. buat nasi lemak kene cantik-cantik' usik Teja tersenyum.
Fuh!! Nasib baik.
Dua mug berisi nescafe panas dihidangkan. Teja mengambil posisi dan membuka bekal nasi lemak yang dibawa Lisa. Wanginya.
'Wah.. telur burung puyuh kan ni?' Teja menunjuk telur rebus yang diletak bersama sambal.
Lisa angguk-angguk.
'Special ni..Tak pernah jumpa yang macam ni.'Puji Teja.
Suapan pertama masuk ke dalam mulut. Teja menjegilkan matanya. Dia meneruskan kunyahan.Lisa memerhati sambil menanti respon Teja.
'Pedas ke?' Tanya Lisa tak sabar.
Teja geleng-geleng.
'This is the best nasi lemak ever!' Teja berisyarat kemudian menyuap kembali nasi lemak.
Ikan bilis dan kacang yang fresh dan rangup memang terbaik. Peranan utama: sambal. Mengancam! Cukup pedas dan manisnya.
Lisa senyum sampai ke telinga dengan pujian Teja. Nescafe panas dihirupnya perlahan dengan sisa senyuman yang tak mahu hilang.
'Sedap giler..' Puji Teja lagi sambil hirup nescafe panas.
'Nak lagi? Makanlah saya punye ni. Banyak lagi' Pelawa Lisa bila dilihat bahagian Teja tinggal 2 kali suapan sahaja.
'Eh, cukup-cukup. Nanti kene lari jauh pulak petang ni. Awak makanlah, kan lapar... Penat memasak pulak tu..Terima kasih masakkan nasi lemak sedap ni...' Teja meandang wajah Lisa dihadapannya sambil senyum lembut.
Sehelai tisu ditarik Teja dan dibawa perlahan ke sudut bibir Lisa yang tersisa sambal. Dilapnya perlahan.
.
.
.
.
Dua pasang mata bertentangan. Jantung juga berdebar kencang.
Teja berdehem sambil mengalihkan tangannya.
'Saya ke toilet kejap' Teja berisyarat dan pantas keluar daripada pejabat.
Lisa terpaku.
.
.
.
Sambal manis punya pasal sampai dia jadi kelu.
YOU ARE READING
Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol.1)
Historical FictionSi bisu yang mendengar Terasa sampai dalam hati. 'Sayang, aku takut.' Tapi katamu; "Ayuh kita tempuhinya walau dengan perasaan takut" 'Sayang, apa kamu tidak gentar melupakan aku?' "Biarpun aku melupakanmu, tapi perasaan cinta ini takkan mungkin...