LBP's Team

33.1K 3.3K 123
                                    

PADA malam yang sama, Black, Andy, Addy dan Edri menunggu di sebuah gudang lama, tempat yang dijanjikan oleh LBP untuk bertemu.

Mereka berempat duduk di kerusi. Addy mengeluh perlahan. "Lambatnya. Tak ada pun dia ni." rungut Addy setelah 15 minit menanti.

"Entah-entah, dia permainkan kita." duga Edri lalu mendengus keras. Semasa diberitahu oleh Black tentang rancangan LBP itu, dia sungguh tak percaya. Masakan LBP mahu bekerjasama dengan mereka yang biasa-biasa ini.

"Black," panggil Andy. Dia tak mahu kata apa. Sudah 12 tahun dia dan Black berkawan. Dia percayakan lelaki berkulit sawo matang itu.

Black senyap. Dia tak tahu mahu balas apa atas setiap rungutan kawan-kawannya dari semalam hinggalah sekarang.

Apa taknya, Black sendiri sedang meyakinkan dirinya bahawa LBP tak main-main.

Tiba-tiba pintu gudang lama itu terbuka. Empat pasang mata terarah pada pintu itu.

Seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam bersama hoodie yang menutup rambutnya berjalan masuk. Semestinya, wajah itu kini tertutup dengan topeng putih.

Lantas mereka berempat berdiri hampir serentak. LBP bergerak ke arah mereka. Di tangannya ada sekeping fail hitam.

"So, kauorang setuju?" soal LBP, terus. Setiap wajah di situ dipandang tajam dengan matanya.

Black dan Andy mengangguk yakin manakala Addy masih lagi ragu-ragu. Edri awal-awal sudah menggeleng kepala. Sesungguhnya, dia perlukan bukti bahawa LBP tak main-main dengan mereka.

LBP memandang Addy dan Edri.

"Kenapa? Kau ingat aku main-main dengan kauorang ke?" tebak LBP, sudah dapat mengagak.

Ya, dia tahu. Bukan mudah untuk percaya malah rakan-rakan polisnya juga sukar untuk percaya yang LBP mahu bekerjasama dengan empat orang gangster bawahan itu.

"Yalah. Takkan itu pun mahu tanya?! Hei, walaupun kami ni orang bawahan je, tapi kau ingat kami bodoh ke? Aku tahu kau cuma nak perangkap kamikan? Untuk dapatkan Iz? Kau memang licik!" cemuh Addy, terus. Hilang rasa takutnya terhadap LBP. Dia tak suka diperbodohkan.

"Hah, betul tu! Mana bukti? Kami nak bukti yang kau tak perangkap kami!" Lantang Edri bersuara.

Andy dan Black sudah serba salah. Tak tahu mahu buat apa lagi.

LBP menyilangkan tangannya. "Aku dah agak kau akan minta bukti. So here, I'm going to show you some proof that I'm not joking." balasnya, tenang.

Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam poket seluar lalu nombor seseorang didail laju.

"Hmm... Masuklah sekarang. Okey, nanti aku jumpa kau kat sana." kata LBP ringkas saja.

Tak berkata apa, LBP terus keluar. Panggilan dari empat orang lelaki itu tak dipedulikan lagi.

Kini, semua mata memandang tajam Black. Ini semua rancangan Black. Sekarang, mereka ditinggalkan terkontang-kanting.

Baru saja Addy dan Edri mahu memarahi Black, beberapa orang anggota polis masuk ke dalam gudang lalu tangan keempat-empat orang lelaki itu digari kemas.

Mereka tercengang-cengang sebelum menyedari, mereka sudah terperangkap dengan jerat yang dipasang mereka sendiri.

#####

DI bilik isolasi itu telah menempatkan Black dan rakan-rakannya. Mereka semua hanya senyap membisu apabila melihat seorang anggota polis seperti muka gangster pencen tu memerhati mereka bagai nak tembus.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now