TAHUN ni umur aku genap 25 tahun. Setelah tiga tahun merantau menuntut ilmu di negara orang, akhirnya aku pulang. Pulang bersama rindu yang menggebu di hati.
Ah, sungguh tak sabar untuk aku bertemu mereka kembali. Keluarga yang sudah lama tidak bersua muka.
Keluarga aku tidaklah terlalu besar dan taklah terlalu kecil. Kalau pergi makan KFC, mesti rasa tak cukup. Dan akhirnya, kerana rasa tak cukup itu, kami berbalah sesama sendiri.
Walaupun papa lebih daripada mampu untuk belanja kami apa sahaja yang kami mahu, tapi papa tak pernah mendidik anaknya untuk berlebih-lebihan. Kata papa, sederhana itu lebih tinggi nilainya di mata Islam.
Mama pula? Sangat ceria dan berjiwa remaja. Suka bergurau dengan ahli keluarga, buat perkara yang boleh dikatakan buang tabiat juga. Mama sudah aku anggap seperti sahabat aku sendiri sehinggakan hampir tiada rahsia antara kami.
Kak Fiqa, si anak sulung. Anak yang paling rajin dan paling kuat membebel juga. Kak Fiqa kadang-kadang buat aku rasa menyampah juga. Yalah, siapa saja tahan nak mendengar mulut dia berbunyi saja tiap masa. Tapi selepas dah tiga tahun tak berjumpa, rasa rindulah pula.
Adik? Pastinya ada. Adik yang selalu mengajak si kakak-kakaknya bergaduh. Ada saja nak menjawab sampai rasa nak cubit mulut tu biar bengkak. Mana tahu ada rezeki dapat bibir tebal macam Angelina Jolie.
Maya? Seorang sahabat yang punya kisah pahit tersendiri tentang keluarganya. Dia gadis paling tabah dan cekal pernah aku lihat. Sejujurnya, aku bangga menjadi tempatnya mengadu suka dan dukanya.
Ya, hidup aku sangat-sangatlah biasa. Tiada kisah menarik sangat yang perlu aku ceritakan. Aku bukan macam dalam cerita novel yang penuh dengan derita. Tak cukup dengan itu, kena dera mental dan fizikal dengan suami sendiri.
Tak, hidup aku bukan macam tu yang pada mulanya derita kemudian bahagia tapi hidup aku bahagia dan In Syaa Allah, selamanya!
Tapi Tuhan telah mengatur takdirnya yang tak ada siapa tahu. Kata orang, panas tak sampai ke petang. Bahagia aku ditarik sekaligus hingga aku hilang semuanya dalam satu tragedi ngeri.
Hanya kerana dendam, habis nyawa dijadikan taruhan. Ya, kerana dendam, keluarga aku pergi meninggalkan aku buat selamanya.
Tuhan, kuatkah aku?
#####
Lututku terasa lemah seperti dicabut soketnya. Terasa seperti ada graviti yang menarik aku ke pusat bumi. Akhirnya, aku menyerah kalah tatkala kekuatanku hilang dibawa angin malam. Badanku melurut jatuh ke tar jalan bersama linangan air mata. Anak mataku tepat memandang rumah banglo dua tingkat yang sudah rentung kerana dijilat api.
Siapa sangka, itu rumah aku.
Orang ramai berpusu-pusu berkumpul di depan rumah Datuk Aminuddin, papaku untuk melihat kejadian yang berlaku. Pasukan penyelamat mula menjalankan tugas tapi apa gunanya? Tiada lagi nyawa untuk diselamatkan.
Pedih untuk kuakui, tapi itulah hakikatnya.
Aku menggenggam erat jemariku. Kepala perlahan-lahan tertunduk memandang tar jalan dengan 101 perasaan. Tar jalan yang hitam itu tak mampu menandingi gelapnya hati ini yang kuat ingin menyalahkan takdir.
Ya Allah, macam mana ni semua boleh terjadi? Aku hilang segalanya dalam masa tak sampai satu hari.
Keluarga aku, sahabat aku. Kebahagiaan aku hilang sekelip mata. Apa yang ingin Kau tunjukkan pada aku sebenarnya, Ya Tuhan?
KENAPA KAU BUAT AKU BEGINI?!
Suaraku seakan-akan tidak mampu keluar dari anak tekak. Ia seperti tersekat di rengkungan.
Akhirnya tangisan dan raunganku bersatu. Fikiranku kosong. Akal aku masih bertanya tentang apa yang sedang terjadi sekarang ini. Mataku masih meragui dengan apa yang ia lihat saat ini.
Duniaku jadi gelap. Hitam. Hinggakan bayang pun tiada. Semuanya kosong. Fikiranku bercelaru. Semuanya menjadi kacau bilau.
Mama, papa, Kak Fiqa, Fina dan Maya. Mereka itu insan yang tak boleh diganti. Sekarang, aku hilang segalanya. Ya, segalanya!
Ok x utk permulaan ni? Dont worry, author akn buat byk² nnti. Ini cuma beginning je. Vote n comment!
YOU ARE READING
Hacker 426 ✔️
Romance[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan sep...