25|Boyfriend Shafira?!

41.1K 4K 763
                                    

AKU dan Haries bersetuju nak berjumpa saja di Han's Cafe. Kami ada perkara penting nak bincang iaitu tentang keselamatan syarikat yang mesti diketatkan lagi dari segi pemilihan pekerja.

Kami duduk di meja panjang yang menghadap terus tempat membuat air. Aku memesan Cappuccino manakala Haries hanya mahukan Mocha.

Kebetulan, Farhan turut berada di situ. Aku tahu walaupun tangannya tangkas melakukan kerja, tapi telinganya mendengar setiap butir bicara kami.

Buktinya, dia turut memberikan cadangan-cadangan yang agak bernas. Farhan nikan otak perniagaan. Jadi logiklah kalau dia serba tahu dalam menyelesaikan sebarang masalah syarikat.

Kami menghirup minuman masing-masing sebentar bagi membasahkan tekak yang kering kerana asyik bercakap saja.

Tiba-tiba aku perasan mata Haries memandang keychain berbentuk kerang di telefon bimbitku.

"Mana dapat?" soalnya. Mungkin sebab dia rasa rantai kunci ni pun agak cantik reka bentuknya.

"Ada orang bagi. Cantikkan? Saya dah namakan dia. Her name is... Pinkish." jelasku, penuh gembira.

Haries menopang dagu memandang aku manakala Farhan tenang menghirup kopinya. Dia lebih banyak berdiam diri.

"Wah, siap ada nama. Someone special ke?" soal Haries lagi. Pantas aku mengangguk dan tersengih kambing. Muncul di niat di hati nak kenakan lelaki itu.

"Yup. My boyfriend. Sweetkan dia?" ujarku selamba.

Tiba-tiba Farhan tersedak. Dia terbatuk-batuk seusai saja aku mengungkapkan pernyataan itu. Merah wajahnya.

"Ya Allah, Farhan? Kenapa?" soalku, cemas. Pantas kepala itu menggeleng. Dia mengambil tisu lalu mulut dilap.

"Boyfriend awak? Awak ada bf ke? Bukan awak ni tak laku ke?" Perli Haries.

Bibir diketap. "Hish, suka hati je. Jeleslah tu saya dapat barang dari bf kan?" Dugaku lalu mencebik menyampah. Suka sakitkan hati aku ni tau!

Aku yang cun melecun ni dia kata tak laku? Haih, macam manalah aku boleh terambil dia jadi CEO ya? Nasib baik boleh buat kerja dengan cekap!

Terdengar deheman daripada Farhan.

"Siapa boifren awak tu?" Soal Farhan, agak perlahan suaranya.

Tiba-tiba aku tergelak. "Mana ada. Saya gurau saja. Ni kawan yang bagi." Terangku, memberitahu letak duduk yang sebenarnya.

Tak sangka mereka percaya.

"Best friend bagi?" Soal Haries lagi. Tak habis lagi topik pasal keychain ni rupanya.

Aku meletakkan kepala di meja lalu rantai kunci itu digoyang-goyangkan. Senyuman terukir di bibirku sambil mata merenung kerang comel itu. Serta merta teringatkan 426 yang aku jumpa dua hari lepas.

"Haah. Best friend yang paling saya sayang. Tak ada siapa boleh ganti dia dalam hati saya. Sebab dia ni berharga sangat." Ujarku, penuh perasaan.

Haries hanya mencemik dan mengangkat bahunya. Dia bagai memikirkan sesuatu.

"Istimewa sangat ke orang tu?" Soal Farhan pula. Matanya merenung cawan kopi di meja.

Kepala diangkat dari meja lalu pantas aku menangguk.

"Ya, VVIP dalam hidup saya." Jawabku lalu tersengih. Agaknya kalau 426 dengar apa aku cakap ni mesti dia malukan?

Selepas tu, dia akan kata,

"Kalau dia lelaki, baik kau jangan rapat sangat."

Eh? Pantas aku memandang wajah tenang Farhan. Kenapa ayatnya macam sama saja seperti 426 ya?

"Kenapa?"

"Sebab kau dengan dia bukan sejenis. Dia lelaki dan kau perempuan. Kau kena ingat yang kauorang sekadar kawan saja." Jawab Farhan, selamba. Berkerut dahiku mendengarkannya.

Haries pula dah menjeling Farhan lain macam. "Kau cemburu ke apa ni?" Tebak Haries semberono.

Terkejut aku dengar tuduhan Haries. Membulat mataku pandangnya.

"Bukan cemburu. Tapi sekadar mengingatkan. Tolong jangan salah faham dengan niat sebenar aku."

"Macam kau pula kawan Si Shafira ni."
"Aku belajar dari pengalaman. Dah, fullstop." Ujar Farhan kemudian berlalu ke dapur. Aku sengih pada Haries.

"Awak dah buat Han marah." Usikku, sengaja nak mengenakan Haries namun lelaki itu tetap tenang dan tak bereaksi langsung. Macam tak kisah.

"Itu bukan marah tapi mengelak." Bidas Haries lalu menghirup kopinya yang tinggal separuh.

Aku mencebik. "Yalah tu. Awak sengaja tak nak mengaku salah awakkan?" Tebakku.

"Saya tahulah. Saya dan dia lelaki. Awak tu perempuan so diam-diam je."

Aku berdecit perlahan. Ada je modal dia nak melawan balik kata-kata aku. Nasib baiklah aku hormat Haries ni memandangkan dia tua 2 tahun daripada aku.

Tiba-tiba meja ditepuk kuat. Terhenjut bahuku sebab terkejut. Segera dada diurut perlahan. Apa hal lagilah Si Haries ni?

"Dah, sambung bincang. Kalau tak saya repot dekat Nurin nanti." Ugutnya membuatkan aku menjegil pandang dia.

"Amboi, nak repot-repot pula. Eh, Encik Haries, saya ni yang bos awak ya!" Rungutku tak puas hati.

Pandai pula nak ugut-ugut aku. Potong gaji nanti! Haries hanya senyum saja. Saja nak perli akulah tu.

Hmm... Sweet ke x ye Haries ngan Fira ni? X bleh la! Fira kene sweet2 dgn 426 je. Hehehe! Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now