Aku Mesti Tahu!

34.6K 3.6K 295
                                    

SABTU. Pada pukul 7.10 pagi, aku dah keluar dari rumah untuk menuju ke Han's Cafe. Aku perlu mencari Farhan. Aku pasti Farhan dapat membantu aku dalam menyelesaikan semua persoalanku.

Kafe masih tak buka lagi tapi aku berharap pintu itu tak berkunci. Tanganku yang sejuk semacam tu menolak pintu kaca milik Han's Cafe.

Bunyi dentingan dari pintu menarik perhatian dua orang manusia di dalam kafe itu.

Membulat mataku melihat mereka. Pantas, badan dipusingkan menghadap tempat lain.

Seorang gadis yang sedang menyuap seorang lelaki sepotong kek cheese betul-betul mengejutkan aku.

"Sa... Saya minta ma... Maaf. Saya... Saya tak ada niat... Nak skodeng... Aksi me... Mesra awak berdua." Pintaku dengan tergagap-gagap.

Wajahku membahang menahan malu melihat kemesraan mereka. Mungkin suami isteri. Sampai bersuap bagai.

Aduh, wrong timing betullah! Bisik hatiku lalu memejam mata rapat-rapat.

"Eh, cik! Ni semua salah faham..."

Pantas aku memotong. "Saya tahu. Tak perlu terangkan. Saya minta maaf sebab mengganggu. Saya... Pergi dulu." Kaki ingin menuju ke pintu.

Aku perasan gadis itu agak terpinga-pinga memandang lelakinya dan aku. Bingung dengan apa yang jadi agaknya.

"Akak, tangan Abang Mer terseliuh sebab semalam Abang Mer nak selamatkan Rara, sebab tu Rara suapkan." jelas gadis itu.

Dahiku berkerut. "Rara?" bisikku sendiri lalu memandang gadis polos itu.

Benar, itu ialah Rara, budak yang pernah bergaduh dengan Lyana disebabkan Farhan.

Tak sangka, aku boleh berjumpa dengannya kembali.

"Shafira?" Panggil Farhan. Pantas aku menoleh memandang tubuh itu.

"Hah, Farhan. Saya nak cari awak ni tapi masa salah pula." kataku lalu menjeling sekilas lelaki yang bergelar Abang Mer itu. Jelas wajah lelaki itu sedang menahan malu.

Pipi kugaru-garu kerana serba salah.

"Biarkan mereka berdua tu. Memang selalu bermanja. Bila nak kahwin, wallahualam lah." balas Farhan selamba.

"Rara muda lagilah. Baru 19 tahun!" bantah Rara tiba-tiba. Meja ditepuk kuat. Manakala lelaki itu segera meminta diri untuk keluar. Pemalu rupanya!

Benarlah kata Rara, tangan lelaki itu terseliuh. Buktinya, tangan kanan itu sedang berbalut dengan kain kasa.

Farhan sudah bergerak menuju ke meja yang agak jauh dari meja Rara lalu menyuruh aku duduk di hadapannya. Aku akur.

Nampaknya, Farhan tahu apa yang ingin aku bincangkan bersamanya.

"Start it." arahnya, ringkas.

Baru aku ingin membuka mulut, aku terdiam. Terkebil-kebil mataku memandang belakang. Bukan aku tak mahu bercerita tapi kerana ada Rara di belakang Farhan untuk mendengar perbualan kami.

Wajahnya serius. Dia menyuruh aku diam dan tak memberitahu Farhan tentangnya di belakang.

Sudahnya, aku ikutkan saja bersama senyuman tersungging di bibir. Ini mesti kes cemburu! Alahai.

Farhan mengeluh. Bagai sudah tahu-tahu saja, dia bersuara, "Please, Rania. Dont disturb me." tutur Farhan, tegas. Langsung tak memandang gadis itu.

Bibir Rara tercebik kecil. Sebelum berlalu, sempat kaki dihentakkan ke lantai sebagai tanda protes.

Comel saja! Manja betul!

Terdengar suara itu perlahan mengutuk Farhan. Namun kerana suasana kafe yang agak sunyi, suara itu boleh kami dengar.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now