10|Play Riddles!

46.4K 5.7K 1.2K
                                    

MATAKU tajam meneliti setiap patah perkataan di dalam fail keras itu. Kejap-kejap dahiku berkerut selepas tu tersenyum pula.

Hish, macam-macam emosi orang bekerja ni. Setelah sejam meneliti fail itu, aku meletakkannya ke tepi.

Badan diregangkan. Aku mahu rehat 5 minit. Mataku terpandang gambar papa dan mama di sebelah kiri meja manakala gambar keluarga aku di dinding pejabat.

Papa suka meletakkan gambar keluarga di dalam pejabatnya. Dia kata dengan cara itu, tekanan kerjanya akan berkurang.

Benarlah kata papa. Aku menuju ke arah gambar besar di dinding. Tangan mengusap wajah mama dan papa di bingkai gambar kecil itu.

Air mataku perlahan-lahan menitik. Sakitnya hati ditinggalkan masih lagi tak hilang. Luka yang aku rasai ni terlalu dalam lagi-lagi bila mengetahui semua ni berlaku dengan sengaja pada hari kepulanganku ke Malaysia.

Ya Allah, kalau tak ada Kau, mungkin sekarang aku dah bunuh diri sekarang. Alhamdulillah, Allah masih tak menarik nikmat akal dan iman dalam diri aku.

Entah kenapa, aku teringatkan 426. Kata-kata yang dilontarkan tiga hari lepas memang menoreh hatiku. Tapi betul cakap 426, aku tak ada hak nak jadi kawan dia.

Siapa aku pada diakan?

Hanya seorang klien yang perlukan pertolongan untuk mengelakkan syarikatnya jatuh muflis.

"Betul cakap Kak Nurin. Dia tak lebih dari seorang komputer depan aku."

Komputer yang bernyala skrinnya itu dipandang sayu. Tiba-tiba saja skrin berdindingkan gambar keluarga itu diganti dengan sebuah cari silang kata. Keningku bertaut rapat.

Selesaikan riddles ni. Kalau kau mampu buat, bayaran akan dikurangkan. Kalau mampu.

By, 426.

Untuk apa semua ni? Kurangkan bayaran? Kejap! Kalau mampu? Kenapa aku rasa macam dia tengah perli aku je?

"Tak apa. Saya akan buktikan saya mampulah. Awak tengok je. Ni pengarah AmiZa Holding tau!" ujarku seorang diri.

Riddles itu aku suruh Kak Nurin tolong faxkan. Aku nak buat sekarang. Ini semua gara-gara sakit hati aku dengan 426.

Sehelai kertas dengan teka silang kata itu dibaca. Semuanya ada empat soalan saja. Sikit. Mungkin aku mampu selesaikan hari ni.

1. Apa emas yang tak boleh dilihat atau disentuh? Ini berkaitan dengan pepatah.

Kepala yang tak gatal digaru-garu perlahan. Apa ya? Emas yang tak boleh disentuh atau dilihat? Berkaitan dengan pepatah.

Mata lantas dipejam. Okey, Fira. Fikir. Pepatah apa yang berkaitan dengan emas? Setelah lama berfikir, satu perkataan terdetik di kepala.

'Masa itu emas.'

Jadi jawapan dia.... masa. Aku tulis di kotak kosong yang disediakan.

2. 9 bulan lalu, dia hanyalah sebuah jeli dengan titik hitam di tengah. Selepas 9 bulan dia jadi...

Kejap! Apa bendanya tu? Pen diketuk-ketuk ke kepala. 9 bulan. Jeli dengan titik hitam di tengah. Selepas 9 bulan?

Apa yang berkaitan dengan 9 bulan? Ah, tak tahulah!! Kalau mama ada kan bagus. Mama memang pandai teka teki ni. Kenapa aku tak mewarisi kepandaian mama yang lahirkan aku? Agaknya, selama 9 bulan duduk dalam perut mama, aku banyak makan aiskrim. Ya, mama memang pernah beritahu aku tentang ragam aku semasa dalam perutnya.

Eh, apa aku fikir tadi? 9 bulan? Mataku memandang tajam kertas di depan. Jeli dengan titik hitam di tengah. Maksud ayat ni sebenarnya ialah ovum ke?

Jadi, lepas 9 bulan akan jadi... Anaklah! Aku bertepuk tangan sendiri. Tak sangka aku dapat jawab. Yalah, pelajaran tentang itu dah lama aku tak belajar. Sekarang ni baru ingat balik.

Okey, soalan ketiga pula! Ah, dah nak habis. Tak sabarnya!

3. Di manakah seseorang itu jika dia naik lif?

Hah? Kalau aku naik lif, aku ada dekat pejabatlah. Tapi jawapan dia salah sebab kotak kat sini hanya ada empat saja.

Dekat mana ya? Okey, Fira. Cari klu cepat!! Hanya kerana nak mencari jawapan, aku keluar dari pejabat lalu turun menggunakan lif. Kertas dipegang dengan pen di tangan. Setibanya di tingkat lima, aku tekan semula butang 35. Nasib baik syarikat sendiri. Kalau tak, percuma je kena marah.

Pintu lif terbuka di tingkat 8. Lamunanku terhenti. Kelihatan seorang wanita masuk ke dalam bersama senyuman manis.

"Cik Shafirakan? Cik nak naik atas ke?" soal wanita itu, mesra. Kepalaku terangguk-angguk.

"Haah. Saya nak naik atas ni. Tadi saja jalan-jalan guna..." Ayatku terhenti. Naik atas? Dahiku berkerut.

Kertas di tangan dibaca. Di mana seseorang tu bila dia naik lif? Jawapan dia ialah di atas! Aku terjerit suka lalu memeluk wanita di hadapanku yang sudah terpinga-pinga. Alhamdulillah!

Segera not 50 ringgit dikeluarkan dari poket baju kurung moden aku. Duit itu diberikan kepada wanita itu sebab terlalu gembira.

"Terima kasih, puan! Sayang puan ketat-ketat." Lalu aku keluar dari lif walaupun aku masih lagi tak sampai tingkat 35.

Soalan keempat dibaca.

4. Kata lain bagi terbit matahari ialah terbit... (Paling senang aku bagi)

Eleh, senangnya. Betul ke ni? Ataupun 426 ingat aku ni lurus bendul? Kenapa aku rasa sentap ni?

Tak apalah. Janji jawapannya aku dapat. Fajar ditulis di kotak yang disediakan. Terdapat arahan di bawah kertas.

Susun jawapan yang kau dapat secara berbaris-baris mengikut turutan dengan huruf depan perkataan ditulis dengan pen lain.

Dahiku berkerut. Arahan itu dilakukan. Kertas di belakang yang kosong diconteng.

1. Masa
2. Anak
3. Atas
4. Fajar

Aku tergamam bila membaca huruf depan yang disuruh tulis dengan warna lain dan akhirnya perkataan yang aku dapat ialah...

MAAF.

Mataku terasa panas. Terharu, gembira dan teruja semuanya bercampur baur. Ini ke cara 426 nak minta maaf? Aku tergelak. Bibirku mengukir senyum.

"Terima kasih."

Kenangan bermain riddles ni takkan pernah aku lupakan! Sebab ia adalah kenang terindah dalam hidup aku.

Aku akan selalu main riddles lepas ni!

Tahu x author buat chap ni dh amek masa smpai sejam. Sbb nk pikirkan riddles tu dn cara Fira dpt tahu jawapannya. Brpeluh! Tpi scene akhir tu, author cair dgn 426 ni. Apsal sweet sgt?! Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now