KAK Nurin dan aku duduk di dalam surau yang disediakan di AmiZa Holding yang sentiasa dibersihkan sekali seminggu itu.
Setelah selesai menunaikan solat Asar tadi, aku mengajak Kak Nurin berbincang. Bukan pasal kerja tapi maksud kata-kata 426 semalam.
"... Orang tua-tua kata, lelaki dan perempuan tak boleh gaduh sangat dan tak boleh rapat sangat?"
Hmm... Apa maknanya? Bagi aku, orang tua-tua selalu pesan begitu kerana ingin kami menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Tapi dalam kes aku, suara sebenar dia pun aku tak tahu, muka dia apatah lagi!
Jadi, apa masalahnya? Aku ambil kata-kata ini sebagai suatu benda yang sangat penting.
"Fira! Fira! Shafira! Oh my God, earth to Shafira!" Panggil Kak Nurin. Tangan dilambai-lambaikan di hadapan wajahku.
Aku tersentak dari lamunan panjang. Bola mata mencari wajah putih Kak Nurin dengan riak terpinga-pinga.
"Ya Allah, Fira... Fira. Nak terkeluar anak tekak akak panggil tadi. Jauhnya mengelamun. Dah sampai mana ni? Akak panggil bagai nak rak, boleh dia tayang muka toya!" Bebel Kak Nurin, panjang.
Bibirku mengukir sengihan bersalah. Bahu Kak Nurin dipeluk mesra.
"Sorilah, kak. TERmenung tadi." balasku, mencipta alasan. Sengaja perkataan 'ter' ditekan.
"Hmm... Yalah. Fira ni nak cakap apa dengan akak? Pasal kerja ke?" Soal Kak Nurin.
Kepalaku tergeleng perlahan. "Bukanlah kak. Fira just want to ask you something." Jawabku lalu tayang muka serius.
Kak Nurin yang hairan dengan aku hanya berkata, " Oh... Okey," Meleret 'okey'nya dengan rasa ketidakpastian dengan sikap aku yang tiba-tiba tunjuk riak serius.
Tangan Kak Nurin digenggam erat membuatkan wanita di hadapanku ini semakin pelik. Kerutan di wajah mula muncul.
"Tanyalah!"
"Akak, apa maksud lelaki dan perempuan tak boleh rapat sangat dan tak boleh mesra sangat? Akak tahu?" Soalku lalu mata memandang Kak Nurin, meminta jawapan.
Genggaman tanganku dengan wajahku dipandang silih berganti olehnya dengan muka tak percaya.
Beberapa saat terdiam, akhirnya Kak Nurin bersuara, "Hmm... Fira, are you okay? Kenapa tanya soalan macam ni? Tiba-tiba pula tu? Siapa beritahu Fira pasal benda ni?" Soalanku akhirnya berbalas soalan.
"Ada kawan lelaki Fira cakap macam tu. Tapi Fira tak faham dan dia tak nak beritahu apa makna kata-kata dia tu. Jadi, Fira tanyalah akak. Kak Nurinkan dah kahwin. Mungkin boleh faham sikit kata-kata lelaki ni?" Terangku satu persatu siap dengan mimik muka lagi.
Perlahan-lahan, bibir merah Kak Nurin yang disapu pelembap bibir itu tersenyum lebar.
"Okey, okey. Akak jawab. Maksudnya, kawan Fira tak nak Fira terlalu rapat dengan dia sebab dia takut." Jawab Kak Nurin, lembut pada telingaku.
Tapi ayatnya kedengaran tergantung. Aku setia menanti kata-kata seterusnya daripada Kak Nurin yang sudah tersenyum-senyum itu.
"Dia takut sesuatu yang tak diingini berlaku masa berkawan dengan Fira."
Dahiku berkerut. "La... Kenapa pula? Walaupun Fira ni pengarah AmiZa Holding tapi Fira tak pernah garang-garang pun dengan dia," aduku, agak tak puas hati.
426 ni biar betul? Takkan dengan aku pun takut? Bisik hati kecilku.
Lantas Kak Nurin meletuskan tawanya. Lama. Kira-kira dua minit sebelum ia benar- benar berhenti. Merah mata Kak Nurin sebab ketawakan aku.
YOU ARE READING
Hacker 426 ✔️
Romance[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan sep...