24|The Second Couple!

42.2K 4K 349
                                    

PAGI. Jam baru saja menunjukkan pukul 7.30 pagi. Kafe masih belum buka lagi. Farhan sibuk mengelap perkakas dapurnya.

Kemudian meja dilap. Ya, Farhan lebih gemar buat kerja ni sendiri walaupun dia ada upah pekerja lain.

Tiba-tiba pintu kafe itu berdenting, menandakan ada orang masuk ke dalam. Farhan langsung tak peduli dengan kehadiran manusia itu.

Dia tahu siapa yang datang walaupun dia sedang berdiri membelakangi pintu.

"Farhan!" Panggil suara itu, begitu ceria.

Lelaki itu senyap. Langsung tak membalas. Sikit pun dia tak layan empunya suara.

"Sampai hati awak, Farhan. Rara ni pelanggan awak tau!" Rajuk gadis itu. Bibirnya memuncung panjang. Gadis itu berjalan keliling kafe itu.

"Rania, kafe aku buka pukul 8 pagi. Sekarang masih pukul 7. 45. Jadi buat apa aku nak layan kau?" Sindir Farhan. Dia rimas sungguh dengan perangai tergedik-gedik Rania yang baru saja berusia 19 tahun.

"Ala, Farhan ni tak supporting tau! Rara cuma datang nak lawat je. Suka sindir Rara macam tu. Teruk sangat ke Rara ni?" Ayat sentap dah keluar. Memang Rania amat sensitif orangnya. Mungkin sebab dia anak tunggal dalam keluarga.

Semua datuk nenek manjakan dia. Tu sampai boleh naik lemak ni. Farhan malas nak melayan. Dengusan halus terbit di bibirnya.

"Mana dia?" Soal Farhan, menukar topik. Kalau tak, dia yang kena pujuk Rania. Tak ada masa!

Berkerut-kerut dahi gadis itu. "Dia? Siapa?"

"Zameer lah. Bodyguard kau tu. Sekarang ni kita dua je kat sini. Nanti tak manis kalau orang nampak!" Balas Farhan.

Ya, Rania Amirah anak orang kaya. Ayahnya bergelar Tan Sri. Tak hairanlah kalau anak gadisnya manja terlebih dos.

"Apa Farhan cakap ni? Abang Mer ada je kat dalam ni." jawab Rania.

Farhan pantas menoleh ke keliling kafe. Kelihatan seorang lelaki bert-shirt hitam sedang duduk di meja. Farhan mengeluh.

Ni lagi seorang hamba Allah buat dia pening. Lelaki tu macam iguana! Sukar dijejak. Tahu-tahu je dah ada. Tengok-tengok je dah hilang.

Pendiam tahap petala 14 sungguh!

"Hehehe. Rara tahu Abang Mer Rara hebatkan? Farhan pun tak dapat kesan dia masuk tadikan?" usik Rara, tersengih bangga dengan pengawal peribadinya.

"Haah. Abang Mer kau tu pakai kaki semut agaknya!" ujar Farhan. Zameer yang kelihatan tenang itu dijeling. Dalam diam, dia agak risau juga dengan lelaki itu.

Pekerja-pekerja Farhan mula datang. Mereka hanya perlu datang 10 minit sebelum pukul 8 pagi. Sebab Farhan dah kemas kafe tu jadi tiada apa lagi yang nak dibersihkan.

Rania duduk bersama Zameer. Sempat dia memesan jus mangga dan cheese cake, pesanan kegemarannya setiap kali datang sini.

Dagu Rania ditopang dengan tangan. Matanya memandang kecewa pada Zameer yang beriak biasa saja.

"Hmm... Abang Mer perasan tak? Farhan macam benci dekat Rara lah. Rara ada buat salah ke?" soal Rania lalu mengeluh perlahan.

Dah dua tahun dia mengenali Farhan dan banyak kali juga dia bagi hint pada lelaki itu yang dia sukakan Farhan. Tapi lelaki itu buat tak peduli saja. Sakit hatinya usah ditanya. Selama ni, orang selalu mengikut perintahnya, memanjakannya tapi tak bagi Farhan.

Susahnya Rara nak takluk hati Farhan tu, getus hatinya.

Zameer diam saja. Malas dia mahu menjawab. Takut yang keluar dari mulut bukan apa yang dia mahu.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now