9|Serba Salah

44.8K 4.8K 525
                                    

LAPTOP di hadapannya dipandang. Bibir diketap. Betul ke apa aku cakap ni? Bisik hatinya, serba salah dengan kata-kata yang baru saja dia sendiri lontarkan tanpa rasa bersalah.

Tapi sekarang, hatinya terasa berat. Menyesal pula apabila terlalu kasar dengan Shafira. 426 mengeluh perlahan.

"Mesti dia tengah nangis." Omel 426, perlahan. Dia pasti Shafira terasa hati dengan dia.

"Jahatnya aku. Argh, apsal kau teruk sangat ni? Kau pun tahu dia baru je hilang keluarga, sekurang-kurangnya cubalah jaga hati dia. Aduh,"

Lelaki itu resah sendiri. Tak patut dia cakap sebegitu. Gadis itu dah banyak bersedih.

Kepala disandarkan ke kerusi. Kening lebatnya digaru-garu perlahan. Perlu ke aku minta maaf? Fikir 426.

Ah, cakap senanglah. Nak buat tu susah. Ego ni tinggi. Lagipun, betullah. 426 tak boleh rapat dengan sesiapa. Dia harus bersifat profesional bila masuk bab kerja.

Tapi kali ni, dia kalah dengan emosinya sendiri. Rasa simpati dan bersalah silih berganti.

"Hmm... Macam mana aku nak minta maaf ya? Sori? Macam tak ikhlas je. Err... Aku tahu aku bersalah. Maafkan aku? Apsal macam jiwang sangat? Okey, aku minta maaf. Tak sengaja. Kita kawan? Kepala otak kau nak ajak kawan. Hish, semua tak kena!"

426 cuba bercakap sendiri dengan laptopnya tapi semuanya rasa serba tak kena. Dia bukan pandai minta maaf. Biasanya, klien dia yang selalu minta maaf dengan 426.

Rambut diramas kasar. Serabut. Sungguh, dia rasa serba salah dengan Shafira. Dia tahu tentang kejadian yang menimpa keluarga Shafira. Berdasarkan maklumat yang dia dapat, Shafira dah dua tahun tak berjumpa dengan mama dan papanya dan bila pulang saja, Shafira diuji begitu hebat dengan tak dapat menatap keluarganya buat selama-selamanya. Bila dia dapat tahu, dia jadi simpati. Kerana itu, dia lembut sikit dengan Shafira tapi dia tak sangka gadis itu salah sangka dan ingin menganggapnya rakan.

Mana boleh! 426 tak dibenarkan buat kawan waktu bekerja. Itu bukan hacker lagi namanya!

Dahi ditepuk sekuat hati hingga memerah. "Argh, 426. Be profesional! This is work! Jangan buat sesuatu melampaui batas kerja kau. Jangan layan sangat emosi kau. She have to understand. Kalau kau minta maaf, lagi dia salah faham nanti."

426 mengeluh kuat. Betul, dia tak perlu buat apa-apa. Dia sekarang sedang berkerja. Jangan sekali-kali campurkan urusan kerja dengan emosi sendiri.

Tapi dia tetap rasa bersalah. Apa yang patut dia buat selain minta maafkan?

"Tulah, mulut tak reti jaga. Sekarang, siapa yang susah? Aku juga!" bebel 426 pada diri sendiri.

Kepala yang tak gatal digaru-garu. Apa yang dia perlu buat untuk hilangkan rasa serba salah ni?

Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah buku cari silang kata di mejanya. Memang dia minat melakukan benda tu. Dah jadi macam hobi untuk 426.

426 memetik jari. Dia tersenyum. Dia dah tahu apa nak buat!

Masa buat citer ni author asyik senyum. Puas hati dpt kenekn hero. Pdn muka kau. Ini pun kira nasib baik aq tolong bgi idea utk kau. Apa2 pon vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now